Pengumuman dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) adalah hari yang sangat ditunggu-tunggu oleh semua pelabur. Semakan dividen ASB boleh dilakukan di aplikasi myASNB atau portal rasmi ASNB di pautan berikut: www.asnb.com.my
ASB merupakan salah satu instrumen pelaburan popular dalam kalangan Bumiputera di Malaysia. Dengan konsep pelaburan berisiko rendah tetapi pulangan yang konsisten, dividen ASB sering menjadi pilihan ramai individu yang ingin menggandakan wang mereka.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang cara pengiraan dan semakan dividen ASB secara dalam talian (online).
Apa Itu Amanah Saham Bumiputera (ASB)?
Amanah Saham Bumiputera atau ASB merupakan salah satu platform pelaburan yang dijamin kerajaan.
Mengimbas sejarah penubuhan ASB, ia sebenarnya ditubuhkan bagi menggantikan skim Amanah Saham Nasional (ASN), unit amanah pertama yang dilancarkan oleh Permodalan Nasional Bhd (PNB) pada tahun 1981.
ASN pada awal pelancarannya adalah dana berharga tetap, namun selepas 10 tahun harganya perlu diapungkan kepada harga berubah.
Bagi memastikan Bumiputera tidak mengeluarkan pelaburan mereka daripada ASN, PNB memperkenalkan unit amanah keduanya, ASB yang mula diniagakan pada 1990.

ASB VS ASNBF
ASB (Amanah Saham Bumiputera) dan ASNBF (Amanah Saham Nasional Berhad Financing/Pembiayaan ASB) adalah instrumen pelaburan berbeza di bawah ASNB, berfungsi untuk tujuan tertentu.
ASB ialah produk simpanan dan pelaburan selamat berbentuk unit amanah berharga tetap; tiada fi permulaan, mudah dikeluarkan, sesuai untuk pelabur pasif.
ASNBF/ASBF pula adalah kaedah memohon pinjaman bank bagi membeli unit ASB; kaedah ini sesuai untuk pelabur yang mahu melabur jumlah lebih besar, namun perlu membayar ansuran bulanan dan menanggung risiko kadar faedah bank.
Ciri | ASB | ASNBF (Pembiayaan ASB/ASB Financing) |
---|---|---|
Jenis pelaburan | Unit amanah harga tetap (fixed price fund, RM1 seunit) | Pinjaman/pembiayaan untuk membeli unit ASB |
Fungsi utama | Menyimpan/melabur dengan modal sendiri | Melabur dalam ASB menggunakan pembiayaan bank (leverage) |
Kelayakan | Warganegara Bumiputera Malaysia | Pelabur ASB yang mahu gandakan pelaburan melalui pinjaman |
Had pelaburan | Sehingga RM200,000 – RM300,000 | Bergantung pada kelulusan bank (maksimum ikut had ASB) |
Risiko | Risiko rendah, pulangan dividen tetap | Risiko kewangan lebih tinggi (ada komitmen ansuran bulanan) |
Cara untung | Dividen tahunan, bonus & tiada caj pembukaan akaun | Dividen diperoleh melebihi caj pembiayaan/interest bank |
Kecairan | Boleh dikeluarkan bila-bila masa | Ikut terma bank, unit biasanya digadai kepada bank |


Apa itu Dividen ASB?
Dividen ASB adalah keuntungan atau pulangan yang diterima oleh pemegang akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) setiap tahun. Ia adalah sebahagian daripada keuntungan yang dijana oleh pelaburan ASB dalam pasaran saham dan dana lain.
Setiap tahun, ASNB akan mengira berapa banyak dividen yang layak diberikan berdasarkan jumlah simpanan minimum yang ada dalam akaun sepanjang tahun itu. Dividen ini membantu meningkatkan jumlah wang pelaburan tanpa perlu menambah modal sendiri.
Dividen ASB juga bebas cukai, jadi pelabur dapat menikmati pulangan penuh tanpa potongan cukai. Ini menjadikan ASB sebagai pilihan pelaburan yang selamat dan mudah untuk rakyat Bumiputera menambah simpanan mereka secara berterusan.
Bila Dividen ASB Diumumkan?
Dividen ASB biasanya diumumkan dan dikreditkan dalam akaun pemegang unit bermula pada 1 Januari setiap tahun bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember tahun sebelumnya.
Contohnya, dividen bagi tahun kewangan 2024 diumumkan dan boleh disemak mulai 1 Januari 2025 melalui portal myASNB atau di kaunter ASNB mulai 2 Januari 2025.
Pemegang unit boleh menyemak dan mendapatkan penyata dividen ASB melalui portal myASNB secara online mulai 1 Januari atau selepas pengumuman rasmi dibuat.
Berbaloikah Melabur di ASB?
Ya, berbaloi untuk majoriti Bumiputera yang mencari pelaburan selamat, konsisten dan berisiko rendah.
- Risiko Rendah: ASB merupakan dana pelaburan harga tetap yang mempunyai risiko rendah berbanding pelaburan saham langsung.
- Dividen Stabil dan Kompetitif: Kadar dividen ASB biasanya lebih tinggi daripada kadar faedah simpanan tetap di bank, memberikan pulangan yang baik secara konsisten.
- Mudah dan Aksesibel: Pelabur tidak perlu pengetahuan pelaburan yang mendalam; pendaftaran dan transaksi juga mudah melalui agen atau portal dalam talian.
- Potensi Pertumbuhan Jangka Panjang: ASB telah melabur dalam pelbagai sektor berkembang seperti teknologi hijau dan perbankan digital yang dapat memberi pulangan positif dalam jangka panjang.
Walaupun pulangan ASB mungkin tidak setinggi pelaburan agresif lain seperti saham individu atau hartanah, ia sangat sesuai untuk pelabur yang mencari pelaburan selamat dan pendapatan pasif yang stabil.


Mungkin pelaburan di ASB kurang menarik/berbaloi kalau:
- Anda sanggup hadapi risiko turun naik pasaran untuk keuntungan lebih tinggi.
- Anda dah ada pengalaman pelaburan lain.
- Anda mahukan pulangan besar dalam masa singkat.
Sejarah Pengagihan Pendapatan ASB 1990-2024
Sepanjang 30 tahun ASB ditubuhkan, unit amanah itu tidak pernah gagal menawarkan pulangan dividen yang kompetitif kepada pelaburnya. Malah ada yang pernah mencecah sehingga dua angka terutama pada 1990-an.
Namun, ASB kini tidak lagi menawarkan pulangan setinggi pada awal penubuhannya disebabkan banyak faktor, termasuklah prestasi pasaran saham dan ekonomi negara yang banyak berubah berbanding ketika ASB mula dilancarkan.
Di bawah merupakan sejarah pengagihan pendapatan ASB tahun-tahun sebelum ini.
Dividen ASB Tahun 2024
- Dividen – 5.50%
- Bonus – 0.25%
- Kadar Agihan – 5.75%
Dividen ASB Tahun 2023
- Dividen – 4.25%
- Bonus – 1.00%
- Kadar Agihan – 5.25%
Dividen ASB Tahun 2022
- Dividen – 4.60%
- Bonus – 0.50%
- Kadar Agihan – 5.10%
Dividen ASB Tahun 2021
- Dividen – 4.25%
- Bonus – 0.75%
- Kadar Agihan – 5.00%


Cara Pengiraan Dividen ASB
Ramai yang mungkin masih tertanya-tanya, bagaimana cara nak kira dividen ASB?
Rujuk langkah-langkah yang berikut:
- Dapatkan dahulu Baki Minimum Bulanan (BMB). Baki ini merupakan baki terendah yang pernah dicatatkan dalam akaun anda di antara 1hb sehingga hujung bulan. Dapatkan BMB untuk 12 bulan, bermula dari tahun Januari sehingga bulan Disember.
- Setiap jumlah BMB bagi 12 bulan dicatatkan. Kemudian, campurkan kesemua BMB untuk 12 bulan tersebut.
- Bahagikan jumlah keseluruhan BMB tersebut dengan 12 untuk mendapatkan Purata Baki Minimum Bulanan 12-Bulan, ataupun nama lainnya Baki Minimum Tahunan.
- Kemudian, darabkan Baki Minimum Tahunan dengan kadar dividen/bonus.
Contoh mudah:
- AGIHAN PENDAPATAN ASB 2023 : 4.25%
- BONUS : 1.0%
Dividen ASB 2023 5.25% untuk simpanan dari 01 Jan sehingga 31 Dec 2023.
Kalau simpanan RM10,000 dari 01/01/2023 sampai 31/12/2023 tanpa sebarang pengeluaran, jadi dividen akan dapat 10k x 5.25% = RM525.
Kalau simpan RM10,000 dari 01/01/2023 dan bulan Jun keluarkan RM5,000. Maksudnya baki tinggal Rm5,000 sehingga 31/12/2023. Jadi dividen yang kamu dapat adalah RM218.75 + RM153.13 = RM371.88
Kalau simpanan cuma RM5,000 dari 01/01/23 dan bulan 12 sempat tambah simpanan RM20,000. Dividen kamu dapat adalah RM5,000 x 5.25% = Rm262.50 sahaja.
Itu simpanan RM20,000 yang baru ditambah tidak menambah apa-apa sudah dividen. Melainkan kalau ditambah pada bulan 11 dapat la tambahan RM87.50
Kalau simpanan RM20,000 dari 01/01/23 dan bulan November ada keluarkan RM10,000. Jadi baki tinggal lagi RM10,000. Jadi dividen dia boleh dapat ialah RM875 + RM87.5 = RM962.50
Begitulah cara kira dividen dalam ASB. Bukan direct darab dengan 5.25% tu melainkan kalau memang simpan dari 01/01 sampai la 31/12.
Formula Pengiraan Dividen ASB
Pengagihan Pendapatan dan Bonus ASB adalah berdasarkan purata baki minimum bulanan sepanjang tahun dengan formula seperti berikut:
Pengiraan Pengagihan Pendapatan ASB


Pengiraan Bonus ASB


Cara Semakan Dividen ASB
Untuk membuat semakan dividen ASB dan bonus, anda boleh melakukannya secara online melalui Portal myASNB atau aplikasi myASNB.
Semakan Dividen ASB Melalui Portal myASNB
- Layari laman web myASNB :
- Klik “Log Masuk”
- Masukkan ID Pengguna dan kata laluan.
- Klik pada menu ‘Akaun Saya’ untuk melihat senarai pelaburan anda.
- Pilih ‘Penyata Kewangan’ untuk melihat dividen dan bonus yang dikreditkan untuk tahun kewangan terkini.
- Boleh cetak atau save dalam PDF untuk rujukan.
Semakan Dividen ASB Melalui Aplikai myASNB
- Buka aplikasi myASNB dan log masuk.
- Klik pada “Prestasi”
- Dividen terkini anda akan dipaparkan pada bahagian ini apabila diumumkan.
Sekiranya belum muat turun aplikasi myASNB, sila muat turun melalui pautan berikut:


NOTA PENTING:
Berikut adalah istilah yang anda akan jumpa pada laman web paparan utama MyASNB:
- Jumlah unit = Baki pelaburan terkini
- Normal reinvestment = Dividen
- Special reinvestment = Bonus


Jika anda belum mendaftar ASB online, sila rujuk langkah membuat pendaftaran di artikel ini: Cara Buka Akaun ASB Online
Zakat ASB
- Zakat dikenakan ke atas nilai pelaburan ASB yang mencapai nisab (jumlah minimum harta yang wajib dizakatkan) dan telah cukup haul (tempoh simpanan 1 tahun).
- Kadar zakat bagi pelaburan ASB biasanya adalah 2.5% daripada jumlah nilai pelaburan pada akhir haul (tahun simpanan).
- Nilai pelaburan diambil kira termasuk modal pokok, dividen, dan bonus yang diperoleh sehingga akhir tahun.
- Bayaran zakat adalah wajib bagi pelabur yang memenuhi syarat haul dan nisab.
- Pelabur boleh mengira zakat ASB secara manual dengan mengambil nilai pelaburan terakhir dan darab dengan 2.5%, atau menggunakan kalkulator zakat yang disediakan oleh pusat zakat negeri seperti MAIWP.
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor (Bil 3/2017) telah memutuskan bahawa hukum pelaburan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) adalah harus mengikut parameter yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC).
Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Syariah LZS pada 15 September 2017 telah memutuskan bahawa zakat, dikeluarkan ke atas pelaburan yang patuh syarak sahaja.
Namun sekiranya pembayar ingin,membayar-jumlah penuh, bahagian yang tidak patuh syariah boleh diterima tetapi ia perlu dimasukkan ke dalam akaun Baitulmal.
Formula Zakat ASB
Terdapat dua formula taksiran zakat ASB iaitu:
- Baki akhir pelaburan tahunan x 2.5%
- Baki minimum pelaburan tahunan x 2.5%
Zakat hanya dikenakan apabila melebihi nilai nisab. Nisab zakat simpanan adalan bersamaan dengan nilai 85 gram emas.
Nisab adalah jumlah minimum harta kekayaan yang dimiliki oleh individu Muslim sebelum diwajibkan untuk membayar zakat.
Jumlah nilai pelaburan akan dibandingkan dengan jumlah nisab yang dikeluarkan oleh Pusat Zakat Negeri masing-masing bagi menentukan kelayakan pembayaran zakat.
Kadar Zakat ASB
Pemegang unit boleh merujuk kepada pusat pungutan zakat negeri masing-masing untuk mendapatkan bantuan dalam pengiraan zakat yang perlu dibayar ke atas pelaburan ASB mereka, atau menggunakan kalkulator zakat dalam talian yang disediakan oleh pusat pungutan zakat negeri tersebut, jika ada.


Kaedah taksiran zakat saham amanah ASNB bagi sesuatu tahun hendaklah mengikut kadar peratusan patuh syariah bagi tahun kewangan berkaitan.


Perkara ini berkuatkuasa mulai 12 Mei 2020.
Walau bagaimanapun, bagi bayaran zakat ASB tahun 2016 dan sebelumnya, maka fatwa terdahulu digunakan, iaitu hendaklah ditolak semua pendapatan pelaburan (dividen dan bonus) ASB berkenaan, dan zakat hanya dikenakan ke atas pokok pelaburannya sahaja.
Contoh : Pokok + (pendapatan x *74.5% ) = ….. x2.5% = Zakat
*Nilai boleh berubah dari masa ke semasa
Maklumat Lanjut
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dividen ASB 2023 dan semakan pendapatan ASBF, sila rujuk laman web Amanah Saham Nasional berhad (ASNB) di www.myasnb.com.my
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan ASNB 03-7730 8899 (8 pagi – 10 malam) atau emel ke [email protected]
Soalan Lazim – Semakan Dividen ASB
Dividen ASB biasanya diumumkan dan boleh disemak mulai 1 Januari tahun berikutnya melalui portal myASNB atau di kaunter ASNB bermula 2 Januari.
Log masuk ke portal myASNB, pilih ‘Penyata Kewangan’, dan pilih tahun kewangan terkini untuk lihat jumlah dividen dan bonus yang dikreditkan. Atau, semak melalui aplikasi myASNB.
Nisab adalah jumlah minimum harta yang memerlukan pembayaran zakat. Nisab zakat ASB bersamaan 85 gram emas. Anda boleh rujuk pusat zakat negeri masing-masing. Sekiranya jumlah simpanan ASB anda melebihi nisab ini, maka anda perlu membayar zakat.
Dividen ialah pulangan asas, manakala bonus ialah tambahan yang diberikan berdasarkan prestasi dana. Kedua-duanya akan dikreditkan ke akaun pelabur.
Dividen dikira berdasarkan purata baki minimum bulanan sepanjang tahun, darab dengan kadar dividen dan bonus yang diumumkan untuk tahun tersebut.
Dividen ASB adalah bebas cukai untuk pemegang akaun.
Ya, pelabur boleh memilih untuk keluarkan atau laburkan semula dividen kepada pembelian unit tambahan ASB.
‘Normal reinvestment’ merujuk kepada dividen biasa yang dilaburkan semula, manakala ‘Special reinvestment’ adalah bonus tambahan yang dilaburkan semula.
Dividen ASB biasanya dikreditkan dan boleh disemak bermula pada 1 Januari tahun berikutnya selepas tahun kewangan berakhir, yakni mulai 1 Januari 2026 untuk dividen tahun 2025.
Had MINIMUM jualan balik secara online ialah RM100.
Had MAKSIMUM pengeluaran secara dalam talian ialah RM2000 sebulan dari mana-mana akaun unit amanah ASNB anda.
Namun, tiada had jualan balik sekiranya urus niaga tersebut dilaksanakan di kaunter cawangan atau ejen ASNB.
News
Berita
News Flash
Blog
Technology
Sports
Sport
Football
Tips
Finance
Berita Terkini
Berita Terbaru
Berita Kekinian
News
Berita Terkini
Olahraga
Pasang Internet Myrepublic
Jasa Import China
Jasa Import Door to Door