Cara Daftar, Login & Aktifkan eKYC


SETEL adalah merupakan salah satu aplikasi yang boleh digunakan untuk program subsidi minyak RON95, BUDI MADANI. Untuk semakan, cara daftar, login, pengesahan eKYC dan semakan baki kuota RON95, sila rujuk portal rasmi SETEL di pautan . 

Melalui aplikasi SETEL, pengguna boleh menikmati pelbagai kemudahan termasuk subsidi minyak RON95. 

Seluruh rakyat Malaysia akan menikmati harga baharu RON95 pada RM1.99 seliter dengan hanya menggunakan MyKad di kaunter dan pam, atau menerusi aplikasi stesen minyak termasuk SETEL mulai 30 September 2025.

Budi MADANI Ron95
Budi MADANI Ron95

Manfaat ini akan dinikmati lebih awal oleh anggota polis dan tentera mulai 27 September, serta penerima STR mulai 28 September.

Rujuk info lebih lanjut mengenai aplikasi SETEL, fungsi, kelebihan, cara semak kelayakan & kuota baki RON 95 dan beli minyak subsidi Budi MADANI tanpa perlu beratur panjang di bawah. 

BACA JUGA: Cara Guna Setel Untuk Subsidi RON95, Tak Payah Scan MyKad Lagi!

Apa Itu SETEL?

SETEL adalah aplikasi mudah yang dibina oleh PETRONAS untuk membantu pengguna bayar petrol dengan cepat dan tanpa perlu keluar dari kereta. 

Dengan SETEL, anda boleh top up e-dompet, bayar minyak RON95 dan semak subsidi RON95 BUDI MADANI dalam satu aplikasi sahaja.

Aplikasi ini juga boleh digunakan untuk bayar parking, beli insurans kenderaan dan buat pembaharuan cukai jalan. Macam-macam urusan boleh setel dengan aplikasi SETEL!

Aplikasi SETELAplikasi SETEL
Aplikasi SETEL

Selain itu, SETEL membantu anda mengumpul mata ganjaran Mesra yang boleh ditukar menjadi wang kredit mudah. 

Semua urusan ini dilakukan secara digital dan selamat, menjimatkan masa dan memudahkan kehidupan seharian pemandu di Malaysia. 

Pendek kata, SETEL ini umpama aplikasi semua-dalam-satu untuk keperluan kenderaan dan subsidi minyak anda.

Jangan lupa nikmati subsidi minyak BUDI MADANI RON95 dengan SETEL bermula pada 30 September 2025 untuk semua pengguna yang layak.

Ciri-ciri & Fungsi Aplikasi SETEL

Ciri-ciri dan fungsi utama aplikasi SETEL adalah seperti berikut:

  • Pembayaran Isi Minyak Mudah: Pengguna boleh bayar bahan api secara mudah dan pantas terus dari telefon bimbit tanpa perlu keluar kereta.
  • Pengumpulan Mata Ganjaran Mesra: Setiap pengisian dapat mengumpul mata ganjaran yang boleh ditebus dengan pelbagai manfaat.
  • Pembayaran Parkir Jalanan dan Automatik: Bayar parkir tanpa tunai melalui aplikasi dengan teknologi pengimbasan plat kereta (LPR) di lokasi tertentu.
  • Pengecasan Kenderaan Elektrik (EV): Pantau dan bayar sesi pengecasan EV melalui aplikasi SETEL.
  • Takaful & Insurans Kenderaan: Pengguna boleh banding dan beli insurans kenderaan terus dari aplikasi.
  • Pembaharuan Cukai Jalan: Mudah urus pembaharuan cukai jalan kenderaan.
  • Bantuan Auto 24/7: Ciri bantuan jalan raya seperti penukaran bateri, jump-start, dan lain-lain dipermudahkan melalui aplikasi.
  • Dompet Digital (e-Dompet SETEL): Menyimpan baki untuk pembayaran dan juga berkongsi dengan ahli keluarga melalui ciri Dompet Keluarga.
  • Fungsi CardTerus: Membolehkan pendaftaran beberapa kad untuk proses pembayaran yang lebih pantas dan lancar.
  • SETEL Lite: Versi aplikasi lebih ringkas dan ringan untuk pengguna dengan peranti lama atau sambungan internet lemah.
  • Deliver2Me: Pesan barangan Kedai Mesra dan dapatkan penghantaran terus ke kenderaan semasa mengisi minyak.

Aplikasi Jam SETEL

Untuk pengguna iOS dengan Apple Watch (Series 2 dan ke atas), SETEL memperkenalkan aplikasi jam yang membolehkan pengisian minyak terus dari jam tangan pintar. 

Aplikasi Jam SETELAplikasi Jam SETEL
Aplikasi Jam SETEL

Ciri One-Tap Fuelling juga tersedia pada Apple Watch, membolehkan pengguna memilih nombor pam dan mengaktifkan pengisian minyak hanya dengan beberapa ketukan sahaja, tanpa perlu mengeluarkan telefon pintar.

Ini menjadikan pengalaman isi minyak lebih pantas dan lengkap dari pergelangan tangan. (Maklumat lanjut tersedia di laman rasmi SETEL untuk Apple Watch)

Aplikasi SETEL Lite

Bagi pengguna telefon Android dengan peranti lama atau storan terhad, SETEL menyediakan versi SETEL Lite yang lebih ringkas dan mudah digunakan. 

Aplikasi SETEL LiteAplikasi SETEL Lite
Aplikasi SETEL Lite

SETEL Lite memfokuskan kepada fungsi utama seperti pembayaran pengisian minyak dan pembayaran QR tanpa memerlukan pengguna memuat turun aplikasi penuh, sekaligus menjadikan aplikasi ini lebih mesra capaian kepada semua lapisan masyarakat.

Muat Turun Aplikasi SETEL

Anda boleh muat turun aplikasi SETEL melalui platform rasmi seperti Google Play Store untuk pengguna Android dan Apple App Store untuk pengguna iOS. Selain itu, pengguna Huawei juga boleh memuat turun aplikasi SETEL dari Huawei AppGallery.

Selepas muat turun, pengguna boleh daftar untuk program subsidi BUDI MADANI RON95, lengkapkan pengesahan eKYC, dan mula menikmati kemudahan membeli petrol tanpa keluar dari kereta serta pelbagai fungsi lain yang disediakan dalam aplikasi SETEL.

Cara Login & Daftar Aplikasi SETEL

Cara Daftar Akaun SETEL

  1. Muat turun aplikasi SETEL dari Google Play Store atau Apple App Store.
  2. Buka aplikasi SETEL, pilih bahasa yang diingini.
  3. Klik “MULAKAN”
  4. Masukkan nombor telefon bimbit, klik TERUSKAN.
  5. Anda akan terima kod pengesahan (OTP) melalui SMS, masukkan kod tersebut untuk sahkan nombor telefon.
  6. Benarkan aplikasi akses lokasi telefon anda.
  7. Cipta PIN 6 digit sebagai langkah keselamatan, boleh juga aktifkan pengesahan cap jari (fingerprint).
  8. Daftar kad kredit/debit untuk tambah nilai atau tekan “Skip” jika mahu tambah nilai di kaunter.

NOTA: Sebagai alternatif, anda juga boleh memautkan kad kredit anda kepada akaun SETEL, jadi tidak perlu tambah nilai dompet anda kerana setiap pembelian akan dicaj terus ke kad kredit anda.

PANDUAN BERGAMBAR CARA DAFTAR APLIKASI SETEL

Cara Daftar Aplikasi SETELCara Daftar Aplikasi SETEL
Cara Daftar Aplikasi SETEL
Cara Daftar Aplikasi SETELCara Daftar Aplikasi SETEL
Cara Daftar Aplikasi SETEL

Cara Login Aplikasi SETEL

  1. Buka aplikasi SETEL.
  2. Masukkan nombor telefon yang telah daftar.
  3. Terima dan masukkan kod OTP yang dihantar melalui SMS.
  4. Anda akan terus dibawa ke paparan utama aplikasi dan boleh mula menggunakan SETEL untuk isi minyak, bayar parking atau semak subsidi RON95.
  5. Untuk mengesahkan akaun, anda hanya perlu klik pada butang ‘Verification’. Imbas MyKad, ambil swafoto dan isi maklumat. Selesai!

eKYC – Cara Sahkan Akaun SETEL Untuk Subsidi RON95

Cara Sahkan Akaun SETEL Untuk Subsidi RON95Cara Sahkan Akaun SETEL Untuk Subsidi RON95
Cara Sahkan Akaun SETEL Untuk Subsidi RON95

Anda wajib sahkan akaun SETEL untuk menikmati subsidi RON95 BUDI MADANI. Berikut langkah ringkas untuk buat pengesahan eKYC melalui aplikasi SETEL:

  1. Buka aplikasi SETEL dan login akaun anda.
  2. Pergi ke tab Profil dan klik  pada pada butang ‘Verification’ atau ‘Sahkan Akaun’.
  3. Ikut arahan yang diberi. Imbas MyKad anda atau muat naik gambar MyKad, kemudian ambil swafoto dalam pencahayaan baik.
  4. Pastikan maklumat yang dimasukkan betul dan lengkap.
  5. Hantar pengesahan dan tunggu notifikasi pengesahan berjaya dari SETEL.
eKYC - Cara Sahkan Akaun SETEL Untuk Subsidi RON95eKYC - Cara Sahkan Akaun SETEL Untuk Subsidi RON95
Sahkan Akaun SETEL Untuk Subsidi RON95

Selepas akaun disahkan, anda boleh gunakan subsidi RON95 tanpa perlu imbas MyKad setiap kali beli minyak. 

eKYC ini juga meningkatkan keselamatan akaun dan membolehkan anda gunakan lebih banyak ciri dalam aplikasi SETEL, seperti had perbelanjaan yang lebih tinggi dan akses fungsi tambahan.

Proses pengesahan ini biasanya mengambil masa beberapa minit sahaja selepas maklumat lengkap dihantar.

Jika ada masalah, pastikan aplikasi SETEL anda dikemas kini ke versi terbaru dan cuba semula selepas 24 jam jika pengesahan gagal.

Bila Boleh Semak Kelayakan BUDI95?

Semakan kelayakan BUDI95 boleh dilakukan mulai 25 September 2025 melalui portal rasmi BUDI MADANI di

Pengguna hanya perlu masukkan nombor MyKad untuk mengetahui status kelayakan subsidi petrol RON95 bagi program BUDI MADANI.

Pengguna juga boleh semak status kelayakan dan baki kuota subsidi terus dalam aplikasi SETEL, Touch ’n Go, dan aplikasi CaltexGO selepas akaun disahkan.

Tiada pendaftaran baru diperlukan bagi rakyat Malaysia berumur 16 tahun ke atas yang mempunyai lesen memandu aktif. Mereka akan layak secara automatik.

Semak Kelayakan BUDI95Semak Kelayakan BUDI95
Semak Kelayakan BUDI95

Cara Semak Kelayakan BUDI95 di Aplikasi SETEL

Semakan kelayakan BUDI95 melalui aplikasi SETEL boleh dilakukan bermula pada 25 September 2025. Rujuk cara-caranya di bawah:

SETELSETEL
Langkah 1: Buka SETEL dan tekan BUDI95.
SETELSETEL
Langkah 2: Tekan Semak kelayakan.
Akaun SETEL anda perlu disahkan terlebih dahulu.
Langkah 3: Jika anda lulus semakan kelayakan, baki kelayakan anda akan dipaparkan.

Rujuk video panduan semak kelayakan dan baki BUDI95:

@setel

Nak tau kelayakan & baki BUDI MADANI RON95? Semak dengan Setel je! ✅ Pastikan ada aplikasi Setel ✅ Sahkan akaun dulu ✅ Semak status dan baki kelayakan BUDI95 ✅ Bersedia untuk BUDI95 pada 30 September 2025 Jika baki anda dipaparkan sebagai 0.000 liter dalam aplikasi, jangan risau! Ia akan dikemas kini pada 30 September 2025 🤝 Untuk yang dah ada Setel dan telah sahkan akaun tu, anda terbaik! Untuk yang belum tu, muat turun & sahkan siap², tak perlu kelam kabut nanti 👏

♬ original sound – Setel – Setel

Untuk maklumat lanjut berkaitan kelayakan BUDI95, sila lawati:

Cara Beli Minyak Subsidi Ron95 Menggunakan SETEL

  1. Muat turun dan daftar akaun SETEL jika belum ada.
  2. Lakukan pengesahan eKYC bagi sahkan akaun anda melalui aplikasi SETEL.
  3. SETELah akaun disahkan, buka aplikasi SETEL, masuk ke menu subsidi BUDI MADANI RON95.
  4. Semak status kelayakan dan baki kuota subsidi RON95 anda dalam aplikasi.
  5. Pergi ke stesen PETRONAS yang menyokong subsidi BUDI MADANI.
  6. Pilih nombor pam minyak dalam aplikasi SETEL (One Tap Fuelling).
  7. Isi minyak RON95 dan bayar terus menggunakan SETEL pada harga subsidi sekitar RM1.99 seliter.
  8. Resit digital dan pengurangan kuota subsidi akan dipaparkan dalam aplikasi secara automatik.
@setel

Senangnya cara² pembelian BUDI MADANI RON95 dengan Setel pada 30 September 2025 nanti! ⛽ Ada 3 cara untuk beli BUDI95 dengan Setel tau! Semua ada kat video ni, pilih je mana satu. Yang penting, Setel buat pengisian anda jadi lebih senang! Jadi, standby ya….️ 🤝 Sahkan MyKad sekali sahaja dengan Setel, tak perlu guna MyKad setiap kali nak isi nanti 😉 Belum ada #Setel? Daftar dengan kod [c-5etel] & nikmati RM5 cashback bila anda sahkan akaun dan isi minyak kumulatif RM20 di PETRONAS. 📣 Jangan tunggu², ramai dah sahkan akaun Setel, korang bila lagi?

♬ original sound – Setel – Setel

Dengan SETEL, anda tidak perlu lagi beratur atau tunjuk MyKad fizikal setiap kali isi minyak subsidi kerana sistem akan mengenal pasti kelayakan secara digital berdasarkan akaun yang sah. 

Selain itu, pengguna juga dapat mengumpul mata ganjaran Mesra Rewards secara serentak. Program ini menjadikan pembelian minyak bersubsidi lebih mudah, pantas dan efisien untuk rakyat Malaysia.

SETELSETEL
Guna BUDI 95 dengan SETEL

Cara Bayar Petrol Dari Dalam Kereta Guna SETEL

Untuk membuat pembayaran dari dalam kereta bagi pembelian minyak di mana-mana stesen PETRONAS, anda boleh rujuk cara di bawah: 

SETELSETEL
Langkah 1: Di stesen, buka SETEL dan tekan Beli petrol.
SETELSETEL
Langkah 2: Pilih nombor pam dan jumlah petrol. Pastikan Subsidi BUDI95 adalah aktif, kemudian tekan Bayar.
SETELSETEL
Langkah 3: Mulakan pengisian setelah pam diaktifkan.
SETELSETEL
Langkah 4: Selesai! Baki kelayakan anda akan ditolak.

Cara Bayar Petrol di Kaunter Menggunakan SETEL

Untuk membuat pembayaran di kaunter mana-mana stesen PETRONAS, anda boleh rujuk cara-cara di bawah: 

SETELSETEL
Langkah 1: Di stesen, buka SETEL dan tekan Bayar.
SETELSETEL
Langkah 2: Tunjukkan kod SETEL anda kepada juruwang untuk diimbas.
Langkah 3: Pergi ke pam dan mulakan pengisian setelah pembayaran berjaya.
Langkah 4: Pengisian selesai! Baki kelayakan anda akan ditolak.Langkah 4: Pengisian selesai! Baki kelayakan anda akan ditolak.
Langkah 4: Pengisian selesai! Baki kelayakan anda akan ditolak.

Cara Semak Baki/Kuota Ron95 Bulanan Guna SETEL

Berikut adalah panduan mudah dan terperinci cara semak baki atau kuota RON95 bulanan menggunakan aplikasi SETEL:

1. Buka Aplikasi SETEL. Pastikan akaun anda sudah didaftarkan dan disahkan (eKYC). 

2. Cari Menu BUDI MADANI RON95 (BUDI95) pada halaman utama aplikasi. Cari ikon atau menu yang bertulis “BUDI95” atau “Subsidi RON95”.

3. Selepas masuk ke menu BUDI95, anda akan melihat status kelayakan subsidi dan baki kuota minyak RON95 bulanan yang diberikan. Kuota standard adalah 300 liter sebulan bagi setiap pengguna biasa, tetapi ini boleh berbeza mengikut kelayakan, contohnya pemandu e-hailing boleh mohon kuota lebih tinggi.

4. Setiap kali anda membuat pembelian RON95 dengan subsidi, kuota anda akan dikurangkan secara automatik dan dikemaskini dalam aplikasi. Semak kuota anda selalu agar dapat merancang pembelian dengan lebih efektif tanpa kehabisan subsidi.

5. Jika hampir habis kuota subsidi, anda masih boleh beli RON95 tanpa subsidi pada harga pasaran biasa. Jangan risau, aplikasi akan memaklumkan jika kuota sudah tidak mencukupi.

BACA JUGA: BUDI95 Petronas – Cara Isi Petrol RON95 di Petronas

SETELSETEL
Beli sehingga 300 liter petrol BUDI95 di Petronas setiap bulan!

NOTA:

  • Kuota subsidi disediakan setiap bulan. Kuota tidak digunakan tidak boleh dipindah ke bulan berikutnya.
  • Pastikan sentiasa log masuk ke aplikasi SETEL untuk maklumat terkini.
  • Proses semakan kuota juga boleh dilakukan melalui portal rasmi BUDI MADANI secara online.

Cara Topup Akaun SETEL

1. Melalui Aplikasi Setel:

  • Buka aplikasi Setel dan ketik butang “Top-Up” di sudut atas sebelah kiri.
  • Pilih jumlah top-up yang dikehendaki.
  • Pilih kaedah pembayaran seperti kad debit/kredit, online banking, atau e-wallet lain.
  • Sahkan pembayaran dan baki akaun anda akan dikemaskini secara segera.
  • Jika menggunakan kad kredit, terdapat caj kemudahan 1% untuk setiap transaksi.
Cara Topup Akaun SETELCara Topup Akaun SETEL
Cara Topup Akaun SETEL
  1. Top-up Tunai (Cash Top-Up):
  • Beli baucar top-up Setel di mana-mana stesen PETRONAS.
  • Masukkan kod baucar top-up di aplikasi Setel untuk menambah baki.
  • Baucar top-up Setel tersedia dalam amaun berikut:
    Blue VoucherBlue Voucher
  1. Auto Top-Up:

Pengguna boleh aktifkan ciri auto top-up supaya baki akaun Setel sentiasa mencukupi tanpa perlu top-up manual setiap masa.

Lokasi Stesen Minyak yang Menerima SETEL

Anda boleh menggunakan aplikasi SETEL di lebih 1000 stesen PETRONAS seluruh negara. Ini termasuk pembelian petrol RON95 bersubsidi di bawah program BUDI MADANI, pengisian secara tanpa tunai dan pengumpulan mata ganjaran Mesra. 

Aplikasi SETEL juga boleh membantu anda mencari lokasi stesen PETRONAS terdekat dengan ciri carian dalam aplikasi yang diintegrasi dengan Waze dan Google Maps.

Lokasi Stesen Minyak yang Menerima SETELLokasi Stesen Minyak yang Menerima SETEL
Lokasi Stesen Minyak yang Menerima SETEL

Kelebihan Menggunakan SETEL Beli Minyak Subsidi RON 95

Kelebihan Menggunakan SETEL Beli Minyak Subsidi RON 95Kelebihan Menggunakan SETEL Beli Minyak Subsidi RON 95
Kelebihan Menggunakan SETEL Beli Minyak Subsidi RON 95

Kelebihan menggunakan aplikasi SETEL untuk beli minyak subsidi RON95 sangat banyak, antaranya ialah:

1. Proses Pembelian Mudah dan Pantas

Dengan aplikasi SETEL, pengguna dapat mengaktifkan pam minyak terus dari dalam kenderaan tanpa perlu beratur panjang di kaunter. Ciri One Tap Fuelling membolehkan anda pilih nombor pam dalam aplikasi dan isi minyak dengan cepat dan selamat.

2. Semakan Kuota dan Kelulusan Automatik

SETEL juga membolehkan pengguna untuk menyemak baki kuota subsidi RON95 bulanan terus dalam aplikasi. Proses kelulusan subsidi juga dilakukan secara automatik melalui pengesahan MyKad dan eKYC, memudahkan pengguna tanpa perlu menunggu prosedur rumit.

3. Pengumpulan Mata Ganjaran Mesra Rewards

Setiap transaksi pembelian minyak menggunakan SETEL juga membolehkan pengguna mengumpul mata ganjaran Mesra yang boleh ditukar menjadi diskaun atau hadiah menarik, menambah nilai dan penjimatan tambahan.

4. Pelbagai Kemudahan Dalam Satu Aplikasi

Selain pembelian minyak, SETEL turut menawarkan fungsi tambah nilai e-dompet, pembayaran parkir, pembelian insurans kenderaan, pengurusan cukai jalan digital, dan bantuan kecemasan di lokasi. Ini menjadikan aplikasi SETEL sebagai satu platform lengkap untuk keperluan pemandu harian.

5. Mengurangkan Kesesakan di Stesen Minyak

Penggunaan aplikasi SETEL mengurangkan keperluan pengguna turun dari kenderaan untuk beratur di kaunter atau mengimbas MyKad secara manual, membantu mengelak kesesakan di stesen minyak terutama masa puncak.

6. Sesuai untuk Semua Golongan

Program subsidi BUDI MADANI melalui SETEL terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang mempunyai lesen memandu sah, tanpa mengira pendapatan. Pemandu e-hailing juga mendapat kuota tambahan tanpa had siling penggunaan.

Maklumat Lanjut

Untuk info terkini dan maklumat lanjut, sila layari portal rasmi SETEL di pautan berikut:  

Jangan lupa ikuti media sosial rasmi SETEL untuk dapatkan info terkini dengan segera: 

Soalan Lazim SETEL

Apakah itu Setel?

Setel adalah aplikasi pembayaran digital yang membolehkan pengguna membayar pengisian minyak di stesen Petronas secara mudah tanpa perlu keluar dari kenderaan, selain fungsi lain seperti pembayaran parkir, pembelian barangan runcit Kedai Mesra, dan pengurusan insurans kenderaan.

Bagaimana cara daftar akaun Setel?

Pengguna perlu muat turun aplikasi Setel, daftar akaun dengan memasukkan nama, nombor telefon, dan e-mel, kemudian sahkan nombor telefon melalui kod OTP. Pengguna juga perlu tetapkan PIN untuk keselamatan.

Bagaimana cara top-up akaun Setel?

Top-up boleh dibuat melalui aplikasi menggunakan pelbagai cara pembayaran seperti kad debit/kredit, online banking, atau e-wallets lain. Top-up juga boleh diaktifkan secara auto top-up untuk kemudahan pengisian tanpa gangguan.

Bagaimana menggunakan Setel untuk isi minyak?

Pilih stesen Petronas terdekat dalam aplikasi, pilih nombor pam, masukkan jumlah yang hendak diisi atau pilih “full tank,” dan sahkan pembayaran sebelum mula mengisi minyak.

Apakah itu Setel Lite?

Setel Lite adalah versi aplikasi yang lebih ringkas dan ringan untuk pengguna dengan telefon pintar berspesifikasi rendah atau sambungan internet terhad, menumpukan kepada fungsi utama seperti pembayaran minyak.

Apakah maksud One-Tap Fuelling pada Setel?

Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam dan membayar pengisian minyak hanya dengan satu sentuhan, mempercepatkan proses isi minyak.

Apa fungsi Setel pada Apple Watch?

Pengguna iPhone dengan Apple Watch boleh membayar pengisian minyak terus dari jam tangan pintar dengan aplikasi Setel yang dipasang secara automatik dan menggunakan One-Tap Fuelling.

Bagaimanakah cara untuk sahkan akaun saya/laksanakan e-KYC bagi tujuan semakan kelayakan BUDI MADANI RON95?

Terdapat 2 cara untuk sahkan akaun anda/laksanakan e-KYC bagi tujuan semakan kelayakan BUDI MADANI RON95.
Cara 1
Melalui halaman Profil.
Rujuk langkah di sini.
Cara 2
Melalui ikon BUDI95.
Sila ikuti langkah berikut.
Buka aplikasi Setel dan tekan BUDI95.
Tekan Semak kelayakan. Anda akan dibawa ke halaman pengesahan akaun (e-KYC) jika akaun anda belum disahkan.
Tekan Sahkan akaun.
Muat naik dokumen pengenalan dan swafoto anda. Ikuti arahan yang diberikan untuk pengesahan yang berjaya. 

Bagaimanakah cara untuk lihat baki kelayakan bulanan?

Tekan pada ikon BUDI95 di laman utama Setel untuk lihat baki kelayakan bulanan anda.

Bolehkah saya membeli petrol subsidi dengan Setel di stesen minyak selain PETRONAS?

Maaf, tidak boleh. Setel hanya boleh digunakan di stesen minyak PETRONAS sahaja.


News
Berita
News Flash
Blog
Technology
Sports
Sport
Football
Tips
Finance
Berita Terkini
Berita Terbaru
Berita Kekinian
News
Berita Terkini
Olahraga
Pasang Internet Myrepublic
Jasa Import China
Jasa Import Door to Door