UKCG, atau eUKCG Biasiswa Perguruan Persekutuan bagi pelajar lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) ambilan tahun 2025 akan diadakan pada 6 Oktober 2025 (Isnin), jam 10:00 pagi. Untuk maklumat lanjut sila layari pautan:
Sila rujuk hebahan terkini berikut dan cara membuat semakan.
Hebahan Panggilan Menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru Biasiswa Perguruan Persekutuan 2025
INFO KPM: Panggilan menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (eUKCG) Biasiswa Perguruan Persekutuan bagi pelajar lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) ambilan tahun 2025 akan diadakan pada 6 Oktober 2025 (Isnin), jam 10:00 pagi.
Maklumat lanjut sila layari pautan:

e-UKCG hanya TERBUKA kepada calon yang telah mendaftar dan mengesahkan permohonan sahaja.
Calon hanya dibenarkan menduduki ujian ini seperti tarikh yang dinyatakan pada paparan ‘MAKLUMAT UKCG’ dalam tempoh masa yang ditetapkan, iaitu pada 6 Oktober 2025, 10 pagi. Pastikan anda telah membaca arahan dan bersedia sebelum menjawab soalan.
Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang masalah teknikal :
JABATAN PENGAMBILAN DAN PENEMPATAN, PUSAT HAL EHWAL PELAJAR,
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA, KPM
No. Telefon : 03-8312 6733 / 6760 / 6723 / 6720 /6768 /6693
Apakah UKCG & eUKCG?
UKCG adalah ringkasan kepada Ujian Kelayakan Calon Guru
e-UKCG adalah merupakan ujian psikometrik secara atas talian yang digunakan oleh IPGM KPM untuk menyaring calon-calon yang memohon latihan perguruan di IPG.
Hanya calon yang lulus e-UKCG layak dipertimbangkan untuk menduduki saringan seterusnya.


Biasiswa Perguruan Persekutuan yang ditawarkan melalui eUKCG memberikan peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang keguruan dengan bantuan kewangan penuh atau sebahagian.
Biasiswa ini bukan sahaja menampung yuran pengajian tetapi juga elaun sara hidup, buku, dan kemudahan lain sepanjang tempoh pengajian.
Siapakah Layak Menduduki eUKCG 2025?
Program ini terbuka khas kepada pelajar yang telah menamatkan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bagi ambilan tahun 2025.
Calon yang berjaya dalam eUKCG akan diproses untuk mendapat tawaran biasiswa bagi menyambung pengajian di institusi perguruan.
Semakan Calon e-UKCG 2025 Biasiswa STPM & STAM
Untuk mengetahui sama ada anda layak atau tidak menduduki ujian ini, anda boleh buat semakan di pautan berikut: /login.cfm?
Masukkan no kad pengenalan dan klik SEMAK.
Sekiranya layak, anda boleh teruskan proses seterusnya ialah membuat pendaftaran kata laluan dan menduduki ujian e-UKCG pada pukul 10 pagi, 6 Oktober 2025 (Isnin).


Tarikh, Masa dan Lokasi Ujian eUKCG
- Tarikh: 6 Oktober 2025 (Isnin)
- Masa: 10:00 pagi
- Tempat: Calon akan menerima panggilan rasmi beserta maklumat lokasi ujian melalui laman sesawang rasmi KPM dan emel yang didaftarkan.
Calon dinasihatkan untuk memastikan maklumat peribadi dan maklumat alamat emel sentiasa dikemaskini agar tidak terlepas sebarang makluman rasmi berkenaan ujian.
Daftar Kata Laluan
Sebelum menduduki eUKCG, calon perlu membuat pendaftaran kata laluan. Sila daftar Kata Laluan menduduki e-UKCG pada hari yang sama iaitu pada 6 Oktober 2025.
Caranya mudah sahaja, klik ikon Daftar Kata Laluan.
Selesai.
Anda boleh terus log masuk menggunakan no kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan sebentar tadi.


Lokasi / Cara Menjawab e-UKCG
e-UKCG hanya boleh dijawab secara dalam talian.
Calon boleh menduduki ujian di kediaman masing-masing atau di mana-mana tempat yang mempunyai talian internet yang baik.
eUKCG mengandungi banyak soalan dan perlu dijawab dalam tempoh masa yang terhad. Oleh yang demikian, calon dinasihatkan untuk menjawab secara spontan. Pilih jawapan yang sesuai dengan diri sendiri.
Calon boleh menduduki eUKCG di kawasan atau tempat lain yang ada menyediakan perkhidmatan internet dengan baik seperti kafe siber, pusat ICT kampung, sekolah, perpustakaan awam atau di kawasan-kawasan yang menyediakan internet tanpa wayar. Perlu diingatkan, ia adalah SULIT.
Calon tidak dibenarkan menunjuk, membuka ruang untuk orang lain melihat atau menyebarkan soalan ujian kepada individu atau pihak lain.
Oleh itu calon memerlukan talian internet dan digalakkan menggunakan komputer atau komputer riba untuk menjawab dengan lebih selesa.
Walau bagaimanapun calon boleh menjawab menggunakan alat-alat lain seperti telefon bimbit atau tablet.
Untuk mengetahui anda layak atau tidak anda ambil ujian ini, boleh semak melalui pautan berikut: /
Struktur, Kandungan & Tempoh Ujian eUKCG
Ujian ini menguji pelbagai aspek sahsiah, nilai, dan kebolehan calon sebagai bakal guru. Ia terbahagi kepada dua bahagian utama:
- Bahagian A: Mengandungi 120 soalan dengan masa 30 minit untuk disiapkan.
- Bahagian B: Mengandungi 60 soalan dengan masa 15 minit untuk disiapkan.
Keseluruhannya, calon perlu menjawab 180 soalan dalam tempoh 45 minit sahaja. Ujian dilakukan dalam satu sesi sahaja mengikut masa yang ditetapkan oleh pihak KPM, dan calon tidak diberikan peluang ulangan sekiranya terlepas waktu ujian.
Kandungan Soalan eUKCG
- Format Soalan: Soalan eUKCG biasanya dalam dua format jawapan;
- Pilihan dwi-pilihan seperti “Ya/Tidak” atau “Setuju/Tidak Setuju”.
- Skala Likert seperti “Sangat Setuju” hingga “Sangat Tidak Setuju”.
- Jenis Soalan dan Aspek Dinilai: Soalan dirangka untuk menilai;
- Personaliti, sikap, dan integriti calon sebagai bakal guru.
- Nilai dan etika keguruan, termasuk sikap terhadap murid dan kerja.
- Kefahaman asas dan minat dalam bidang pendidikan.
- Kecerdasan emosi dan pemikiran kritis.
- Contoh Penyataan dalam Soalan
- “Harapan saya ialah dapat mengajar murid yang cerdik sahaja.” (Jawapan ideal: Tidak Setuju)
- “Jika dikritik, saya akan membalas dengan kritikan yang lebih tajam.” (Jawapan ideal: Tidak Setuju)
- “Sebagai guru, saya percaya pendekatan pengajaran paling berkesan adalah memberi tumpuan kepada murid yang cepat faham sahaja.” (Jawapan ideal: Tidak Wajar)
Jawapan yang diberikan akan mencerminkan sikap calon terhadap tugas keguruan, menilai kesediaan mereka untuk mendidik semua murid tanpa kecuali dan menerima kritikan dengan terbuka.
Pelaksanaan Ujian
Keputusan ujian digunakan sebagai saringan untuk memilih calon yang layak ke peringkat temu duga seterusnya bagi program Pendidikan Guru seperti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).
Ujian dijalankan secara atas talian melalui sistem eUKCG yang dibangunkan khas oleh KPM.
Calon wajib menjawab soalan dalam masa 45 minit pada tarikh dan waktu yang telah ditetapkan tanpa sesi ulangan.
Tips Ujian eUKCG
Tips Persediaan Sebelum Ujian eUKCG
1. Ambil Masa Untuk Meneliti Setiap Soalan
Jangan tergesa-gesa menjawab. Baca soalan dengan teliti supaya dapat memilih jawapan yang paling sesuai menggambarkan sikap positif dan profesional keguruan.
2. Kenali Format Ujian dan Jenis Soalan
Fahami bahawa eUKCG terdiri daripada soalan berbentuk skala Likert dan pilihan dwi-pilihan yang menguji sikap, nilai, dan keperibadian calon sebagai bakal guru. Banyak soalan menilai integriti dan kesediaan untuk mendidik secara adil.
3. Buat Latihan Soalan
Cari dan buat latihan soalan eUKCG yang pernah digunakan sebelum ini atau contoh-contoh soalan yang boleh didapati di portal pendidikan dan laman latihan online. Latihan berulang dapat membantu memahami corak soalan dan membuat keputusan yang tepat.
Tips Semasa Ujian eUKCG
1. Kawal Emosi dan Tenangkan Diri
Bernafas dengan tenang dan jaga fokus sepanjang ujian supaya dapat mengelakkan jawapan tergesa-gesa yang boleh menyebabkan kesilapan.
2. Jawab Berdasarkan Nilai Keguruan
Pilih jawapan yang menunjukkan kesabaran, keikhlasan, keadilan, dan sikap positif terhadap semua pelajar. Elakkan jawapan yang menunjukkan sikap diskriminasi, negatif, atau ego.
3. Urus Masa Dengan Baik
Ujian hanya diberi masa 45 minit untuk 180 soalan, jadi pantas tetapi tetap teliti. Jika perlu, lepasi dahulu soalan yang sukar dan kembali semula jika ada masa.
Tips Selepas Ujian
Pantau Keputusan dan Persiapkan Temu Duga
Selepas ujian, fokuskan perhatian pada persediaan untuk tahap seterusnya iaitu temu duga. Keputusan eUKCG menentukan kelayakan ke peringkat praktikal dan temu duga calon guru.


Anda juga boleh baca tips yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook di bawah:
Ada kawan minta tips untuk temuduga UKCG bagi jawatan PPP DG41 (Contract of Service) yang akan bermula esok. Point no.7 ramai yang terlepas pandang.
Apakah UKCG?
- UKCG ataupun sebenarnya dipanggil Ujian Kelayakan Calon Guru. Sesetengah temuduga digelar sebagai INSAK atau Medsi.
- Soalan menguji tahap kelayakan profesion seorang guru.
- Soalan UKCG ini tidak ada format jawapan yang boleh dihafal.
- Soalan dipecah kepada beberapa bahagian. Biasanya 45 minit untuk 180 soalan. Jadi, ada 15 saat sahaja untuk satu soalan.
- Soalannya menguji inventori seorang guru yang merangkumi integriti, personaliti, kecerdasan emosi dan sifat terpuji yang perlu ada pada seorang guru.
- Soalan ujian ada yang berulang. Contoh soalan nombor 8 dan soalan nombor 39 adalah sama.
: Dia nak tengok kita ini tetap pendirian ataupun tidak. Jadi jawablah jawapan yang sama.
No.7 ini paling ramai yang gagal. Jom tengok
- Soalan akan menguji psikologi / tahap kewarasan bakal guru. Contohnya soalan makhluk ghaib.
: Dia akan tanya pernah dengar bisikan, gangguan suara ataupun kelibat bayangan.
- Secara am, soalan berkisar tentang Personaliti yang perlu ada pada seorang guru.
: Sama ada pandai sosial, boleh bekerja secara kumpulan, boleh dengar arahan daripada ketua dan soal kepimpinan.
Biasanya soalan berkisar ini juga. Boleh pulun study. Apa pun cubalah jawab secara jujur. Ada sebab kenapa UKCG dijalankan.
Moga terlahirnya guru yang berkualiti.
Wish you all Good Luck!
*Sumber: Facebook Nabilah Md Harun.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila layari pautan:
Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang masalah teknikal:
JABATAN PENGAMBILAN DAN PENEMPATAN,
PUSAT HAL EHWAL PELAJAR,
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA, KPM
No. Telefon : 03-8312 6733 / 6760 / 6723 / 6720 /6768 /6693
Soalan Lazim UKCG 2025
eUKCG adalah ujian saringan yang dijalankan bagi menilai personaliti, sikap, dan kelayakan calon yang ingin memohon Biasiswa Perguruan Persekutuan bagi program pengajian perguruan.
Ujian akan diadakan pada 6 Oktober 2025, jam 10:00 pagi.
Ujian terdiri daripada dua bahagian dengan jumlah soalan sebanyak 180: Bahagian A (120 soalan) dan Bahagian B (60 soalan). Calon diberi masa keseluruhan 45 minit untuk menjawab semua soalan secara dalam talian.
Soalan berbentuk psikometrik dengan pilihan jawapan seperti Ya/Tidak, Setuju/Tidak Setuju, atau Skala Likert. Soalan menilai nilai, sikap, integriti, daya tahan emosi, dan kesesuaian calon sebagai guru.
Tidak, ujian dijalankan secara atas talian sahaja dan lebih fokus kepada nilai dan sikap calon berbanding soalan akademik.
Calon yang lewat atau tidak hadir pada waktu ujian yang ditetapkan tidak akan diberi peluang kedua.
Keputusan ujian boleh disemak melalui laman web rasmi KPM di
Calon yang lulus akan dipanggil ke peringkat temu duga untuk proses pemilihan selanjutnya ke Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) atau program perguruan lain yang berkaitan.
Calon disarankan untuk membuat latihan soalan psikometrik, memahami peranan dan tanggungjawab seorang guru, serta mempersiapkan mental dan emosi untuk menjawab soalan dengan jujur dan tepat.
News
Berita
News Flash
Blog
Technology
Sports
Sport
Football
Tips
Finance
Berita Terkini
Berita Terbaru
Berita Kekinian
News
Berita Terkini
Olahraga
Pasang Internet Myrepublic
Jasa Import China
Jasa Import Door to Door