Semakan keputusan rayuan bagi Program PIDN & PPF1 2025 boleh disemak mulai 7 Oktober 2025 (Selasa) jam 2.00 petang hingga 17 Oktober 2025 (Jumaat) jam 5.00 petang. Semakan boleh dilakukan melalui portal JPA di pautan berikut: penajaan.jpa.gov.my
Program PIDN terbuka kepada pelajar yang sedang atau akan melanjutkan pengajian di Malaysia, membolehkan mereka menerima bantuan kewangan sepanjang tempoh pengajian sehingga tamat ijazah pertama.
Bidang-bidang tertentu seperti perubatan, pergigian, dan farmasi yang mempunyai skim tajaan khusus iaitu Program Khas Perubatan, Pergigian dan Farmasi Ijazah Pertama (PPF1).
Rujuk info di bawah untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai PIDN JPA & PPF1.
Apakah Itu Program PIDN JPA & PPF1?
Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) dan Program Penajaan 1st Class (PPF1) merupakan dua skim tajaan di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang menjadi rebutan ramai pelajar cemerlang di Malaysia.
PIDN (Program Ijazah Dalam Negara) khas untuk pelajar lepasan STPM, Matrikulasi, Diploma, Asasi dan setaraf yang menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi dalam negara.
Penajaan ini berbentuk Biasiswa Penuh atau Pinjaman Boleh Ubah (PBU) di mana bayaran balik bergantung kepada status pekerjaan pemohon selepas tamat pengajian. Contohnya, jika berkhidmat dalam sektor awam, pinjaman boleh bertukar kepada biasiswa penuh dan tidak perlu dibayar semula.
Manakala PPF1 (Program Khas Perubatan, Pergigian dan Farmasi) pula ditujukan khusus untuk pelajar bidang perubatan, bidang pergigian, dan farmasi yang mengikuti pengajian di universiti awam atau institusi terpilih.
Skim ini juga membantu menampung kos pengajian, elaun sara hidup, serta memberi keutamaan kepada bidang profesional kesihatan kritikal negara.
Bagi calon yang tidak berjaya dalam pemilihan pertama, rayuan PIDN & PPF1 2025 memberi peluang kedua untuk mendapatkan tajaan JPA.
Semakan keputusan rayuan bagi Program PIDN & PPF1 2025 kini boleh disemak mulai 7 Oktober 2025 (Selasa) jam 2.00 petang hingga 17 Oktober 2025 (Jumaat) jam 5.00 petang.

Syarat Permohonan PIDN JPA
SYARAT UMUM
- Warganegara Malaysia;
- Mempunyai kesihatan yang baik;
- Ibu dan / atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA;
- Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana pihak di peringkat pengajian yang sama;
- Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM); dan
- Umur tidak melebihi 22 tahun pada tahun permohonan (23 tahun bagi pelajar peralihan).
SYARAT KHUSUS
1) Telah memulakan pengajian peringkat Ijazah Pertama sebelum tarikh iklan ditutup;
2) Memenuhi syarat akademik seperti berikut:
A. Bidang SELAIN Perubatan dan Pergigian:
(i) Pelajar yang telah memulakan pengajian dan memperoleh PNGK terkini sekurang-kurangnya 3.00; atau
(ii) Pelajar yang telah memulakan pengajian tetapi belum melengkapkan sekurang-kurangnya satu semester di peringkat Ijazah Pertama hendaklah memenuhi syarat memperoleh sekurang-kurangnya PNGK 3.30 di peringkat Diploma dari UA / Politeknik / IPTS (GLU) yang disenaraikan / Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM); atau
(iii) memperoleh sekurang-kurangnya keputusan Jayyid Jiddan dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) DAN mengambil sekurang-kurangnya empat mata pelajaran; dan
(iv) Mempunyai baki 18 bulan pengajian tidak termasuk
semester terkini / semasa
B. Bidang Perubatan dan Pergigian:
(i) Memperolehi keputusan ‘Lulus’ bagi semester terkini pengajian bagi bidang perubatan dan pergigian; dan
(ii) Mempunyai baki 24 bulan pengajian tidak termasuk semester terkini / semasa.
2.2 Program pengajian yang terbuka untuk permohonan adalah berdasarkan senarai yang dikemukakan oleh setiap institusi pengajian terlibat dan telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh JPA.
Bidang-bidang yang dipohon oleh pelajar hendaklah telah mendapat akreditasi penuh oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau telah diiktiraf oleh Badan Profesional (jika berkaitan).
2.3 Bidang-bidang yang tidak ditaja adalah seperti berikut:
- Bidang pendidikan;
- Bidang berkaitan penerbangan yang memerlukan pelajar mengambil lesen penerbangan;
- Program-program berbentuk francais universiti awam / IPTS;
- Program-program berkembar / dual ijazah / double degree / program kerjasama dengan institusi lain kecuali yang dibenarkan (UMP-HsKA, UMP-BJTU atau UTM-MJIIT);
- Program kejururawatan, separa perubatan dan program pra perkhidmatan;
- Program-program berkaitan sijil profesional seperti ACCA; dan
- Program pengajian secara separuh masa / jarak jauh / atas talian / pengajian tanpa subsidi yuran pengajian.
Cara Permohonan PIDN JPA
- Permohonan boleh dilakukan semasa iklan dibuka. Calon boleh memohon secara dalam talian (online) melalui pautan berikut:
- Calon dibenarkan mendaftar, mengemaskini / meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan.
- Hanya pindaan yang terkini sahaja diambil kira untuk tujuan penyimpanan data.
- Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Penajaan Program PIDN sebagai bukti permohonan telah dibuat.
Tawaran penajaan ini akan disiarkan melalui laman web JPA di: .
Siapa Yang Layak Memohon Rayuan?
Pemohon yang layak memohon rayuan Program PIDN JPA & PPF1 2025 adalah mereka yang telah membuat permohonan asal tetapi tidak mendapat tawaran penajaan dari JPA dan memenuhi syarat-syarat berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak melebihi 23 tahun pada tahun permohonan (24 tahun bagi pelajar peralihan).
- Sihat tubuh badan dan bebas daripada penyakit kronik atau berjangkit yang boleh menjejaskan pengajian.
- Ibu, bapa atau pemohon tidak disenarai hitam oleh JPA atau tidak sedang dalam tindakan undang-undang.
- Tidak pernah dikenakan tindakan penamatan tajaan atas pelanggaran syarat perjanjian oleh JPA sebelum ini.
- Sedang mengikuti atau telah memulakan pengajian Ijazah Pertama di universiti awam, politeknik premier atau institusi pengajian tinggi yang disenaraikan oleh JPA.
- Tidak pernah gagal atau mengulang mana-mana subjek dalam mana-mana semester pengajian sebelum membuat rayuan.
- Memenuhi syarat akademik seperti mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) sekurang-kurangnya 3.30 untuk kebanyakan bidang (3.00 untuk bidang kejuruteraan), dan mempunyai baki pengajian sekurang-kurangnya 12 bulan.
- Tidak menerima tajaan kewangan daripada mana-mana agensi lain bagi peringkat atau pengajian yang sama.
Selain itu, permohonan rayuan biasanya dibuka selepas keputusan permohonan asal diumumkan, dan pemohon rayuan mesti mengemukakan alasan kukuh dan bukti sokongan bagi meningkatkan peluang mendapat tawaran.
Syarat yang tepat boleh berbeza sedikit mengikut tahun dan bidang, oleh itu pemohon digalakkan merujuk pengumuman rasmi JPA dan portal penajaan JPA untuk maklumat terkini ketika memohon rayuan.
BACA JUGA: Senarai Biasiswa Lepasan SPM, Zakat & Bantuan IPT 2025
Semakan Keputusan Rayuan PIDN JPA & PPF1 2025
Semakan keputusan rayuan bagi Program PIDN & PPF1 2025 boleh disemak mulai 7 Oktober 2025 (Selasa) jam 2.00 petang hingga 17 Oktober 2025 (Jumaat) jam 5.00 petang.
Pemohon perlu log masuk menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang telah didaftarkan semasa permohonan.


Pelajar yang bersetuju untuk menerima tawaran dimohon untuk log masuk ke Sistem ePenawaran bagi tujuan penyelesaian dokumen perjanjian (ePROMISE) dalam tempoh tersebut.
Cara Log Masuk & Semak Keputusan Rayuan
Semakan keputusan rayuan boleh dilakukan secara atas talian melalui:
- Portal Penajaan JPA: Layari laman web log masuk ke akaun anda. Gunakan nombor kad pengenalan yang sama semasa permohonan.
- Menu Rayuan: Pilih menu untuk semak keputusan rayuan PIDN atau PPF1 dan masukkan maklumat yang diperlukan.
- Notifikasi: Keputusan rayuan akan dipaparkan di laman tersebut. Anda juga boleh menerima notifikasi melalui e-mel atau SMS, bergantung kepada maklumat yang telah diberikan semasa permohonan.




- Untuk log masuk, sila gunakan kata laluan yang sama seperti semasa permohonan tajaan dilakukan.
- Klik terlupa kata laluan sekiranya anda lupa kata laluan. Kemudian, ikuti arahan selanjutnya.
- Penggunaan pelayar web moden versi terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox dan Safari adalah sangat digalakkan.
- Sebarang pertanyaan atau masalah boleh e-melkan ke [email protected].
Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Rayuan Berjaya?
Jika rayuan anda berjaya, anda perlu segera:
- Mengikuti segala arahan dan tarikh akhir yang dinyatakan dalam surat tawaran.
- Membaca dan memahami syarat-syarat penajaan yang diberikan oleh JPA.
- Melengkapkan dokumen perjanjian (biasanya perlu dicetak, ditandatangani dan dihantar semula kepada JPA).
- Memastikan maklumat akaun bank untuk penyaluran elaun adalah tepat.
Sebaliknya, jika rayuan tidak berjaya:
- Semak punca rayuan ditolak dan perhatikan sekiranya ada peluang untuk membuat rayuan semula (bergantung kepada polisi JPA tahun semasa).
- Kenal pasti biasiswa atau bantuan kewangan lain yang mungkin sesuai untuk anda.
- Tingkatkan profil akademik atau aktiviti kokurikulum untuk peluang tajaan pada masa hadapan.
- Berbincang dengan kaunselor pendidikan universiti untuk pilihan lain.
Senarai Institusi Yang Ditaja JPA
- Malaysia-Japan International Institute of Technology Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTM-MJIIT)
- Universiti Malaya (UM)
- Universiti Sains Malaysia (USM)
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
- Universiti Putra Malaysia (UPM)
- Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
- Universiti Teknologi MARA (UiTM)
- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
- Universiti Malaysia Sabah (UMS)
- Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
- Universiti Utara Malaysia (UUM)
- Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
- Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
- Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
- Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
- Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
- Universiti Malaysia Pahang (UMP)
- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
- Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
- Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
- Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
- Politeknik Ungku Omar
- Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
- Politeknik Ibrahim Sultan
- Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
- Universiti Multimedia (MMU)
- Universiti Teknologi Petronas (UTP)
- Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
Maklumat Lanjut
Dapatkan info terkini dan maklumat lanjut mengani PIDN JPA melalui portal rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam di pautan
Atau, emelkan pertanyaan anda ke: [email protected]
Soalan Lazim PIDN JPA 2025
Warganegara Malaysia yang berumur tidak melebihi 23 tahun pada tahun permohonan, sihat tubuh badan, ibu bapa atau pemohon tidak tersenarai hitam oleh JPA, dan sedang mengikuti pengajian ijazah pertama. Pemohon juga mesti memenuhi keperluan akademik tertentu bergantung kepada latar belakang pendidikan mereka (STPM, Matrikulasi, Asasi atau Diploma).
Pelajar bidang ini hanya layak mohon PPF1, bukan PIDN biasa.
Hanya pemohon yang telah membuat permohonan asal tetapi gagal sahaja layak membuat rayuan.
Keputusan yang dipaparkan adalah muktamad dan sebarang pertukaran tidak akan dipertimbangkan.
PIDN menawarkan bantuan kewangan dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah. Pinjaman ini boleh dikecualikan bayaran balik sepenuhnya atau sebahagian jika pemohon memenuhi syarat perkhidmatan selepas tamat pengajian, seperti berkhidmat dalam sektor awam.
Tidak. Pemohon yang berjaya menerima PIDN dilarang menerima sebarang tajaan atau bantuan kewangan lain untuk pengajian yang sama.
Permohonan dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi JPA ketika tempoh permohonan dibuka. Pemohon perlu mengisi borang permohonan dan mengemukakan dokumen sokongan yang diperlukan.
Program Khas Perubatan, Pergigian dan Farmasi (PPF1) adalah skim penajaan khusus JPA untuk pelajar bidang perubatan, pergigian dan farmasi yang juga menggunakan sistem pinjaman boleh ubah serupa dengan PIDN, tetapi dengan keutamaan kepada bidang kritikal kesihatan.
Keputusan rayuan boleh disemak melalui portal rasmi Penajaan JPA dalam tempoh yang ditetapkan, dengan menggunakan akaun yang didaftarkan semasa permohonan asal.
Semakan keputusan rayuan bagi Program PIDN & PPF1 2025 boleh disemak mulai 7 Oktober 2025 (Selasa) jam 2.00 petang hingga 17 Oktober 2025 (Jumaat) jam 5.00 petang. Semakan boleh dilakukan melalui portal JPA di pautan berikut: penajaan.jpa.gov.my
News
Berita
News Flash
Blog
Technology
Sports
Sport
Football
Tips
Finance
Berita Terkini
Berita Terbaru
Berita Kekinian
News
Berita Terkini
Olahraga
Pasang Internet Myrepublic
Jasa Import China
Jasa Import Door to Door