Semakan kelayakan bagi Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 boleh dibuat mulai 5 Februari 2026 menerusi pautan
Sumbangan Asas Rahmah atau singkatannya, SARA adalah merupakan bantuan tunai yang dikreditkan secara cashless ke dalam MyKad penerima yang layak untuk membeli barangan keperluan asas di lebih 7,300 kedai dan pasar raya seluruh Malaysia.
Bantuan SARA diberikan secara automatik kepada penerima STR yang layak untuk meringankan kos sara hidup rakyat.
Rujuk info lebih lanjut mengenai semakan SARA 2026 di bawah.

Tarikh Pembayaran SARA
PENGUMUMAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) FASA 1, SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA) DAN SARA UNTUK SEMUA 2026.
Pada 5 Januari 2026 (Isnin), YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah mengumumkan bantuan untuk rakyat Malaysia dalam Perutusan Tahun Baharu 2026:
- SARA bulanan (kategori berkahwin & warga emas) sehingga RM200 akan dikreditkan secara berperingkat ke dalam MyKad penerima mulai 9 Januari 2026.
- SARA bulanan (kategori bujang) akan dikreditkan mulai 16 Januari 2026.
- Pembayaran STR Fasa 1 sehingga RM500 akan mula dikreditkan bermula 20 Januari 2026.
- Seramai 22 juta rakyat Malaysia akan menerima SARA UNTUK SEMUA berjumlah RM100 melalui MyKad yang akan dikreditkan mulai 9 Februari 2026, bagi meringankan kos menjelang persiapan Ramadan dan Tahun Baharu Cina.
Baki peruntukan SARA Untuk Semua 2025 telah mencatatkan kadar penggunaan 96% dengan perbelanjaan hampir RM2.1 bilion.
Baki peruntukan SARA Untuk Semua 2025 sebanyak RM150 juta akan disalurkan semula bagi membantu penghuni pusat perlindungan, pelajar OKU dan berkeperluan khas, pembelian peranti perubatan untuk golongan rentan serta bantuan untuk mahasiswa melalui program Dapur Siswa.
Kerajaan MADANI kekal komited memastikan bantu












SARA RM100 one-off untuk Semua 2026
Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa RM100 penghargaan SARA akan diberi kepada semua warga Malaysia berumur 18 tahun ke atas pada 9 Februari 2026.
Bukan penerima STR je dapat, semua yang berusia 18 tahun ke atas layak dapat!
Bantuan SARA akan dimasukkan terus ke MyKad (bukan akaun bank) bagi pembelian barangan asas di kedai MyKasih berdaftar.
Semakan status kelayakan SARA boleh dibuat melalui laman web rasmi atau laman web MyKasih pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian.
- Jumlah Bayaran: RM100 (one-off)
- Tarikh: 9 Februari 2026
- Siapa yang layak: Semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas


Semakan SARA – Cara Semak Kelayakan


Semakan kelayakan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) untuk tahun 2026 boleh dilakukan mulai 5 Februari 2026 melalui beberapa kaedah berikut:
1. Semakan SARA Melalui Portal MyKasih
- Layari laman semakan rasmi MyKasih di
- Klik butang “Semak Kelayakan.”
- Masukkan nombor MyKad tanpa tanda sempang.
- Klik “Semak Status” untuk melihat kelayakan, baki bantuan dan senarai kedai berdaftar.


Semakan SARA Melalui Portal MySTR
- Layari portal rasmi MySTR di pautan berikut:
- Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan.
- Klik menu “Semakan Permohonan”
- Status permohonan STR dan SARA, maklumat pembayaran dan tarikh bayaran akan dipaparkan.




Kadar SARA 2026 (Bantuan Bulanan)
Selain bantuan one-off, terdapat juga bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk tahun 2026 seperti berikut:
- Semua penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan menerima bantuan SARA sebanyak RM100 sebulan.
- Golongan miskin tegar yang tersenarai di bawah pangkalan data e-Kasih layak menerima sehingga RM200 sebulan SARA.
- Individu bujang yang tidak lagi menerima STR akan diberikan RM50 sebulan sebagai SARA.
- Jumlah maksimum bantuan yang diterima oleh isi rumah berpendapatan RM2,500 ke bawah dengan lima anak atau lebih boleh mencapai sehingga RM4,600 setahun apabila digabungkan dengan STR dan SARA.
- SARA bulanan ini akan dikreditkan secara berperingkat ke dalam MyKad penerima mulai 9 Januari 2026.


Penstrukturan semula ini mengurangkan bayaran tunai STR sebanyak RM300 bagi semua kategori isi rumah tetapi diimbangi dengan kenaikan RM300 dalam SARA.
Miskin tegar pula menerima tambahan RM1,200 dalam bentuk kredit SARA menjadikan jumlah keseluruhan kredit pembelian sebanyak RM2,400 setahun.
Kadar STR sebanyak RM600 dikekalkan untuk warga emas bujang berpendapatan kurang dari RM5,000 sebulan manakala bantuan SARA mereka dinaikkan daripada RM450 setahun kepada RM600. Untuk bujang bawah 60 tahun, STR digantikan dengan SARA RM600 setahun.
Rujuk jadual kadar SARA 2026 di bawah:


RINGKASAN JUMLAH BANTUAN SARA 2026 :
- Penerima STR : RM 1,200 setahun (RM100 sebulan)
- Penerima Ekasih : RM 2,400 setahun (RM200 sebulan)
- Bujang : RM600 setahun (RM50 sebulan)
- Bukan penerima STR : RM 100 one-off (Penghargaan SARA)
Jumlah keseluruhan peruntukan SARA dan STR 2026 mencecah RM15 bilion, hasil penjimatan subsidi kerajaan.
Bantuan SARA akan dimasukkan terus ke MyKad (bukan akaun bank) bagi pembelian barangan asas di kedai MyKasih berdaftar.
Tarikh Bayaran SARA 2026
Tarikh bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 lazimnya ialah pada 1 haribulan setiap bulan. Namun bagi bulan Januari, ia akan dikreditkan pada 9 Januari 2026.




Cara Tebus SARA Menggunakan MyKad
Untuk menebus SARA, rujuk langkah pembelian seperti berikut:
- Pilih barangan keperluan asas yang layak dibeli dari 14 kategori yang mempunyai label SARA atau MyKasih di rak harga kedai runcit berdaftar. Contohnya beras, minyak masak, telur, makanan dalam tin, biskut, tepung, bahan perasa, barangan sekolah, produk penjagaan diri, dan ubat-ubatan.
- Tunjukkan MyKad anda di kaunter semasa hendak membayar sebagai pengesahan penerima bantuan.
- Tukar PIN sementara MyKad (6 digit pertama No. MyKad) kepada PIN baru bagi keselamatan transaksi.
- Juruwang akan mengimbas barangan terpilih.
- Masukkan PIN 6 digit anda untuk mengesahkan transaksi, dan nilai bantuan SARA akan ditolak secara automatik dari kredit dalam MyKad.
- Simpan resit sebagai bukti pembelian dan rujukan baki akaun.
Bantuan SARA yang disalurkan dalam MyKad boleh digunakan sepanjang tahun dan baki tidak digunakan dalam satu bulan akan dibawa ke bulan berikutnya. Penggunaan sistem ini memudahkan penerima mendapatkan keperluan asas tanpa menggunakan wang tunai serta memantau penggunaan bantuan secara lebih berkesan.


Senarai Barangan Boleh Dibeli Menggunakan SARA
Senarai barangan yang boleh dibeli menggunakan bantuan SARA 2026 belum lagi diumumkan secara rasminya.
Namun, untuk tahun 2025 dan dijangka diteruskan ke tahun 2026, berikut adalah senarai 14 kategori utama barangan SARA:
Senarai Kategori & Contoh Barangan
- Beras (pelbagai jenama berdaftar)
- Telur ayam (gred A–C)
- Roti (roti putih, roti gandum, roti sandwich)
- Minyak masak (minyak sawit, minyak sayuran)
- Biskut (krim, kering)
- Mi segera & bihun
- Tepung gandum
- Minuman (Milo, teh, kopi, susu tepung, susu pekat, susu kotak)
- Perasa & bahan perasa (gula, garam, sos, rempah)
- Makanan dalam tin (sardin, kacang panggang, tuna, susu pekat)
- Barangan penjagaan diri (sabun mandi, syampu, ubat gigi, tuala wanita)
- Ubat asas tanpa preskripsi (paracetamol, ubat batuk ringan, plaster luka)
- Keperluan sekolah (alat tulis, pakaian seragam, kasut)
- Barangan kebersihan rumah (sabun pencuci pakaian, pencuci pinggan, cecair pencuci lantai)
Senarai Barang Yang Tidak Dibenarkan
- Rokok/vape, minuman beralkohol, barang elektrik, peralatan elektronik, alat permainan & gajet, dan barang tidak berkaitan keperluan asas.
- Barangan basah & segar (sayur, ikan, ayam, daging, buah-buahan)
Maklumat terkini akan dikemaskini kelak sekiranya terhadap perubahan.


Cara Semak Barang Terpilih SARA Guna Aplikasi MyKasih
Untuk semak barang terpilih yang layak menggunakan bantuan SARA melalui aplikasi MyKasih, ikuti langkah berikut:
- Muat turun aplikasi MyKasih dari Google Play Store atau Apple App Store.
- Buka aplikasi dan log masuk dengan maklumat yang diperlukan (boleh juga guna tanpa log masuk untuk sebahagian fungsi).
- Gunakan fungsi “Imbas Kod Bar” atau “Scan Barcode” yang disediakan dalam aplikasi.
- Imbas kod bar pada produk di kedai. Aplikasi akan memberitahu sama ada produk tersebut layak dibeli menggunakan bantuan SARA atau tidak.
- Selain imbas barangan, aplikasi juga memaparkan katalog barangan terpilih dan kategori barang yang diluluskan untuk pembelian menggunakan bantuan SARA.
- Anda juga boleh mencari lokasi kedai berdaftar yang menyokong penggunaan SARA di sekitar kawasan anda melalui aplikasi.


Aplikasi MyKasih memudahkan penerima bantuan menyemak kelayakan barang yang ingin dibeli secara digital.
Pastikan telefon anda mempunyai sambungan internet semasa menggunakan fungsi semakan ini untuk maklumat terkini.


Tips Berbelanja SARA
- Rancang pembelian awal bulan supaya tidak tergesa-gesa dan stok barang keperluan asas sentiasa tersedia. Elakkan tunggu sampai terakhir kerana risiko MyKad tidak boleh baca atau kedai penuh.
- Utamakan membeli barangan asas yang penting dan tahan lama dari 14 kategori yang dibenarkan seperti beras, minyak masak, susu, biskut, makanan dalam tin, barangan kebersihan, dan ubat ringan.
- Gunakan MyKad di kedai panel berdaftar seperti Mydin, Giant, Econsave, 99 Speedmart dan Lotus’s, kerana mereka menerima pembayaran kredit SARA.
- Jaga keadaan MyKad supaya cip tidak rosak, dan ingat PIN 6 digit yang diperlukan untuk transaksi mengesahkan pembelian.
- Simpan resit setiap kali pembelian sebagai bukti dan untuk semakan baki kredit.
- Semak baki kredit SARA menggunakan aplikasi MyKasih atau portal rasmi MyKasih supaya wang bantuan tidak terbuang sia-sia dan boleh kawal perbelanjaan.
- Gabungkan penggunaan SARA dengan wang tunai untuk pembelian barangan yang tidak tersenarai dalam program agar bajet bulanan lebih efisien.
- Sentiasa kemaskini maklumat dalam portal MyKasih dan STR jika ada perubahan supaya bantuan terus diterima tanpa gangguan.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut berkenaan MyKasih atau SARA 2026 sila rujuk/layari:
Sila rujuk juga Soalan Lazim di bawah:


Soalan Lazim Semakan SARA
Rujuk Soalan Lazim (FAQ) SARA 2026 :




















Penerima layak menerima antara RM600 hingga RM1,200 setahun bergantung kategori seperti isi rumah, warga emas tanpa pasangan, ataupun individu bujang.
Semakan boleh dibuat melalui surat pemakluman, SMS blast dari MyKasih, serta portal rasmi MyKasih dengan memasukkan nombor MyKad.
Bantuan dikreditkan secara cashless ke dalam MyKad penerima, boleh digunakan beli barangan keperluan dalam 14 kategori di kedai berdaftar dengan mengimbas kod barangan dan memasukkan PIN untuk pengesahan transaksi.
Baki boleh disemak di portal MyKasih, aplikasi MyKasih, atau melalui resit pembelian.
Ya, lebihan pembelian perlu dibayar pengguna secara tunai atau kaedah lain.
Ya, baki yang tidak digunakan akan dibawa ke bulan seterusnya tetapi akan luput selepas tempoh program tamat.
SARA boleh digunakan di kedai runcit, pasar raya, dan stesen minyak berdaftar yang menerima program ini.
Ya. Pembelian adalah terhad kepada barangan keperluan asas daripada 14 kategori produk yang diluluskan sahaja. Pembelian selain barangan tersebut dan pembelian melebihi baki semasa SARA dalam MyKad perlu dibayar oleh penerima.
Ya. Tempoh sah laku atau tarikh luput elaun SARA adalah pada 31 Disember 2026.
Maklumat lanjut berkenaan SARA 2026 boleh didapati di:
i. Portal Rasmi SARA; atau
ii. Hubungi Talian Bantuan SARA Yayasan MyKasih 03-7720 1800
Penerima STR 2026 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan yang tiada dalam senarai eKasih juga layak SARA 2026 seperti berikut:
i. Penerima STR 2026 kategori Isi Rumah layak RM1,200 setahun atau RM100 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan bermula Januari 2026;
ii. Penerima STR 2026 kategori Bujang layak RM600 setahun atau RM50 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan bermula Januari 2026; dan
iii. Penerima STR 2025 kategori Warga Emas Tiada Pasangan layak RM600 setahun atau RM50 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan bermula Januari 2026.
Kelayakan SARA 2026 adalah kepada penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih serta semua penerima STR 2026 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
SARA Miskin Tegar / Miskin eKasih adalah berdasarkan data Miskin Tegar / Miskin eKasih yang berstatus lulus STR 2026.
Sekiranya anda tersenarai sebagai Ahli Isi Rumah dalam rekod Ketua Isi Rumah berkenaan dan kelulusan STR anda serta bekas suami adalah dua permohonan berbeza, anda akan layak SARA 2026 secara berasingan.
Sekiranya kelulusan terkini STR 2026 anda adalah kategori Isi Rumah, anda layak kadar tambahan berdasarkan kepada fasa kelulusan semasa.
Sekiranya penerima SARA telah meninggal dunia atau mempunyai kekangan untuk hadir ke Pasaraya terpilih untuk tujuan pembelian barangan keperluan asas menggunakan MyKad Penerima, kaedah pembayaran SARA adalah seperti berikut mengikut situasi penerima
i. Penerima Meninggal Dunia
a. Isi Rumah: Bayaran SARA akan ditukar kepada pemohon (penerima pasangan) atau pasangan warganegara (penerima pemohon).
b. Warga Emas Tiada Pasangan: Bayaran SARA 2026 dihentikan.
c. Bujang: Bayaran SARA 2026 dihentikan.
ii. Berada dalam penjara / pusat serenti / reman penjara / institusi jagaan Kerajaan yang lain
a. Isi Rumah: Bayaran SARA akan ditukar kepada pemohon (penerima pasangan) atau pasangan warganegara (penerima pemohon).
b. Warga Emas Tiada Pasangan: Bayaran SARA kekal kepada penerima.
c. Bujang: Bayaran SARA kekal kepada penerima.
iii. Berada di luar negara
a. Isi Rumah: Bayaran SARA kekal kepada penerima.
b. Warga Emas Tiada Pasangan: Bayaran SARA kekal kepada penerima.
c. Bujang: Bayaran SARA kekal kepada penerima.
iv. Sakit / Uzur / Orang Kurang Upaya (OKU)
a. Isi Rumah: Bayaran SARA akan ditukar kepada pemohon (penerima pasangan) atau pasangan warganegara (penerima pemohon).
b. Warga Emas Tiada Pasangan: Bayaran SARA kekal kepada penerima.
c. Bujang: Bayaran SARA kekal kepada penerima.
Mulai 9 Januari 2026.
Pada 9 Februari 2026.
Baca juga:
News
Berita Teknologi
Berita Olahraga
Sports news
sports
Motivation
football prediction
technology
Berita Technologi
Berita Terkini
Tempat Wisata
News Flash
Football
Gaming
Game News
Gamers
Jasa Artikel
Jasa Backlink
Agen234
Agen234
Agen234
Resep
Download Film
Gaming center adalah sebuah tempat atau fasilitas yang menyediakan berbagai perangkat dan layanan untuk bermain video game, baik di PC, konsol, maupun mesin arcade. Gaming center ini bisa dikunjungi oleh siapa saja yang ingin bermain game secara individu atau bersama teman-teman. Beberapa gaming center juga sering digunakan sebagai lokasi turnamen game atau esports.