Nasi Kerabu Kelantan Perlu Guna Bahan Asli, Kubis & Tauge Dilarang

Nasi Kerabu Kelantan kini telah didaftarkan secara rasmi sebagai Cap Kolektif (Collective Mark) di bawah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

Pendaftaran dengan kerjasama Pertubuhan Harta Intelek Sedunia (WIPO) ini mewajibkan pengusaha yang menggunakan identiti rasmi tersebut mematuhi garis panduan bahan asli, termasuk larangan penggunaan kubis, tauge, dan pewarna tiruan.

Menurut Ketua Pengarah MyIPO, Yusnieza Syarmila Yusoff, spesifikasi ketat ini ditetapkan untuk melindungi keaslian rasa dan nilai komersial makanan warisan negeri tersebut.

Nasi Kerabu, Sajian Ikonik Kelantan

Nasi Kerabu Kelantan adalah merupakan hidangan tradisional yang terkenal di negeri Kelantan. Keunikan nasi kerabu ini terletak pada nasi berwarna kuning yang dimasak menggunakan kunyit lalu menghasilkan aroma harum serta warna semula jadi yang menarik.

Hidangan nasi kerabu akan dilengkapi dengan pelbagai ulam-ulaman yang segar yang dihiris halus seperti timun, kacang panjang, daun kesum, pucuk cekur dan daun kesom untuk menambahkan rasa rangup dan segar.

Sambal kelapa pula digoreng wangi Bersama budu untuk memberikan rasa lemak dan masin tersendiri. Nasi kerabu Kelantan biasanya akan dihidangkan Bersama lauk pelengkap seperti ikan bakar, ayam percik, telur masin atau solak lada.

Namun begitu, pelbagai lauk lain seperti kambing bakar, ayam bakar, lemak bakar, ayam goreng, ikan celup tepung dan banyak lagi.

Sebagai pelengkap, nasi kerabu Kelantan akan dimakan Bersama kerepok keping yang digoreng rangup.

Syarat Utama Cap Kolektif Nasi Kerabu Kelantan

Antara syarat utama yang ditetapkan di bawah piawaian Cap Kolektif ini termasuklah:

  • Larangan Bahan Seperti Tauge & Kubis: Penggunaan sayur-sayuran seperti kubis putih dan tauge tidak dibenarkan sama sekali dalam penyediaan ulam kerana dianggap boleh menjejaskan keaslian tekstur serta profil rasa sebenar hidangan tersebut.
  • Pewarna Semula Jadi Sahaja: Warna biru pada nasi mesti dihasilkan secara asli menggunakan ekstrak kelopak bunga telang. Penggunaan sebarang bentuk pewarna makanan tiruan adalah dilarang.
  • Pengekalan Ulam-ulaman Kampung: Pengusaha diwajibkan mengekalkan penggunaan herba dan ulam tradisional tempatan seperti daun kesum, daun selom dan bunga kantan bagi menjamin aroma serta identiti asal Nasi Kerabu Kelantan.

Pengurusan dan pemantauan penggunaan Cap Kolektif Nasi Kerabu Kelantan ini diamanahkan kepada Persatuan Pengusaha Makanan Kelantan (PERMEKA).

Pada peringkat permulaan, sebanyak 25 pengusaha terawal di bawah naungan persatuan tersebut telah diberikan hak penggunaan logo dan identiti rasmi ini selepas lulus penilaian kualiti yang ditetapkan.

Kesan Terhadap Peniaga

Walaupun syarat yang ditetapkan kedengaran ketat, pihak MyIPO menegaskan bahawa peraturan ini hanya untuk pengusaha yang berdaftar di bawah PERMEKA dan menggunakan nama, logo, atau tanda dagangan rasmi Cap Kolektif Nasi Kerabu Kelantan dalam pemasaran mereka.

Bagi peniaga gerai atau restoran biasa di seluruh negara yang menjual nasi kerabu tanpa menggunakan identiti rasmi Cap Kolektif tersebut, mereka masih bebas menyediakan hidangan mengikut olahan sendiri serta cita rasa pelanggan masing-masing tanpa sebarang sekatan undang-undang.

Dengan adanya perlindungan harta intelek ini, pengguna kini mempunyai panduan yang lebih jelas untuk menikmati sajian Nasi Kerabu Kelantan yang benar-benar menepati resipi warisan, sekali gus meletakkan kulinari tempatan setaraf dengan produk warisan antarabangsa yang dilindungi.

PakarPBN

A Private Blog Network (PBN) is a collection of websites that are controlled by a single individual or organization and used primarily to build backlinks to a “money site” in order to influence its ranking in search engines such as Google. The core idea behind a PBN is based on the importance of backlinks in Google’s ranking algorithm. Since Google views backlinks as signals of authority and trust, some website owners attempt to artificially create these signals through a controlled network of sites.

In a typical PBN setup, the owner acquires expired or aged domains that already have existing authority, backlinks, and history. These domains are rebuilt with new content and hosted separately, often using different IP addresses, hosting providers, themes, and ownership details to make them appear unrelated. Within the content published on these sites, links are strategically placed that point to the main website the owner wants to rank higher. By doing this, the owner attempts to pass link equity (also known as “link juice”) from the PBN sites to the target website.

The purpose of a PBN is to give the impression that the target website is naturally earning links from multiple independent sources. If done effectively, this can temporarily improve keyword rankings, increase organic visibility, and drive more traffic from search results.

Jasa Backlink

Download Anime Batch