i-Suri KWSP 2026 : Permohonan & Semakan


Program i-Suri 2026 KWSP diteruskan lagi dengan beberapa penambahbaikan.

TERKINI: Kerajaan meneruskan program i-Suri 2026 dengan umur kelayakan dinaikkan daripada 55 kepada 60 tahun, selaras dengan umur persaraan minimum negara.

Golongan suri rumah kini boleh memilih untuk mencarum di KWSP dengan insentif khas sehingga RM300 setahun daripada Kerajaan melalui i-Suri KWSP 2026.

Kemudahan ini bertujuan bagi memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada keluarga dan pembangunan negara.

Seperti ahli lain yang bekerja, dengan insentif i-Suri KWSP yang ini, suri rumah juga boleh menikmati dividen tahunan, layak untuk bantuan hilang upaya, bantuan kematian, pengeluaran simpanan dan pelepasan cukai (tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan).

Insentif i-Suri ini ternyata memberi banyak kelebihan kepada golongan surirumah di mana ia memberi jaminan masa depan kerana diberikan dalam bentuk skim KWSP.

Bagi suri rumah, balu dan ibu tunggal yang berdaftar di bawah e-Kasih. Jom pilih i-Suri dan tambah simpanan anda, kerana setiap RM1 yang disimpan, kerajaan akan padankan sebanyak RM0.50 sehingga maksimum RM300 setahun.

Berikut adalah maklumat lebih lanjut tentang insentif yang diteruskan lagi bagi tahun 2025 dan patut dimanfaatkan sebaiknya oleh rakyat Malaysia.

Apakah Insentif i-Suri KWSP

i-Suri KWSP adalah program caruman sukarela bagi wanita yang berdaftar di dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (eKasih) termasuk suri rumah, balu, ibu tunggal dan bujang.

Ahli KWSP yang layak akan menerima insentif khas maksimum sebanyak RM300 setahun, tertakluk kepada had maksimum RM3,000 seumur hidup atau telah mencapai umur 55 tahun, mana-mana yang terdahulu.

Fasa pertama skim ini telah dilancarkan pada 8 Ogos 2018 dan mula berkuat kuasa pada 15 Ogos 2018 dan dilaksanakan oleh KWSP, sebuah agensi di bawah Kementerian Kewangan.

Tujuan i-Suri KWSP ini diperkenalkan adalah untuk membolehkan suri rumah yang layak:

  1. Mempunyai jaminan pendapatan persaraan di usia tua bagi suri rumah rentan yang berisiko tinggi untuk berada dalam kemiskinan.
  2. Menjaga kebajikan suri rumah di usia tua atau berlaku perubahan mengejut dalam rumah tangga.
  3. Mengiktiraf sumbangan suri rumah dalam menjaga keharmonian rumah tangga dan negara.
  4. Menggalakkan budaya menyimpan secara berterusan untuk pendapatan persaraan di usia tua.

Inisiatif ini bertujuan untuk menangani cabaran yang dihadapi oleh suri rumah, meningkatkan keselamatan kewangan mereka dan mengiktiraf peranan mereka yang tidak ternilai dalam masyarakat.

i-Suri KWSPi-Suri KWSP

Faedah i-Suri KWSP 2026

Antara kelebihan mendaftar akaun i-Suri adalah:

  • Insentif Khas
    • Menerima insentif khas sebanyak 50% bagi setiap RM1 caruman sehingga insentif khas maksimum RM300 dalam tahun semasa.
    • Had insentif seumur hidup sebanyak RM3,000 atau mencapai umur 55 tahun, mana-mana terdahulu.
    • Tertakluk kepada terma dan syarat kerajaan.
  • Dividen Tahunan
    • Menikmati dividen tahunan di atas simpanan persaraan anda.
  • Bantuan Kematian
    • Tertakluk kepada terma dan syarat KWSP.
  • Pelepasan Cukai
    • Tertakluk kepada terma dan syarat LHDN.

Syarat Kelayakan i-Suri KWSP 2026

  • Warganegara Malaysia
  • Ahli KWSP
  • Berumur 60 tahun ke bawah
  • Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat senarai terkini.

Kadar Caruman Minimum

Tiada caruman minimum bagi caruman sukarela i-Suri KWSP bagi tahun 2026.

Bagaimanapun, ahli digalakkan untuk mencarum sekurang-kurangnya RM600 di bawah i-Suri bagi tahun berkenaan untuk melayakkan ahli menerima insentif khas maksimum tahunan sebanyak RM300.

Rujuk ilustrasi di bawah:

Jumlah kadar Insentif Khas i-Suri yang akan diterima adalah berdasarkan padanan sebanyak 50% bagi setiap RM1 caruman, tertakluk kepada had maksimum tahunan sebanyak RM300.

Selain itu, had Insentif Khas terkumpul sebanyak RM3,000 seumur hidup atau sehingga mencapai umur 55 tahun, yang mana terdahulu, turut diperkenalkan dan akan mula diambil kira mulai tahun 2024.

Cara Pendaftaran

Pendaftaran i-Suri bagi ahli yang tersenarai di dalam eKasih setakat senarai terkini boleh dibuat seperti berikut:

  1. Pendaftaran secara automatik bagi ahli KWSP baharu yang dipadankan dengan maklumat data eKasih.
  2. Pendaftaran kendiri:
    a. Melalui aplikasi KWSP i-Akaun
    b. Secara dalam talian di laman web KWSP
    c. Pendaftaran di Self-Service Terminal (SST)
  3. Hadir ke Pejabat KWSP yang berhampiran dengan melengkapkan Borang Permohonan Pendaftaran Caruman Sukarela i-Saraan/i-Suri (KWSP 16G (M)).
Laman Web KWSP Pejabat KWSP Self Service Terminal (SST) KWSP i-Akaun
Pendaftaran iSuri Dalam Talian Borang Permohonan Pendaftaran Caruman Sukarela i-Saraan/i-Suri  – KWSP 16G (M) MyKad – Pendaftaran i-Suri di mana-mana SST di bawah menu Pendaftaraan i-Saraan
– Sediakan MyKad
Pendaftaran i-Saraan/ i-Suri melalui aplikasi KWSP i-Akaun

Dokumen yang diperlukan untuk mendaftar adalah:

Cara Pembayaran Caruman

Ahli boleh membuat bayaran caruman i-Suri KWSP melalui saluran berikut:

  1. Aplikasi Mudah Alih – KWSP i-Akaun
  2. Perbankan Internet
  3. Kaunter Ejen Bank – BSN, Maybank, Public Bank & RHB Bank
  4. Ejen Bank Berdaftar – (EB) BSN
  5. Bayaran secara tunai (maksimum RM500) /cek/draf bank/kiriman wang/wang pos bank di semua kaunter Peresitan Pejabat KWSP
  6. Bayaran secara Kad Debit melalui Mobile Team (MT) & Pejabat KWSP

Maklumat Lanjut / Pertanyaan

Untuk sebarang pertanyaaan mengenai Caruman Sukarela i-Suri KWSP, sila layari www.kwsp.gov.my atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan di talian 03-8922 6000.

Sebarang pertanyaan berhubung sistem eKasih, boleh rujuk Portal ICU, Jabatan Perdana Menteri. (

Soalan Lazim (FAQ) i-Suri KWSP

1. Apakah itu i-Suri KWSP?

i-Suri adalah program caruman sukarela bagi wanita yang berdaftar di dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (eKasih) termasuk suri rumah, balu, ibu tunggal dan bujang. Ahli KWSP yang layak akan menerima Insentif Khas maksimum sebanyak RM300 setahun, tertakluk kepada had maksimum RM3,000 seumur hidup atau apabila mencapai umur 55 tahun, mana-mana yang terdahulu.

2. Mengapakah i-Suri ini diperkenalkan?

Tujuan i-Suri ini diperkenalkan adalah untuk membolehkan wanita yang tersenarai dalam data eKasih mendapat manfaat seperti berikut:

i. Mempunyai jaminan pendapatan persaraan di usia tua bagi wanita rentan yang berisiko tinggi untuk berada dalam kemiskinan;
ii. Menjaga kebajikan suri rumah di usia tua atau berlaku perubahan mengejut dalam rumah tangga;
iii. Mengiktiraf sumbangan wanita dalam menjaga keharmonian rumah tangga dan negara; dan
iv. Menggalakkan budaya menyimpan secara berterusan untuk pendapatan persaraan di usia tua.

Inisiatif ini bertujuan untuk menangani cabaran yang dihadapi oleh wanita, meningkatkan keselamatan kewangan mereka dan mengiktiraf peranan mereka yang tidak ternilai dalam masyarakat.

3. Siapakah yang layak memohon i-Suri?

Kriteria kelayakan permohonan i-Suri adalah seperti berikut:
i.    Ahli KWSP;
ii.    Warganegara Malaysia;
iii.    Berumur bawah 60 tahun;
iv.    Wanita yang berdaftar dengan eKasih setakat 30 November tahun sebelumnya.

4. Bagaimanakah ahli KWSP yang tersenarai di dalam eKasih ingin mendaftar di bawah i-Suri?

Ahli yang tersenarai di dalam eKasih setakat 30 November tahun sebelumnya boleh dibuat seperti berikut:
i.  Pendaftaran secara automatik bagi ahli KWSP baharu yang dipadankan dengan maklumat data eKasih

ii. Pendaftaran kendiri melalui 
    a. Aplikasi KWSP i-Akaun 
    b. Secara dalam talian di laman web KWSP
    c. Self-Service Terminal (SST) di Pejabat KWSP

iii. Hadir ke Pejabat KWSP yang berhampiran dengan melengkapkan Borang Permohonan Pendaftaran Caruman Sukarela i-Saraan/i-Suri (KWSP 16G (M))

5. Berapakah jumlah kadar Insentif Khas yang akan diterima oleh suri rumah/wanita yang berdaftar di bawah i-Suri?

Jumlah kadar Insentif Khas i-Suri yang akan diterima adalah berdasarkan padanan sebanyak 50% bagi setiap RM1 caruman, tertakluk kepada had maksimum tahunan sebanyak RM300.

Selain itu, had Insentif Khas terkumpul sebanyak RM3,000 seumur hidup atau sehingga mencapai umur 55 tahun, yang mana terdahulu, turut diperkenalkan dan akan mula diambil kira mulai tahun 2024.

6. Bagaimana cara membuat caruman i-Suri?

Ahli boleh membuat bayaran caruman i-Suri melalui saluran berikut:-
i.    Aplikasi KWSP i-Akaun
ii.   Perbankan Internet
iii.  Kaunter Ejen Bank – BSN, Maybank, Public Bank & RHB Bank
iv.  Ejen Bank Berdaftar – (EB) BSN
v.   Bayaran secara cek dan draf bank di semua kaunter Peresitan Pejabat KWSP
vi.  Bayaran melalui Kad Debit dimana-mana Pejabat KWSP atau Pasukan Mobile KWSP/Relationship & Advisory (RA)
vii. Self-Service Terminal (SST) – Bayaran menggunakan kad debit melalui payment terminal di Pejabat KWSP yang terpilih

7. Berapakah jumlah minimum yang perlu dicarum bagi melayakkan ahli menerima Insentif Khas i-Suri maksimum tahunan sebanyak RM300?

Tiada caruman minimum bagi caruman sukarela i-Suri. Bagaimanapun, ahli digalakkan untuk mencarum sekurang-kurangnya RM600 di bawah i-Suri bagi tahun berkenaan untuk melayakkan ahli menerima Insentif Khas maksimum tahunan sebanyak RM300.

8. Bagaimanakah had maksimum Insentif Khas seumur hidup dikira?

Had maksimum Insentif Khas seumur hidup dikira berdasarkan jumlah Insentif Khas tahunan yang terkumpul dan terhad kepada RM3,000 atau apabila mencapai umur 55 tahun, yang mana terdahulu.  

Contoh:
Aminah mencarum i-Suri dan menerima Insentif Khas bagi tahun 2024 hingga 2025.

2024-RM300
2025-RM300

Jumlah terkumpul Insentif Khas yang telah diterima adalah RM600.
Jumlah Insentif Khas i-Suri yang masih layak untuk terima adalah RM2,400 (RM3,000 – RM600).

9. Mengapakah terdapat individu yang tersenarai dalam data eKasih tidak layak memohon i-Suri?

Individu yang tersenarai di dalam data eKasih tidak layak memohon i-Suri sekiranya: 
i.    Tidak tersenarai sebagai peserta eKasih setakat 30 November tahun sebelumnya.
ii.    Melebihi syarat umur yang ditetapkan
Nota: Bagi individu di atas boleh memilih untuk mendaftar i-Saraan bagi mendapatkan Insentif Khas i-Saraan tertakluk kepada terma dan syarat kelayakan.

10. Bilakah bayaran Insentif Khas i-Suri dikreditkan ke dalam akaun KWSP ahli?

Bayaran Insentif Khas i-Suri akan dikreditkan ke dalam akaun KWSP ahli sebanyak dua (2) kali setahun (tertakluk kepada penerimaan bayaran Insentif Khas daripada Kerajaan).

11. Apakah faedah yang akan diperoleh bagi ahli yang mencarumkan di bawah i-Suri?

Faedah yang boleh diperolehi bagi ahli yang mencarum di bawah i-Suri adalah:-
i.    Meningkatkan kadar simpanan persaraan dengan Insentif Khas daripada Kerajaan;
ii.    Menikmati dividen tahunan di atas simpanan;
iii.    Bantuan Kematian (tertakluk kepada terma dan syarat KWSP);
iv.    Ahli juga layak menerima pelepasan cukai (tertakluk kepada terma & syarat LHDN)

12. Bagaimanakah caruman i-Suri dikreditkan ke akaun ahli?

Caruman i-Suri akan dikreditkan ke Akaun Persaraan (Akaun 1), Akaun Sejahtera (Akaun 2), dan Akaun Fleksibel (Akaun 3) mengikut kadar agihan yang ditetapkan masing-masing pada 75%, 15% dan 10%.

13. Bagaimanakah Insentif Khas i-Suri dikreditkan ke akaun ahli?

Insentif Khas i-Suri akan dikreditkan ke Akaun Persaraan (Akaun 1), Akaun Sejahtera (Akaun 2), dan Akaun Fleksibel (Akaun 3) mengikut kadar agihan yang ditetapkan masing-masing pada 75%, 15% dan 10%.

14. Apa yang dimaksudkan dengan eKasih?

eKasih adalah merupakan Bank Data Kemiskinan Nasional. Ia mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profail individu, program/bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program/bantuan yang diterima. (

15. Bagaimanakah data eKasih digunakan dalam konteks i-Suri?

Data eKasih digunakan bagi tujuan pendaftaran i-Suri dan menentukan kelayakan untuk menerima Insentif Khas i-Suri.

16. Adakah KWSP akan menerima data eKasih terkini dari semasa ke semasa?

Ya. KWSP akan menerima data eKasih yang terkini dari semasa ke semasa yang dibekalkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

18. Apakah kaedah pembayaran caruman i-Suri?

Kaedah pembayaran caruman i-Suri adalah seperti berikut: 

a. Sekali bayaran (one-time) melalui aplikasi KWSP i-Akaun, perbankan internet, ejen bank berdaftar, kaunter ejen bank, bayaran secara cek atau draf bank di semua kaunter peresitan Pejabat KWSP, bayaran secara kad debit melalui perkhidmatan pasukan Mobile KWSP/ Relationship Advisor (RA), Self-Service Terminal (SST) dan di Pejabat KWSP yang terpilih; ATAU 

b. Caruman berulang secara automatik (Auto Tambah) melalui aplikasi KWSP i-Akaun atau portal web i-Akaun (Ahli). 

19. Bagaimanakah cara untuk saya membuat pendaftaran Auto Tambah?

Ahli perlu mendaftar Auto Tambah terlebih dahulu sama ada melalui aplikasi KWSP i-Akaun atau portal web i-Akaun (Ahli) untuk membolehkan pembayaran caruman bulanan secara automatik dan berulang setiap bulan dibuat menggunakan perkhidmatan DuitNow AutoDebit. Ikuti langkah berikut: 

a. Log masuk ke aplikasi KWSP i-Akaun atau portal web i-Akaun (Ahli); 
b. Klik tab Simpanan di Laman Utama; 
c. Klik “Tambah simpanan”;   
d. Pilih “Aktifkan Auto Tambah”
e. Skrin pengenalan Auto Tambah akan dipaparkan. Klik “Teruskan”
f. Tetapkan amaun caruman dan tarikh potongan bulanan yang dikehendaki;    
g. Pilih bank; 
h. Ahli perlu membaca dan memahami Terma & Syarat terlebih dahulu sebelum mengesahkan butiran pembayaran caruman. Setelah itu, tandakan setuju dengan Terma & Syarat, dan klik “Teruskan”
i. Log masuk ke akaun bank untuk mengesahkan pendaftaran Auto Tambah;  
j. Mesej pengesahan akan dipaparkan. Klik “Selesai” untuk menamatkan proses pendaftaran Auto Tambah. 

News
Berita
News Flash
Blog
Technology
Sports
Sport
Football
Tips
Finance
Berita Terkini
Berita Terbaru
Berita Kekinian
News
Berita Terkini
Olahraga
Pasang Internet Myrepublic
Jasa Import China
Jasa Import Door to Door