SKAS Fasa 3 – Tarikh, Semakan & Kadar Bantuan

SKAS FASA 3 (Sumbangan Keperluan Asas Sarawak) bagi tahun 2026 akan mula disalurkan kepada penerima yang layak bermula pada 10 November 2026 melalui SPAY Global.

Semakan boleh dibuat secara online melalui pautan rasmi Kerajaan Sarawak iaitu

semakan skas fasa 2
Semak kelayakan SKAS untuk Fasa 1 (10 Mac), Fasa 2 (25 Mei), Fasa 3 (10 Nov)

Bantuan SKAS akan dikreditkan terus menerusi platform SPay Global bagi memastikan proses agihan yang lebih pantas, telus dan selamat.

Untuk maklumat penuh mengenai Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) 2026, sila layari portal rasmi Kerajaan Negeri Sarawak di

Rujuk cara semak dan kadar bantuan SKAS Fasa 3 bagi tahun 2026 di bawah.

Ringkasan SKAS Fasa 3 2026

SKAS Fasa 2 akan diagihkan bermula 10 November 2026 melalui aplikasi S Pay Global. Berikut ialah kadar bantuan untuk Fasa 3:

Kategori Pendapatan Bulanan Jumlah Fasa 2
Isi Rumah ≤ RM5,000 RM316 – RM424
Warga Emas (Tunggal) ≤ RM5,000 RM166 – RM243
Individu Bujang ≤ RM2,500 RM100 – RM150

Apa Itu Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS)?

Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) ialah bantuan kewangan daripada Kerajaan Sarawak kepada isi rumah dan individu yang berpendapatan RM5,000 dan ke bawah bagi pembelian barangan makanan asas.

Ia disalurkan secara tanpa tunai melalui baucar digital dalam aplikasi SPay Global (SarawakPay), memastikan wang digunakan khusus untuk pembelian barangan harian di premis berdaftar.

Bagi 2026, Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM640 juta untuk SKAS, peningkatan daripada RM557 juta pada 2025.

Bantuan SKAS kali ini dijangka dapat memanfaatkan lebih 1 juta penerima. Bayaran disalurkan setiap empat bulan (tiga fasa setahun) dengan kadar berikut:

Kategori Penerima Bayaran Setiap 4 Bulan Jumlah Setahun
Isi Rumah (≤ RM5,000) RM316 (Fasa 1), RM424 (Fasa 2), RM360 (Fasa 3) RM1100
Warga Emas Tanpa Pasangan/Anak (≤ RM5,000) RM166 (Fasa 1), RM234 (Fasa 2), RM200 (Fasa 3) RM600
Bujang (≤ RM2,500) RM100 (Fasa 1), RM150 (Fasa 2), RM125 (Fasa 3) RM375
*Premier Sarawak telah mengumumkan kenaikan ini pada 16 April 2026. Sila rujuk : Jumlah Bayaran SKAS 2026 Dinaikkan

Kadar ini dinaikkan untuk menangani kenaikan kos sara hidup bermula Fasa 1 yang akan disalurkan secara rasmi pada 10 Mac 2026, diikuti Fasa 2 pada 15 Mei 2026 dan Fasa 3 pada 10 November 2026.

Syarat Kelayakan & Kategori Penerima

Siapa layak menerima Bantuan SKAS?

  • Anak Sarawak pemegang Kad Pengenalan K yang beralamat dan menetap di Sarawak;
  • Penerima SKAS 2026 adalah berdasarkan sumber data penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 2026.

*Terdapat tiga (3) kategori penerima SKAS isitu isi rumah, bujang dan warga emas tiada pasangan.

skas 2026skas 2026

Kategori Penerima

A) Kategori Isi Rumah

  • Kahwin; atau
  • Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang mempunyai tanggungan (anak/ibu bapa);
  • Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah; dan
  • Tiada had umur.

B) Kategori Bujang

  • Bujang; atau
  • Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada tanggungan;
  •  Pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah; dan
  • Had umur adalah 21-59 tahun; dan
  • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
  • Bukan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sepenuh masa.

C) Kategori Warga Emas

  • Bujang; atau
  • Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada anak;
  • Pendapatan kasar bulanan RM5,000 ke bawah; dan
  • Had umur 60 tahun dan ke atas.
Isi Rumah Bujang Warga Emas Tanpa Pasangan
Kahwin; atau Bujang; atau Bujang
Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak yang menepati syarat; Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak yang menepati syarat;
Pendapatan kasar bulanan isi rumah RM5,000 ke bawah; dan Pendapatan kasar bulanan RM2,500 ke bawah; dan Pendapatan kasar bulanan RM5,000 ke bawah; dan
Tiada had umur Had umur adalah 21–59 tahun; dan Had umur 60 tahun dan ke atas
Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 1–59 tahun
*Nota: Mengikut syarat kategoru STR, Kementerian Kewangan Malaysia
skasskas

Cara Semak Kelayakan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS)

Berikut ialah cara membuat semakan kelayakan SKAS 2026:

  1. Untuk semakan kelayakan SKAS, sila layari:
  2. Masukkan nombor MyKad anda dan klik Search.
  3. Mesej akan terpapar sekiranya anda layak untuk menerima Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS).
semak kelayakan skassemak kelayakan skas

Contoh paparan status LULUS, kategori dan jumlah bayaran yang akan diterima.

Rujuk panduan video di bawah:

Kadar Bantuan SKAS Fasa 3 2026

Nilai bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) 2026 meningkat berbanding tahun lalu untuk setiap kategori.

Berikut ialah kadar bantuan SKAS 2026 yang akan diterima bagi Fasa 1, 2 dan 3:

Kategori Penerima FASA 1
10 Mac 2026
FASA 2
15 Mei 2026
FASA 3
10 Nov 2026
Jumlah Setahun
Isi Rumah (≤ RM5,000) RM316 RM424 RM360 RM1100
Warga Emas Tanpa Pasangan/Anak (≤ RM5,000) RM166 RM234 RM200 RM600
Bujang (≤ RM2,500) RM100 RM150 RM125 RM375

Tarikh Bayaran SKAS Fasa 3

Penyaluran bantuan SKAS Fasa 3 2026 dijadualkan bermula pada 10 NOVEMBER 2026 (SELASA) melalui e-dompet S PAY GLOBAL.

Bantuan ini akan disalurkan secara berperingkat kepada penerima yang layak.

Penyaluran bagi tahun 2026 akan dilakukan secara berkala iaitu setiap empat bulan sekali (tiga kali setahun.

Kaedah Bayaran

Bantuan SKAS 2026 akan dikreditkan terus ke dalam dompet digital S PAY GLOBAL (Sarawak Pay).

Penerima boleh menggunakan baki tersebut untuk membeli barangan keperluan asas di premis atau pasar raya yang menerima pembayaran melalui aplikasi tersebut.

NOTA:

S Pay Global adalah platform pembayaran digital yang dibangunkan oleh Kerajaan Negeri Sarawak untuk mempermudahkan transaksi tanpa tunai.

  • Bagi pengguna Android, anda boleh muat turun aplikasi S Pay Global di Google Play Store atau klik SINI.
  • Bagi pengguna iOS, anda boleh muat turun aplikasi S Pay Global di Apple App Store atau klik SINI.

Cara Daftar S Pay Global

Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat pendaftaran S Pay Global untuk SKAS Fasa 1:

  1. Muat turun aplikasi S Pay Global di Apps Store atau Google Play Store dalam telefon anda.
  2. Pilih “New User Registration”.
  3. Pilih warganegara anda.
  4. Isikan butir-butir maklumat anda.
  5. Muat naik gambar MyKad anda.
  6. Pastikan muka anda dalam bulatan untuk tujuan rakaman.
  7. Masukkan no.TAC yang dihantar ke no.telefon anda untuk pengesahan. Kemudian sila log masuk.
  8. Daftarkan PIN pembayaran anda. PIN ini diperlukan untuk pengesahan pembayaran anda nanti.
  9. Tahniah! Pendaftaran anda telah berjaya. Mulakan gaya hidup CASHLESS anda dengan S Pay Global!
semakan skassemakan skas

Login S Pay Global & Cara Daftar Sarawak ID

Terdapat beberapa cara untuk log masuk ke SPay Global salah satunya ialah melalui Sarawak ID. Jika anda masih belum mempunyai SarawakID, sila rujuk langkah membuat pendaftaran berikut:

  1. Layari dan klik pautan Daftar.
  2. Pilih Jenis Pengenalan.
  3. Lengkapkan Profil anda dan klik Teruskan.
  4. Lengkapkan Butiran Akaun dan klik Teruskan.
  5. Masukkan no telefon bimbit / emel untuk terima OTP. Klik Hantar.
  6. Masukkan OTP dan Klik Hantar.
  7. Sistem papar mesej Verified. Klik Teruskan.
  8. Pendaftaran berjaya. Klik Log Masuk untuk log masuk ke akaun SarawakID anda.
semakan skassemakan skas

Bagi yang terlupa ID, sila ikuti langkah berikut:

  1. Layari dan klik pautan Log Masuk
  2. Klik pautan SarawakID
  3. Sila pilih jenis akaun
  4. Masukkan nombor pengenalan dan pilih kaedah pengesahan
  5. Masukkan no telefon bimbit / emel untuk terima OTP. Klik Hantar
  6. Masukkan OTP dan Klik Hantar
  7. SarawakID anda akan dipaparkan. Klik Log Masuk untuk log masuk ke akaun SarawakID anda
semakan skassemakan skas

Cara Sahkan Penerimaan Bantuan SKAS 2026

Berikut adalah panduan langkah demi langkah untuk mengesahkan penerimaan bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) 2026 melalui aplikasi S Pay Global:

Kaedah 1: Melalui Notifikasi (Push Notification)

Jika anda menerima notifikasi pada telefon anda:

  1. Langkah 1: Klik pada notifikasi “S PAY GLOBAL” yang menyatakan kelayakan SKAS 2025/2026 anda telah dihantar.
  2. Langkah 2: Anda akan dibawa ke halaman pengesahan. Klik butang “Acknowledge”.
  3. Langkah 3: Status akan bertukar kepada sedang diproses. Anda akan dimaklumkan sebaik sahaja dana dikreditkan ke akaun anda.

Kaedah 2: Melalui Aplikasi (Jika tiada notifikasi)

Jika anda tidak menerima sebarang notifikasi, anda boleh menyemak secara manual:

  1. Langkah 1: Buka aplikasi S Pay Global dan tekan pada ikon Logo Negeri Sarawak (State Crest) di bahagian atas sebelah kanan.
  2. Langkah 2: Pada paparan “Aid Acknowledge”, tekan butang “Acknowledge Now”.
  3. Langkah 3: Sistem akan memproses bantuan tersebut. Tunggu sehingga anda menerima notifikasi bahawa dana telah berjaya dimasukkan ke baki e-dompet anda.

Cara Tebus SKAS Di S Pay Global

Anda boleh menebus SKAS di SPay Global dengan mudah selepas kredit Fasa 2 pada 25 Mei 2026 untuk pembelian di premis peniaga berdaftar Sarawak sahaja.

NOTA: Bantuan ini tidak boleh ditukar kepada tunai (tidak boleh cash-out).

Rujuk cara-cara tebus atau guna bantuan SKAS Fasa 2 melalui SPAY Global:

  1. Muat turun dan aktifkan aplikasi S PAY GLOBAL.
  2. Pastikan anda sudah kemas kini maklumat akaun anda melalui portal rasmi.
  3. Kemudian, pastikan juga anda sudah terima dan mengesahkan tuntutan bantuan SKAS di aplikasi S PAY GLOBAL. –

Setelah selesai 3 langkah utama di atas, anda boleh membuat pembelian menggunkan bantuan SKAS seperti berikut:

  1. Buka aplikasi S Pay Global.
  2. Klik “Scan & Pay” atau “Make Payment” untuk membuat pembayaran.
  3. Klik “Confirm” untuk meneruskan pembayaran.
  4. Klik “Confirm” sekali lagi untuk mengesahkan transaksi.
  5. Masukkan nombor pin.
  6. Selesai.

Anda boleh semak senarai kedai berdaftar dengan menekan butang MERCHANT LISTING dalam aplikasi Spay Global seperti dalam gambar di bawah:

semakan skas rayuansemakan skas rayuan

Terlupa/Tetapkan Semula Pin Pembayaran

  1. Log masuk aplikasi S Pay Global.
  2. Klik menu “Payment PIN” di bahagian Akaun Saya.
  3. Klik “Retrieve Payment PIN”.
  4. Nombor TAC akan dihantar ke nombor telefon berdaftar anda > Masukkan TAC > klik “Next”.
  5. Set semula 6 digit PIN pembayaran > Klik “Next”
  6. Selesai. Anda boleh gunakan PIN pembayaran yang baru untuk menebus bantuan SKAS.

Rujuk video di bawah untuk panduan lebih jelas:

Cara Pendaftaran SKAS Secara Manual

Bagi yang tidak mahir menggunakan pendaftaran online, orang ramai yang layak memohon Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) boleh mendaftar secara walk-in dengan hadir ke lokasi berikut:

  1. Pejabat Daerah / Daerah Kecil
  2. Pusat Servis Sarawak (Kuching, Serian, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu & Miri)
  3. Pusat Khidmat ADUN & Parlimen
  4. Pustaka Negeri Sarawak Kuching / Pustaka Sibu / Pustaka Miri

Pemohon diingatkan membawa bersama telefon pintar dan kad pengenalan.

Laporkan Masalah SKAS Online

Tidak perlu keluar ke UTC atau kaunter Service Sarawak,a anda boleh laporkan masalah mengenai S PAY GLOBAL anda dengan imbas kod QR dan isi borang berikut.

semakan skassemakan skas

Kemaskini No Telefon & Emel Sarawak ID Melalui Kiosk Service Sarawak

KIOSK Service Sarawak merupakan satu kemudahan untuk memudahkan pengguna SarawakID, untuk mengemaskini sendiri maklumat telefon dan emel SarawakID.

Bagi mereka yang ingin mengemaskini sendiri maklumat (Sarawak ID) seperti kemaskini emel, nombor telefon, lupa katalaluan, lupa nama pengguna boleh datang ke KIOSK Service Sarawak.

Maklumat Lanjut & Soalan Lazim (FAQ) Berkaitan Semakan SKAS

Untuk semakan status penerima SKAS fasa 3 dan maklumat lanjut anda boleh layari pautan rasmi atau rujuk panduan berikut:

Panduan untuk S PAY GLOBAL

  • Bagaimana mendaftar S PAY GLOBAL ( Lihat panduan )
  • Lupa kata laluan dan tukar nombor telefon untuk S PAY GLOBAL ( Lihat panduan )
  • Tukar telefon mudah alih yang digunakan untuk S PAY GLOBAL ( Lihat panduan )

Panduan untuk SarawakID

Panduan untuk SKAS

  • Panduan membuat pengesah akaun untuk SKAS dalam aplikasi mudah alih S PAY GLOBAL Infografik ].
  • Panduan untuk menyemak status penerimaan bantuan SKAS [Video | Infografik].
  • Panduan untuk mengemaskini maklumat akaun S PAY GLOBAL dengan SKAS Video  |  Infografik ]

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan S PAY GLOBAL, anda boleh merujuk kepada soalan-soalan lazim bagi S PAY GLOBAL atau hubungi kami melalui telefon +6082-224599 atau emel ke [email protected].

Bagi pertanyaan yang lain, anda boleh hubungi pusat Talikhidmat dengan mengisi borang atas talian atau telefon +6082-555999 atau emel to [email protected]

Chatbot: “Ask Alina” di aplikasi atau rujuk FAQ laman web S PAY GLOBAL.

Anda juga boleh dapatkan info terkini di sini:

Lokasi Bantuan (Service Sarawak Centre)

  • Kuching: UTC Aras 1, Bangunan UTC Sarawak, Jalan Bukit Mata
  • Serian: Tingkat Bawah, Pusat Pentadbiran Kerajaan Sarawak
  • Sri Aman: Hotel Seri Simanggang
  • Betong: Lot 614–615, Jalan Lee Kai Teng
  • Sarikei: Level 1, Lot 755, Pusat Pentadbiran
  • Sibu: UTC Aras 1, Bangunan UTC Sibu
  • Miri: Aras Bawah, Bangunan UTC Miri

Atau hubungi:
Telefon: 082-224 599
Emel: [email protected]

Bila SKAS Fasa 3 2026 dikreditkan?

SKAS Fasa 3 akan dikreditkan bermula 10 NOVEMBER 2026 (SELASA) secara berperingkat mengikut batch kelulusan.

Siapakah yang layak menerima SKAS Fasa 2 2026?

Bantuan ini dikhususkan kepada rakyat Sarawak (pemegang K-IC) yang memenuhi kriteria berikut:
Isi Rumah: Pendapatan RM5,000 ke bawah.
Warga Emas Tunggal: Pendapatan RM5,000 ke bawah.
Individu Bujang: Pendapatan RM2,500 ke bawah.
– Penerima sedia ada STR (Sumbangan Tunai Rahmah) biasanya layak secara automatik.

Sekiranya nama saya ada dalam senarai penerima Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS), bagaimanakah bantuan tersebut akan diberikan kepada saya?

Bantuan akan disalur terus menerusi aplikasi SPay Global milik penerima. Untuk itu, penerima perlu memuat turun aplikasi SPay Global di telefon pintar masing-masing.

Apakah yang saya perlu lakukan, jika notifikasi menyatakan akaun SPay Global saya telah wujud, namun saya tidak mengetahui kewujudan akaun tersebut?

Akaun SarawakID dan akaun SPay Global menggunakan username/ID yang sama.  Seterusnya untuk mendapatkan maklumat sarawakID, pengguna adalah disarankan untuk mengemaskini maklumat SarawakID anda di laman web  Log masuk menggunakan nombor mykad.

Adakah bantuan ini sekali bayar (One-off)?

Tidak. Untuk tahun 2026, SKAS akan dibayar sebanyak tiga (3) kali setahun (setiap 4 bulan). Fasa 1 akan dikreditkan pada 10 Mac, Fasa 2 pula 15 Mei dan Fasa 3, 10 November 2026.

Berapa kadar bayaran SKAS 2026?

Berikut ialah kadar bantuan SKAS 2026 yang akan diterima
– Isi Rumah (≤ RM5,000): Akan menerima RM1100 setahun
– Warga Emas Tanpa Pasangan/Anak (≤ RM5,000): Akan menerima RM600 setahun
– Bujang (≤ RM2,500): Akan menerima RM375 setahun

Di mana boleh buat semakan SKAS?

Semakan boleh dibuat melalui aplikasi S Pay Global di Apps Store atau Google Play Store dalam telefon anda.

Bila semakan SKAS FASA 3 boleh dibuat?

Semakan SKAS Fasa 3 boleh dibuat bermula 10 November 2026.

Berapa bayaran SKAS FASA 3?

Bayaran SKAS Fasa 3 adalah seperti berikut:
– Isi Rumah < RM5,000: RM318
– Warga Emas (Tunggal< RM5,000: RM168
– Individu Bujang< RM2,500: RM100

Di mana boleh buat semakan SKAS?

Semakan boleh dibuat melalui aplikasi S Pay Global di Apps Store atau Google Play Store dalam telefon anda.

Apakah yang saya perlu lakukan jika saya belum lagi mempunyai akaun S Pay Global?

Sekiranya anda layak dan belum pernah mendaftar S Pay Global (SPG) perlu memuat turun aplikasi S Pay Global (SPG) di telefon pintar dengan mengisi butiran maklumat dan mengikut panduan permohonan. Wajah sebenar pemohon perlu sama seperti dalam kad pengenalan sebagai syarat utama.

Rujuk Soalan Lazim Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS):

PakarPBN

A Private Blog Network (PBN) is a collection of websites that are controlled by a single individual or organization and used primarily to build backlinks to a “money site” in order to influence its ranking in search engines such as Google. The core idea behind a PBN is based on the importance of backlinks in Google’s ranking algorithm. Since Google views backlinks as signals of authority and trust, some website owners attempt to artificially create these signals through a controlled network of sites.

In a typical PBN setup, the owner acquires expired or aged domains that already have existing authority, backlinks, and history. These domains are rebuilt with new content and hosted separately, often using different IP addresses, hosting providers, themes, and ownership details to make them appear unrelated. Within the content published on these sites, links are strategically placed that point to the main website the owner wants to rank higher. By doing this, the owner attempts to pass link equity (also known as “link juice”) from the PBN sites to the target website.

The purpose of a PBN is to give the impression that the target website is naturally earning links from multiple independent sources. If done effectively, this can temporarily improve keyword rankings, increase organic visibility, and drive more traffic from search results.

Jasa Backlink

Download Anime Batch