Baucar Perlindungan Tenang 3.0 – Semakan Kelayakan & Cara Tebus


Bermula 1 September 2025, penerima Sumbangan Tunai Rahmah layak menebus Baucar Perlindungan Tenang PTV 3.0 bernilai RM30. Penerima boleh menyemak kelayakan di www.myptv.my dan kunjungi www.mycoverage.my untuk maklumat lanjut.

Baucar Perlindungan Tenang 3.0
Baucar Perlindungan Tenang 3.0

Usaha ini bertujuan meluaskan akses perlindungan kepada isi rumah berpendapatan rendah di samping melengkapi inisiatif Kerajaan yang lain seperti Skim Perubatan MADANI dan PeKa B40.

Ini hanyalah langkah awal ke arah penambahbaikan jaringan sosial, yang akan diperhalusi oleh Kerajaan melalui Belanjawan 2022, dan sebagai salah satu komponen program PERKUKUH Pelaburan Rakyat. ⠀

Berikut dikongsikan antara manfaat, kelebihan, cara semakan kelayakan, cara penebusan bagi penerima program ini dan lain-lain info penting.

Apa Itu Baucar Perlindungan Tenang (PTV) 3.0 ?

Program Baucar Perlindungan Tenang (PTV) 3.0 merupakan inisiatif strategik oleh kerajaan Malaysia untuk memperkukuh perlindungan sosial bagi komuniti yang kurang mendapat akses dan terdedah kepada risiko.

Bermula 1 September 2025, seramai 2 juta penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang layak akan menerima subsidi baucar bernilai RM30.

Baucar ini boleh digunakan untuk membeli atau memperbaharui produk mikroinsurans dan mikrotakaful di bawah Perlindungan Tenang yang ditawarkan oleh syarikat insurans dan pengendali takaful berlesen yang mengambil bahagian.

 Baucar Perlindungan Tenang 3.0 Baucar Perlindungan Tenang 3.0
Baucar Perlindungan Tenang 3.0
Baucar Perlindungan Tenang 3.0
 Baucar Perlindungan Tenang 3.0 Baucar Perlindungan Tenang 3.0
Baucar Perlindungan Tenang 3.0

Ciri-ciri Utama Perlindungan Tenang

  • Mampu milik: Sumbangan serendah berapa ringgit sebulan.
  • Mudah: Senang difahami. Bayaran sekaligus apabila berlaku kematian, kemalangan, kerosakan harta.
  • Proses tuntutan mudah: Tuntutan dibayar dalam masa 5 hari bekerja untuk kes kematian dan 7 hari bekerja untuk kes bukan kematian.
  • Mudah dibeli/disertai: Boleh dibeli/sertai secara dalam talian melalui syarikat insurans, pengendali takaful, ejen atau pengedar yang sah.
 Baucar Perlindungan Tenang 3.0 Baucar Perlindungan Tenang 3.0
Baucar Perlindungan Tenang 3.0

Jumlah Baucar

Jumlah Baucar Perlindungan Tenang 3.0 (PTV 3.0) bagi tahun 2025 ialah RM30 untuk setiap penerima yang layak.

Baucar ini boleh digunakan untuk membiayai sebahagian kos produk insurans atau takaful Perlindungan Tenang yang berharga sekurang-kurangnya RM50 setahun.

Jika harga produk lebih tinggi, baki harga perlu dibayar sendiri (contoh: produk RM50, baucar tanggung RM30, penerima bayar RM20).

Hanya satu baucar RM30 boleh digunakan oleh setiap penerima STR sepanjang fasa program PTV 3.0 2025.

Sah sehingga 31 Disember 2025, bermula dari 1 September 2025.

Syarat Kelayakan Baucar Perlindungan Tenang 3.0

Syarat kelayakan bagi inisiatif ini adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia yang layak menerima STR 2025.
  • Baucar akan diberikan secara automatik kepada penerima STR, tiada permohonan manual diperlukan. Siapa cepat dia dapat.
  • Nilai baucar ialah RM30 dan hanya sah untuk membeli produk Perlindungan Tenang (insurans/takaful asas) yang berharga minimum RM50 setahun.
  • Pembelian produk hanya melalui syarikat insurans/takaful berlesen yang mengambil bahagian dalam program PTV3.0.
  • Baucar hanya boleh ditebus sekali sahaja sepanjang tempoh program.
  • Penebusan perlu dibuat sepanjang tempoh sah program, bermula 1 September 2025 sehingga 31 Disember 2025.

    Baucar ini akan diberikan kepada 2 juta penerima penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang layak berdasarkan siapa cepat, dia dapat (first come first served basis).

    NOTA:

    • Setiap penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang layak hanya akan menerima satu baucar bernilai RM30. Baucar ini tidak boleh dipindahmilik dan hanya boleh digunakan oleh penerima STR yang layak sahaja.
    • Setiap penerima yang layak hanya boleh membeli satu produk Perlindungan Tenang menggunakan baucar RM30. 
    • Baucar ini tidak boleh dikembalikan dan tidak boleh ditukar kepada wang tunai sama ada sebahagian atau sepenuhnya.

    Cara Semak Kelayakan Baucar Perlindungan Tenang

    Semakan kelayakan Baucar Perlindungan Tenang 3.0 boleh dibuat melalui laman web rasmi  Perlindungan Tenang Voucher (PTV). Rujuk cara-caranya di bawah:

    1. Sila layari laman rasmi Perlindungan Tenang Voucher (PTV)
    2. Masukkan maklumat Nombor Kad Pengenalan (NRIC) anda dan tandakan tik (/) di “YA, SAYA TELAH MEMBACA DAN MEMAHAMI NOTIS PRIVASI” dan “Saya bukan robot”.
    3. Jika anda layak untuk program ini, anda akan menerima nombor baucar dalam mesej seterusnya. Sila gunakan nombor baucar tersebut apabila anda mahu menebus baucar RM30 semasa membuat pembelian. 

    NOTA: Sebagai alternatif, anda juga boleh mengunjungi mana-mana cawangan atau ejen / pengedar yang sah bagi syarikat insurans / pengendali takaful yang menyertai dan menawarkan produk Perlindungan Tenang di bawah Program PTV 3.0 untuk menyemak kelayakan anda.

     Baucar Perlindungan Tenang 3.0  Baucar Perlindungan Tenang 3.0
    Baucar Perlindungan Tenang 3.0

    Sekiranya layak, anda akan menerima paparan seperti berikut:

    Layak menerima Baucar Perlindungan TenangLayak menerima Baucar Perlindungan Tenang
    Layak menerima Baucar Perlindungan Tenang

    Cara Tebus

    Terdapat dua kaedah untuk menebus Baucar bagi membeli produk anda:

    Kaedah 1 – Penebusan baucar untuk pembelian produk atas talian:

    1. Layari portal MyCoverage di pautan berikut:
    2. Skrol ke bawah untuk melihat seksyen “Produk Perlindungan Tenang di bawah Program PTV 3.0”. Klik ikon logo syarikat/produk Perlindungan Tenang untuk mendapatkan maklumat asas mengenai produk tersebut. Sila semak kriteria produk seperti had umur dan jumlah premium/sumbangan sebelum memutuskan produk yang paling sesuai dengan keperluan anda.
    3. Tekan butang “KETAHUI LEBIH LANJUT” dan anda akan dibawa ke laman web syarikat insurans atau pengendali takaful yang menawarkan produk Perlindungan Tenang tersebut.
    4. Anda akan dibantu untuk melalui proses yang mudah untuk menyertai/membeli produk Perlindungan Tenang. Anda perlu mengisi maklumat yang diperlukan seperti nama, nombor Kad Pengenalan (KP), umur, jantina dan lain-lain untuk melengkapkan proses pembelian. Anda juga perlu memasukkan nombor unik Baucar Perlindungan Tenang anda untuk menuntut baucar tersebut semasa pembelian produk. Anda dinasihatkan untuk membaca terma dan syarat produk tersebut sebelum membuat pembelian.

    Kaedah 2 – Penebusan dan pembelian di kaunter:

    • Anda juga boleh menebus baucar dan menyertai/membeli produk Perlindungan Tenang secara langsung dari kaunter pejabat cawagan atau ejen/pengedar sah syarikat insurans/pengendali takaful.
    • Fahami ciri-ciri asas dan manfaat produk, termasuk menyemak kriteria produk seperti had umur dan jumlah premium/sumbangan sebelum memilih produk yang paling sesuai dengan keperluan anda.
    • Jika anda memilih untuk meneruskan pembelian produk, anda perlu memberikan maklumat yang diperlukan untuk melengkapkan proses pembelian.

    Sila ambil perhatian bahawa proses ini mungkin berbeza mengikut syarikat. Anda dinasihatkan untuk merujuk wakil khidmat pelanggan syarikat berkenaan untuk maklumat lanjut.

    Produk Perlindungan Tenang PTV3.0

    1. PerlindunganKu Allianz4All

    Jumlah Dilindungi
    Sehingga RM50,000

    Jenis Perlindungan
    Kematian atau Hilang Upaya Kekal
    Pendapatan Hospital di Hospital Kerajaan akibat Kemalangan dan Penyakit
    Perbelanjaan Perubatan di Hospital Kerajaan akibat Kemalangan dan Penyakit
    Bantuan Kecemasan (sekiranya belaku perpindahan akibat banjir)

    Kadar Sumbangan
    RM50/setahun (tidak termasuk SST)

    Khidmat pelanggan (Alamat email dan nombor telefon)
    1300-22-5542
    [email protected]

    Laman sesawang syarikat
    www.allianz.com.my

    2. A-Z Protect

    Jumlah Dilindungi

    Jenis Perlindungan
    Rujuk Jadual [Jumlah Dilindungi] di atas

    Kadar Sumbangan
    RM 80 setahun

    Khidmat pelanggan (Alamat email dan nombor telefon)
    1300-22-5542
    [email protected]

    Laman sesawang syarikat
    www.allianz.com.my

    3. Protector Guard

    Jumlah Dilindungi
    RM 30,000.00

    Jenis Perlindungan
    Kematian Akibat Kemalangan, Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal Akibat Kemalangan, Pendapatan Hospital Akibat Kemalangan

    Kadar Sumbangan
    RM52 / 12 bulan

    Khidmat pelanggan (Alamat email dan nombor telefon)
    +603 2058 3000 / 1800-88-3226
    [email protected]

    4. Qaseh Setia

    Jumlah Dilindungi
    Dari RM 70 setahun dengan Pelan 70 Kami anda bakal menikmati perlindungan:

    Manfaat Kematian – Bukan Kemalangan Sehingga RM 15,000
    Manfaat Kematian – Kemalangan Sehingga RM 90,000
    Manfaat Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK) Sehingga RM 15,000
    Perbelanjaan Pengebumian Sehingga RM 3,000

    Jenis Perlindungan
    Kematian, Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (TPD), seta Perbelanjaan Pengebumian

    Kadar Sumbangan
    RM 70 setahun

    Khidmat pelanggan (Alamat email dan nombor telefon)
    1300-22-6262
    [email protected]

    Laman sesawang syarikat
    www.fwd.com.my

    5. Qaseh Bakti Plus

    Jumlah Dilindungi
    Dari RM 60 setahun dengan Pelan 1, 2 atau 3 kami anda bakal menikmati:

    Manfaat Kematian – Bukan Kemalangan Sehingga RM 2,500
    Manfaat Kematian – Kemalangan Sehingga RM 5,000
    Manfaat Tunai Penghospitalan Harian Sehingga RM 200 sehari

    Jenis Perlindungan
    Manfaat pendapatan semasa rawatan hospital dan manfaat kematian

    Kadar Sumbangan
    RM 60 setahun

    Khidmat pelanggan (Alamat email dan nombor telefon)
    1300-22-6262
    [email protected]

    Laman sesawang syarikat
    www.fwd.com.my

    6. MikroSayang

    Jumlah Dilindungi
    Manfaat Hospitalisasi = RM50 sehari sehingga 14 hari
    Manfaat Kematian = RM5000
    Manfaat Kematian akibat Kemalangan = RM5000
    Manfaat Hilang Upaya Penuh dan Kekal = RM5000
    Manfaat Penyakit Kritikal = RM5000

    Jenis Perlindungan
    Pelan A: Manfaat Kematian Akibat Kemalangan & Manfaat Hospitalisasi
    Pelan B: Manfaat Kematian Akibat Kemalangan & Penyakit Kritikal
    Pelan C: Manfaat Kematian Akibat Kemalangan, Manfaat Hospitalisasi & Penyakit Kritikal
    Pelan A+: Kematian/ Hilang Upaya Penuh dan Kekal (HUPK) & Manfaat Hospitalisasi
    Pelan B+: Kematian/ Hilang Upaya Penuh dan Kekal (HUPK) & Penyakit Kritikal
    Pelan C+: Kematian/ Hilang Upaya Penuh dan Kekal (HUPK), Manfaat Hospitalisasi & Penyakit Kritikal
    1. Manfaat Hospitalisasi
    2. Manfaat Kematian
    3. Manfaat Kematian Akibat Kemalangan
    4. Hilang Upaya Penuh dan Kekal (HUPK)
    Manfaat Penyakit Kritikal

    Kadar Sumbangan
    RM 50

    Khidmat pelanggan (Alamat email dan nombor telefon)
    1300-13-8338
    [email protected]

    Laman sesawang syarikat
    www.greateasterntakaful.com

    7. HLA Stackable (Pelan Pakej)

    Jumlah Dilindungi
    Sehingga RM13,000 perlindungan kematian

    Jenis Perlindungan
    Kematian, Kematian Akibat Kemalangan, Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal Akibat Kemalangan, Pendapatan Hospital Akibat Kemalangan

    Kadar Sumbangan
    RM50.10 setahun

    Khidmat pelanggan (Alamat email dan nombor telefon)
    +603 7650 1288
    [email protected]

    Laman sesawang syarikat
    www.hla.com.my

    8. Mini PA Insurance

    Jumlah Dilindungi
    Sehingga RM75,000.00

    Jenis Perlindungan
    Kematian disebabkan Kemalangan;
    Hilang Upaya Kekal disebabkan Kemalangan;
    Elaun Perkabungan

    Kadar Sumbangan
    Plan E – RM 75 setahun

    Khidmat pelanggan (Alamat email dan nombor telefon)
    1-800-88-6744
    [email protected]

    Laman sesawang syarikat
    www.msig.com.my

    9. BSN Takaful Sakinah Plus

    Jumlah Dilindungi

    *Penerima PTV layak untuk menyertai BSN Takaful Sakinah Plus – Pelan 1 atau Pelan 2 sahaja.

    Jenis Perlindungan
    Takaful Keluarga

    Kadar Sumbangan

    Pelan 1 Pelan 2 Pelan 3 Pelan 4
    RM65 RM95 RM130 RM190

    *Nota: Selepas menggunakan PTV, baki sumbangan akan ditolak daripada Akaun Simpanan BSN.

    Contoh:
    Bayaran sumbangan untuk Pelan 1 (RM65): PTV RM30 + RM35 akan ditolak daripada Akaun Simpanan BSN.

    Khidmat pelanggan (Alamat email dan nombor telefon)
    +603 2775 7188
    [email protected]

    Laman sesawang syarikat
    www.prubsn.com.my

    10. Tokio Marine TenangCare

    Jumlah Dilindungi
    RM50,000 seorang

    Jenis Perlindungan
    a) Kematian / Hilang Upaya Kekal Akibat Kemalangan : RM 50,000
    b) Elaun Perkabungan (Kematian Akibat Demam Denggi): RM 50,000
    c) Elaun Tunai Kemasukan Hospital (Akibat Kemalangan) : RM100 sehari, sehingga 50 hari
    d) Elaun Demam Denggi : RM 1,000

    Kadar Sumbangan
    RM 50 setahun

    Khidmat pelanggan (Alamat email dan nombor telefon)
    talian bebas tol: 1800-88-0812
    [email protected]

    Laman sesawang syarikat
    Tokiomarine.com

    Perkara Penting untuk Diketahui

    • Baucar sah untuk SATU produk sahaja.
    • Satu baucar untuk setiap penerima. Tidak boleh dipindah milik.
    • Baucar tidak boleh dikembalikan atau ditukar kepada wang tunai.
    • Hanya untuk penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang layak.
    • Produk mesti mempunyai sumbangan tahunan minimum RM50, dan penerima perlu menambah sekurang-kurangnya RM20 untuk melengkapkan pembelian.
    • Sah bermula 1 September 2025 sehingga 31 Disember 2025 atau sehingga habis ditebus.
    Perkara Penting untuk DiketahuiPerkara Penting untuk Diketahui
    Perkara Penting untuk Diketahui

    Maklumat Lanjut

    Untuk maklumat lanjut berkenaan insiatif ini, sila layari www.myptv.my dan www.mycoverage.my, atau hubungi Pusat Panggilan Program Baucar Perlindungan Tenang di 03 7723 9333

    • Persatuan Insurans Hayat Malaysia: +603 – 2691 6168 / 6628 / 8068
    • Persatuan Takaful Malaysia: +603 – 2031 8160
    Baucar Perlindungan TenangBaucar Perlindungan Tenang
    Baucar Perlindungan Tenang

    Rujuk soalan FAQ di bawah:

    Baucar Perlindungan TenangBaucar Perlindungan Tenang
    Soalan Lazim Baucar Perlindungan Tenang
    Soalan Lazim Baucar Perlindungan TenangSoalan Lazim Baucar Perlindungan Tenang
    Soalan Lazim Baucar Perlindungan Tenang
    Soalan Lazim Baucar Perlindungan TenangSoalan Lazim Baucar Perlindungan Tenang
    Soalan Lazim Baucar Perlindungan Tenang

    Soalan Lazim – Baucar Perlindungan Tenang

    1. Apa itu Baucar Perlindungan Tenang 3.0?

    Baucar bernilai RM30 yang diberikan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk membeli produk insurans dan takaful asas berharga minimum RM50 setahun, dengan subsidi kerajaan.

    2. Siapa yang layak menerima baucar ini?

    Semua penerima STR 2025 layak secara automatik, tiada permohonan diperlukan.

    3. Bagaimana cara menebus baucar?

    Baucar boleh ditebus secara atas talian melalui portal rasmi atau secara bersemuka di pejabat ejen/pengedar insurans/takaful berlesen yang mengambil bahagian.

    4. Bolehkah baucar digunakan untuk pembaharuan polisi sedia ada?

    Tidak, baucar hanya untuk pembelian produk baru dalam program Perlindungan Tenang 3.0.

    5. Ada had umur kelayakan untuk baucar?

    Ya, penerima mesti berumur antara 18 hingga 60 tahun dan penerima STR.

    6. Boleh saya gunakan baucar lebih dari sekali?

    Tidak, setiap penerima hanya layak satu baucar RM30 untuk satu penebusan sepanjang tempoh program.

    7. Bila tempoh sah baucar?

    Mulai 1 September 2025 hingga 31 Disember 2025 atau sehingga stok baucar habis.

    8. Jika sudah menebus baucar PTV sebelum ini, bolehkah menebus kali lagi?

    Ya, walaupun telah menebus PTV fasa terdahulu, penerima masih layak menebus baucar PTV 3.0 tahun ini asalkan masih penerima STR 2025.

    9. Apa jenis perlindungan yang ditawarkan?

    Produk merangkumi perlindungan hayat, kemalangan diri, khairat kematian, perlindungan harta seperti rumah dan motosikal, serta perlindungan perubatan asas.

News
Berita
News Flash
Blog
Technology
Sports
Sport
Football
Tips
Finance
Berita Terkini
Berita Terbaru
Berita Kekinian
News
Berita Terkini
Olahraga
Pasang Internet Myrepublic
Jasa Import China
Jasa Import Door to Door