200+ Makanan Warisan Kebangsaan Mengikut Kategori


Makanan warisan kebangsaan mencerminkan identiti serta budaya masyarakat Malaysia. Jabatan Warisan Negara (JWN) baru-baru ini secara rasmi mewartakan 117 jenis makanan Malaysia sebagai Warisan Kebangsaan di bawah Deklarasi Objek Warisan 2025. Untuk mengetahui senarai penuh warisan kebangsaan yang telah diwartakan, layari Portal Rasmi Jabatan Warisan Negara di www.heritage.gov.my/

Untuk pengetahuan anda, jumlah makanan warisan kebangsaan Malaysia yang diwartakan secara berperingkat oleh Jabatan Warisan Negara (JWN) sejak pengisytiharan pertama sehingga 2025 telah pun melebihi 200 jenis.

Dari pencuci mulut, makanan berat sehingga ke minuman, terdapat pelbagai hidangan unik yang menjadi kebanggaan negara.

Jom semak senarai lengkap serta kategori makanan warisan kebangsaan Malaysia di bawah.

BACA JUGA: 10 Contoh Makanan Diet Untuk Cepat Kurus – Saranan KKM

Apa Itu Makanan Warisan Kebangsaan Malaysia?

Makanan Warisan Kebangsaan Malaysia ialah makanan tradisional yang telah diiktiraf secara rasmi oleh kerajaan sebagai sebahagian daripada Warisan Kebangsaan di bawah kategori Warisan Tidak Ketara.

Ia merangkumi hidangan turun-temurun daripada pelbagai etnik di Malaysia seperti Melayu, Cina, India, Bumiputera Sabah dan Sarawak, serta komuniti lain.

​Pengiktirafan bertujuan melindungi resipi dan cara penyediaan asal supaya tidak hilang ditelan zaman, selain memupuk rasa bangga serta tanggungjawab generasi muda untuk meneruskan warisan ini.

Ia juga menyokong pelancongan budaya kerana makanan warisan menjadi tarikan kepada pelancong dalam dan luar negara.

Menjelang beberapa tahun kebelakangan ini, ratusan menu tradisional (lebih 200) telah diiktiraf sebagai makanan warisan masyarakat Malaysia.

Terdapat kira-kira7 kategori utama makanan warisan kebangsaan yang diwartakan, antaranya ialah makanan ruji, lauk-pauk, kuih tradisional/kuih-muih, pencuci mulut, snek, minuman dan buah-buahan tempatan.

Pengkategorian ini membantu membezakan fungsi hidangan sama ada sebagai hidangan utama, sajian sampingan, minuman atau kuih perayaan.

Senarai Makanan Warisan Kebangsaan

Berikut ialah senarai makanan warisan kebangsaan Malaysia yang telah diwartakan sejak 2018 sehingga 2025:

Bil Nama Makanan Kategori Makanan
1 Nasi lemak Nasi / Beras
2 Nasi ayam Nasi / Beras
3 Nasi kunyit (pulut kuning) Nasi / Beras
4 Nasi tumpang Nasi / Beras
5 Nasi kerabu Nasi / Beras
6 Nasi dagang Nasi / Beras
7 Nasi himpit Nasi / Beras
8 Nasi goreng Nasi / Beras
9 Nasi ulam Nasi / Beras
10 Ketupat Nasi / Beras
11 Lemang Nasi / Beras
12 Pulut kukus dalam periuk kera Nasi / Beras
13 Pulut panggang Nasi / Beras
14 Mi Mamak Mi
15 Laksa asam Mi
16 Char kuay teow Pulau Pinang Mi
17 Laksa Johor Mi
18 Rendang Lauk-pauk
19 Serunding Lauk-pauk
20 Ayam percik Lauk-pauk
21 Manok pansoh Lauk-pauk
22 Masak asam pedas Lauk-pauk
23 Gulai tempoyak ikan patin Lauk-pauk
24 Ikan bakar Lauk-pauk
25 Masak ikan tanah liat Lauk-pauk
26 Gulai lemak umbut Lauk-pauk
27 Gulai lemak lada padi Lauk-pauk
28 Gulai asam rom Lauk-pauk
29 Kari kepala ikan Lauk-pauk
30 Kurma daging Lauk-pauk
31 Pajeri Lauk-pauk
32 Masak ikan dan pisang dalam buluh Lauk-pauk
33 La-tiang Lauk-pauk
34 Daging dendeng Lauk-pauk
35 Ayam panggang Lauk-pauk
36 Botok-botok ikan Lauk-pauk
37 Teh tarik Minuman
38 Cendol Minuman
39 Air batu campur (ABC) Minuman
40 Air kelapa Minuman
41 Air selasih Minuman
42 Hinava/Umai Makanan Pembuka Selera
43 Pekasam Makanan Pembuka Selera
44 Tempoyak Makanan Pembuka Selera
45 Otak-otak Makanan Pembuka Selera
46 Sambal belacan Makanan Pembuka Selera
47 Cencaluk Makanan Pembuka Selera
48 Sambal gesek ikan bilis Makanan Pembuka Selera
49 Sate/Satay Makanan Pembuka Selera
50 Yee sang Makanan Pembuka Selera
51 Sata Makanan Pembuka Selera
52 Telur pindang Makanan Pembuka Selera
53 Kerabu mangga muda Makanan Pembuka Selera
54 Acar buah Makanan Pembuka Selera
55 Kuih keria Kuih / Bubur
56 Kuih koci Kuih / Bubur
57 Akok Kuih / Bubur
58 Kuih seri muka Kuih / Bubur
59 Kuih cara Kuih / Bubur
60 Kuih bingka Kuih / Bubur
61 Kuih bakul Kuih / Bubur
62 Kuih bulan Kuih / Bubur
63 Kuih cincin Kuih / Bubur
64 Kuih bakar Kuih / Bubur
65 Kuih sepit Kuih / Bubur
66 Apam balik Kuih / Bubur
67 Pisang goreng Kuih / Bubur
68 Keropok Kuih / Bubur
69 Opok-opok Kuih / Bubur
70 Karipap Kuih / Bubur
71 Buah melaka/oondeh-ondeh Kuih / Bubur
72 Lempeng Kuih / Bubur
73 Bahulu Kuih / Bubur
74 Dodol Kuih / Bubur
75 Lempuk durian Kuih / Bubur
76 Wajik Kuih / Bubur
77 Seri kaya Kuih / Bubur
78 Halwa Kuih / Bubur
79 Agar-agar sakar Kuih / Bubur
80 Halwa sukun Kuih / Bubur
81 Tapai Kuih / Bubur
82 Masalodeh Kuih / Bubur
83 Putu mayam Kuih / Bubur
84 Muruku Kuih / Bubur
85 Roti jala Kuih / Bubur
86 Roti canai Kuih / Bubur
87 Tosai Kuih / Bubur
88 Penderam Kuih / Bubur
89 Kuih lopis Kuih / Bubur
90 Wajik sirat Kuih / Bubur
91 Wajik ubi kayu Kuih / Bubur
92 Puding Kuih / Bubur
93 Laddu Kuih / Bubur
94 Bubur pedas sarawak Kuih / Bubur
95 Bubur Asyura Kuih / Bubur
96 Bubur sum-sum Kuih / Bubur
97 Bubur kacang hijau Kuih / Bubur
98 Ubi kayu Am
99 Sagu Am
100 Air Janda Pulang Makanan
101 Sambal tumis Makanan
102 Yong tau foo Makanan
103 Mi kari Makanan
104 Ketam berlada Makanan
105 Kuih bingka ubi Makanan
106 Puding Raja Makanan
107 Pengat Makanan
108 Ganti Tandan Jagung Makanan
109 Apam Makanan
110 Apom Makanan
111 Kuih Pepena Makanan
112 Tau Fu Fa Makanan
113 Bubur Cha-cha Makanan
114 Pulut Tekan Dengan Seri Kaya Makanan
115 Popia Makanan
116 Pie Tee Makanan
117 Ambuyat/ Pinantung Makanan
118 Tompe’/Tinompeh Makanan
119 Nonsom Bambangan Makanan
120 Tuak Makanan
121 Rojak Makanan
122 Kuih Rengas Makanan
123 Ubi Kayu Rebus dan Sambal Tumis Makanan
124 Putu Piring Makanan
125 Martabak Makanan
126 Capati Makanan
127 Choonpiah Makanan
128 Jemput-Jemput Makanan
129 Itik Golek Makanan
130 Umbut Rebus Makanan
131 Sambal Biji Getah Makanan
132 Gulai Masam Keladi Kemahang Makanan
133 Sambal Tempoyak Daun Kayu Makanan
134 Pindang Makanan
135 Sotong Sumbat Makanan
136 Rendang Campur Makanan
137 Kari Kapitan Makanan
138 Sup Belut Makanan
139 Nasi Kembuli Makanan
140 Sambal Rong Makanan
141 Sambal Goreng Makanan
142 Tauge dan Tauhu Masak Lemak Makanan
143 Lawa Terung Makanan
144 Lompap Daging dan Hati Makanan
145 Ayam Pong Teh Makanan
146 Ayam Masak Buah Keluak Makanan
147 Jantung Pisang Makanan
148 Gerang Asam Makanan
149 Ambila Makanan
150 Asam Rebus Makanan
151 Tempe Makanan
152 Keema Makanan
153 Tauhu Makanan
154 Inche Kabin Makanan
155 Kari Dabel Makanan
156 Budu Makanan

(Makanan Pembuka Selera)

157 Nasi Minyak Makanan
158 Pulut Durian Makanan
159 Kelupis Makanan
160 Nasi Dalam Buluh Makanan
161 Sup Tulang Makanan
162 Ubi Gadong Parut Masak Dalam Buluh Makanan
163 Ikan Rebus Kering Makanan
164 Ikan Cencaru Sumbat Makanan
165 Sayur Midin Goreng Makanan
166 Masak Lemak Mumbang Makanan
167 Masak Lemak Kulat Sisir Makanan
168 Bubur Lambuk Makanan
169 Bubur Nasi / Nasi Air Makanan
170 Bubur Anak Lebah Makanan
171 Ais Kepal Makanan
172 Emping Makanan
173 Kek Lapis Sarawak Makanan
174 Jala Emas Makanan
175 Kuih Ros Makanan
176 Kuih Kole Kacang Makanan
177 Kuih Bangkit Makanan
178 Kasui Makanan
179 Emas Sejemput Makanan
180 Buah Tanjung Makanan
181 Tepung Pelita Makanan
182 Lompat Tikam Makanan
183 Kuih Siput Makanan
184 Pau Makanan
185 Kuih Getas Makanan
186 Kuih Kasidah Makanan
187 Inang-inang Makanan
188 Tebaloi Makanan
189 Kerepek Makanan
190 Celorot Makanan
191 Kuih Ketayap Makanan
192 Solok Lada Makanan
193 Solok Ikan Makanan
194 Kebebe Makanan
195 Air Nira Makanan
196 Durian Makanan
197 Rempeyek Makanan
198 Air Janda Pulang Makanan
199 Gula Tarik/Sema Makanan
200 Kelamai / Gelamai Tepung Gandum Makanan
201 Ketupat Sotong (Berlemak) Makanan
202 Kuih Bongkong / Jongkong Makanan
203 Kuih Tahi Itik Makanan
204 Kuih Tepung Torak Makanan
205 Sambal Hitam Ikan Bilis Makanan
206 Kuih Badak Kubang Makanan
207 Aiskrim Malaysia Makanan
208 Pulut Mangga Makanan
209 Sambal Tahun Makanan
210 Bingka / Bengkang Sawit Makanan
211 Kuih Cek Mek Molek Makanan
212 Cucur Jawa / Cucur Topi / Kuih Penyaram Makanan
213 Kuih Angku / Kuih Peria Makanan
214 Opor Daging Makanan
Sumber: Portal Rasmi Jabatan Warisan Negara

Kalau anda nak tahu rasa, jenis makanan dan sesuai dimakan dengan apa, anda boleh rujuk beberapa jenis makanan warisan yang dihuraikan secara terperinci di bawah.

Makanan ini telah diwartakan sebagai objek warisan melakui kuasa yang diberikan kepadanya oleh subseksyen 49(1) Akta Warisan Kebangsaan 2005 [Akta 645] pada 4 Februari 2024.

1. Burasak

Burasak adalah sajian tradisional orang Bugis yang biasanya disajikan pada Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.

Cukup enak bila dipadankan dengan juadah Hari Raya seperti rendang, sayur lodeh dan kuah kacang.

makanan tradisional

2. Mi Kolok

Hidangan yang cukup popular dari Sarawak ini menggunakan yee mee, hirisan daging atau ayam yang direbus serta kuah sup.

Ia sangat mudah dijumpai di restoran dan gerai di sekitar Kuching.

makanan tradisionalmakanan tradisional
Sumber : Sinar Harian

3. Nasi Ambeng

Nasi ambeng merupakan makanan etnik Jawa yang merangkumi hidangan nasi putih bersama aneka lauk pauk seperti ayam kicap, rendang daging, sambal goreng tauhu tempe, serundung dan bergedil.

Ia biasanya dihidangkan di majlis keramaian di dalam talam atau daun pisang.

Sumber : juiceonline.com

4. Dodol Kukus Tahi Minyak

Dodol kukus tahi minyak merupakan kuih tradisional negeri Pahang terutamanya di daerah Chemor.  Ia mempunyai kaedah penyediaan yang berbeza berbanding dodol biasa.

Berbanding dodol biasa yang perlu dikacau berterusan pada tempoh yang lama, kaedah penyediaan dodol kukus pula lebih ringkas dan pantas.

Rasanya pula dikatakan lebih lemak dan enak apabila ditabur dengan tahi minyak.

Sumber : rasa.my

5. Kuih Genggang / Kuih Lapis

Kuih ini sudah menjadi kemestian dalam majlis keramaian di kampung.

Terkenal dengan lapisan berwarna putih dan merah jambu, ia dihasilkan menggunakan campuran tepung gandum, tepung beras serta tepung jagung.

Sumber : Sinar Harian

6. Kuih Karas

Juga dikenali sebagai kuih jala, kuih karas merupakan snek tradisional dari Kedah.

Kuih ini biasanya ditemui di daerah Kota Setar dan sesuai untuk dinikmati ketika minum petang.

Di Sarawak, ia juga dikenali sebagai kudapan tradisional bagi kaum Iban.

Sumber : Sinar Harian

7. Uthappam

Uthappam merupakan makanan istimewa Tamil Nadu yang dihasilkan daripada adunan beras.

Berbentuk seperti pancake, uthappam mempunyai rupa seakan tosai tetapi teksturnya lebih tebal.

Mungkin ramai yang pertama kali mendengar tentang hidangan ini kerana tidak semua restoran India atau kedai mamak menyajikan hidangan ini.

Ia dibentuk seperti lempeng dan dihiasi dengan tomato, capsicum, daun ketumbar dan bawang.

Uthappam biasanya dimakan ketika sarapan pada dan dipadankan bersama sambar atau chutney.

Sumber : Sinar Harian

8. Jeruk Tuhau

Jeruk tuhau merupakan makanan tradisional bagi masyarakat Kadazandusun di Sabah.

Tuhau merupakan sejenis tumbuhan yang berada dalam kategori yang sama seperti halia dan lengkuas dan tumbuh liar di tepi sungai atau paya.

Untuk menghasilkan jeruk tuhau, tuhau perlulah dicincang dan dicampurkan dengan beberapa bahan seperti limau kasturi, bawang putih dan cili padi.

Kemudian, ia perlu disimpan di dalam bekas kedap udara untuk djadikan jeruk serta dihidangkan bersama nasi dan ikan masin.

9. Air Katira

Air berwarna hijau ini sering menjadi tumpuan setiap kali tibanya bulan Ramadan di negeri Johor.

Air ini dikatakan unik kerana masih lagi mengekalkan resepi tradisi yang asli dengan penggunaan bahan-bahan seperti kurma, getah anggur, buah semangkuk dan badam.

10. Bak Kut Teh

Bak kut teh atau sup rusuk khinzir merupakan hidangan masyarakat Cina yang dipercayai mula diperkenalkan di Klang, Selangor.

Direneh dengan pelbagai jenis rempah dan herba, ia menjadi makanan khusus bagi masyarakat Cina Malaysia kerana ia tidak terdapat di negara lain.

Bak Kut Teh juga merupakan satu-satunya juadah masyarakat Cina yang diwartakan berbanding 9 juadah yang disenaraikan.

Sumber :The Vocket

Makanan Tradisional Rakyat Malaysia  

Sekiranya anda sudah biasa dengan makanan tradisional popular seperti nasi lemak dan roti canai, di sini kami ingin kongsikan lagi hidangan tradisional tempatan lain yang unik dan wajib untuk dicuba.

Memetik Jabatan Warisan Negara, hidangan berikut juga telah diangkat sebagai Warisan Kebangsaan.

1. Gulai Tempoyak Ikan Patin

Telah diiktiraf sebagai makanan warisan sejak 2009, tempoyak ikan patin merupakan juadah kebanggaan masyarakat Pahang terutamanya di Temerloh.

Juadah ini dihasilkan menggunakan ikan patin dan tempoyak iaitu isi durian yang telah diperam. Rasanya yang masam, masin dan sedikit pedas sememangnya cukup unik dan wajib dicuba.

Sumber : rasa.my

2. Pulut Kukus Dalam Periuk Kera

Pulut Kukus Periuk Kera merupakan salah satu makanan orang Asli Semelai di Malaysia. Sebelum menggunakan pulut, masyarakat orang Asli zaman dahulu menggunakan beras pulut padi huma.

3. Hati Sukma

Mungkin ini pertama kali anda mendengar tentang kuih Hati Sukma. Ia sukar dijumpai dan jarang dihasilkan oleh masyarakat masa kini.

Kuih Hati Sukma cukup terkenal di Pantai Timur khususnya pada bulan Ramadan atau musim perayaan.

Ia dihasilkan menggunakan ubi keledek, tepung kastad, tepung gandum dan santan dan digentel menjadi bentuk bulat.

4. Gulai Asam Rong

Gulai asam rong atau asam rum merupakan hidangan yang terkenal di Pahang khususnya di Jerantut, Kampung Kuala Tahan, Kampung Ulu Tembeling.

Ia telah diiktiraf sebagai Warisan Kebangsaan pada tahun 2009.

Asam rong diperbuat daripada biji getah yang diproses mejadi asam rong. Rasanya dikatakan sedikit pahit dan berlemak.

Asam rong yang telah dijerukkan akan dicampurkan bersama bahan lain seperti daun kesum, bunga kantan dan kunyit hidup.

5. Manok Pansoh

Manok pansoh adalah hidangan ayam kampung yang dimasak dalam buluh. Ia merupakan juadah terkenal bagi masyarakat Iban dan Bidayuh ketika musim perayaan.

Manok pansoh sering dipadankan bersama nasi pulut atau lemang.

makanan tradisionalmakanan tradisional

6. Pulut Tekan Seri Kaya

Telah diiktiraf sebagai Warisan Kebangsaan pada tahun 2012, pencuci mulut ini merupakan kuih warisan bagi masyarakat peranakan Baba Nyonya di Melaka dan Pulau Pinang.

Ia dipanggil pulut tekan kerana pulut ini sering ditekan sehingga padat sebelum dipotong dan disajikan bersama seri kaya.

Ia juga dikenali dengan nama lain seperti pulut tai tai dan pulot tayai.

Untuk menyediakan pulut tekan, pulut ditanak bersama daun pandan dan diwarnakan menggunakan warna biru asli daripada bunga telang.

makanan tradisionalmakanan tradisional

7. Opok-Opok

Keropok rangup ini merupakan hidangan tradisional bagi negeri Kelantan. Berbanding keropok lain yang digoreng menggunakan minyak, opok-opok dibakar di atas bara api.

Proses membuatnya dikatakan remeh dan memerlukan kepakaran yang tinggi terutamanya ketika proses membakar.

makanan tradisionalmakanan tradisional

8. Kuih Cincin

Kuih cincin adalah kuih tradisional yang popular di negeri Sabah. Ia diperbuat daripada gula, gula nipah/gula apong, tepung beras dan gula Melaka.

Kuih ini perlu dibiarkan kering sebelum digoreng. Rasanya manis dan sedikit masin.

makanan tradisionalmakanan tradisional

9. Kari Devil

Juga dikenali sebagai Kari Ayam Debal, kari devil merupakan hidangan tradisional yang popular dalam kalangan masyarakat Portugis yang menetap di Melaka.

Ia merupakan sejenis menu ayam yang dimasak menggunakan beberapa bahan seperti sos cili, lengkuas dan cuka.

Uniknya kari ini tidak menggunakan santan pekat, namun teksturnya masih pekat kerana penggunaan buah keras.

makanan tradisionalmakanan tradisional

10. Sup Nelayan

Sup nelayan sinonim dengan masyarakat Portugis di Melaka yang bekerja sebagai nelayan.

Ia dihasilkan dengan bahan-bahan seperti belimbing buluh, udang, sotong, serai dan bawang.

makanan tradisionalmakanan tradisional

11. Ais Kepal

Telah diisytiharkan sebagai Warisan Kebangsaan pada tahun 2015, ais kepal merupakan pencuci mulut yang cukup popular di Malaysia.

Minuman penyejuk tekak ini dihasilkan daripada ketulan ais yang disagat dan dikepal dengan padat sehingga menjadi bentuk bola.

Kemudian, ia disiram dengan air gula yang dimasak bersama pewarna ros dan daun pandan.  

makanan tradisionalmakanan tradisional

Dari pencuci mulut sehinggalah ke hidangan berat, terdapat aneka hidangan tradisi yang menarik.

Adalah tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia untuk memelihara dan meraikan kepelbagaian juadah warisan negara.

Soalan Lazim Makanan Warisan Kebangsaan

Apa itu Makanan Warisan Kebangsaan?

Makanan Warisan Kebangsaan merujuk kepada makanan tradisional yang telah diiktiraf secara rasmi oleh Jabatan Warisan Negara sebagai warisan budaya tidak ketara Malaysia, yang mempunyai nilai sejarah, budaya, dan identiti negara.

Berapa banyak makanan warisan yang telah diiktiraf?

Sehingga 2025, lebih 200 makanan warisan telah diiktiraf sebagai Warisan Kebangsaan oleh Jabatan Warisan Negara.

Apakah kriteria pemilihan makanan warisan?

Makanan tersebut perlu mempunyai nilai budaya, sejarah, keunikan, dan masih diamalkan secara turun-temurun di kalangan masyarakat tertentu di Malaysia.

Apakah faedah pengiktirafan makanan warisan?

Pengiktirafan membantu memelihara, mempromosikan, dan membangunkan makanan tradisional sebagai identiti budaya negara, serta meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pelestarian warisan.​

Di manakah saya boleh rujuk senarai makanan warisan?

Senarai lengkap makanan warisan boleh dirujuk melalui laman web rasmi Jabatan Warisan Negara.

Adakah makanan warisan hanya untuk satu kaum sahaja?

Tidak, makanan warisan meliputi pelbagai kaum di Malaysia, termasuk Melayu, Cina, India, dan komuniti etnik minoriti lain.

News
Berita
News Flash
Blog
Technology
Sports
Sport
Football
Tips
Finance
Berita Terkini
Berita Terbaru
Berita Kekinian
News
Berita Terkini
Olahraga
Pasang Internet Myrepublic
Jasa Import China
Jasa Import Door to Door