S Pay Global, atau Sarawak Pay adalah aplikasi serbaguna yang membolehkan pengguna menikmati pelbagai perkhidmatan kerajaan termasuklah penyaluran bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS). Jangan lupa muat turun aplikasi ini dan layari untuk pendaftaran, semakan, dan maklumat lanjut.
Menerusi aplikasi S Pay Global, penerima boleh membeli barangan keperluan SKAS serta menggunakan pelbagai perkhidmatan yang lain dengan mudah dan selamat.
Semakan kelayakan untuk Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) pula boleh diakses di portal rasmi 22 September 2025.
Semakan ini hanya untuk pemohon yang mengemukakan permohonan SKAS pada 1 Februari hingga 31 Mac 2025 sahaja.
Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenai aplikasi ini dan juga SKAS untuk rujukan semua.
BACA JUGA: Senarai Kedai SKAS di Sarawak, Sabah & Selangor
Apa Itu S Pay Global?
S Pay Global (sebelum ini dikenali sebagai Sarawak Pay) ialah aplikasi e-wallet rasmi Kerajaan Negeri Sarawak. Ia membolehkan pengguna melakukan transaksi digital seperti membayar bil, membeli barang, membuat pemindahan wang dan menikmati pelbagai ganjaran dalam aplikasi.
Pengguna hanya perlu mengimbas dan membayar melalui kod QR dari peniaga yang menggunakan aplikasi ini atau pada bil mereka.
S Pay Global juga bekerjasama dengan Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk memudahkan pemindahan wang secara dalam talian melalui Ejen Bank Berdaftar BSN di kawasan pedalaman yang tiada akses kepada kemudahan perbankan.

S Pay Global menjadi saluran rasmi untuk pembayaran bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS). Bantuan akan terus dikreditkan ke akaun SPay Global penerima. Dari aplikasi itu, pengguna boleh:
- Menebus e-baucar SKAS untuk barangan keperluan di kedai terpilih.
- Menyemak baki dan sejarah bantuan melalui ikon Aid Wallet dalam aplikasi.
Kelebihan Guna S Pay Global SKAS
- Mudah dan selamat, Tiada risiko kehilangan wang tunai.
- Cepat dan jimat masa . Bantuan terus dikredit ke dompet digital.
- Boleh digunakan secara meluas di pelbagai kedai dan peniaga berdaftar di Sarawak.
- Menyokong inisiatif ekonomi digital negeri dengan mengurangkan penggunaan tunai di kalangan rakyat.
Fungsi & Perkhidmatan Utama
Aplikasi ini menyediakan pelbagai perkhidmatan kewangan digital yang membolehkan rakyat Sarawak melakukan urusan harian tanpa tunai dengan mudah, cepat dan selamat.


1. Pembayaran Kod QR (Scan & Pay)
Pengguna boleh imbas kod QR di kedai atau gerai untuk membuat bayaran segera tanpa menggunakan wang tunai. Kaedah ini digunakan secara meluas di pasar, kedai runcit dan restoran berdaftar.
2. Pembayaran Bil dan Utiliti
Aplikasi ini membolehkan pengguna membayar lebih 30 jenis bil termasuk air, elektrik, cukai taksiran, premium tanah, serta bil kerajaan negeri melalui fungsi Pay My Bills.
3. Pemindahan Dana (Peer-to-Peer)
Pengguna boleh menghantar wang kepada rakan atau ahli keluarga yang juga menggunakan aplikasi ini. Tiada caj dikenakan untuk transaksi sesama pengguna.
4. Ganjaran & Baucar Diskaun
Aplikasi ini juga menawarkan program Loyalty Rewards di mana pengguna boleh mengumpul mata ganjaran dan menebus baucar diskaun di peniaga terpilih.
5. Perkhidmatan Insurans & Pembiayaan
Pengguna boleh membeli atau memperbaharui polisi insurans dan membayar pinjaman pelajaran seperti PTPTN terus melalui aplikasi.
6. Derma dan Sumbangan
Terdapat pilihan untuk membuat derma berulang ke tabung kebajikan, rumah ibadat, atau program komuniti secara digital dan telus.
7. Tempat Letak Kereta (eParking)
Fungsi pembayaran parkir membolehkan pengguna membayar caj parkir jalanan terus dari aplikasi tanpa perlu menggunakan kupon fizikal.
8. Perkhidmatan Makanan dan Tempahan
Pengguna boleh menempah makanan dari peniaga tempatan yang berdaftar serta membuat pembayaran terus dalam aplikasi.
9. Akaun Peniaga (Merchant Account)
Peniaga boleh mendaftar akaun khas untuk menerima bayaran daripada pelanggan menggunakan kod QR atau pautan pembayaran (payment link).
10. Semakan Bantuan Kerajaan (SKAS & BKSS)
Aplikasi ini turut menjadi platform rasmi untuk menerima bantuan digital kerajaan negeri seperti SKAS (Sumbangan Keperluan Asas Sarawak) dan BKSS.
Muat Turun Aplikasi S Pay Global


Anda boleh memuat turun aplikasi S Pay Global secara percuma melalui Google Play Store untuk peranti Android dan Apple App Store bagi pengguna iOS.
Atau, scan je QR KOD di bawah:


Cara Daftar S Pay Global
Pendaftaran S Pay Global untuk SKAS
Ikuti langkah mudah berikut untuk daftar akaun S Pay Global dan mula terima bantuan SKAS secara digital:
Langkah 1: Muat Turun Aplikasi
Langkah 2: Daftar Akaun Baru
- Buka aplikasi, pilih New User Registration atau pengguna baharu.
- Pilih status kewarganegaraan anda, sama ada “Malaysian” atau “Others”.
Langkah 3: Isi Maklumat Peribadi
- Isikan maklumat lengkap seperti nama, nombor MyKad, nombor telefon dan alamat e-mel dengan tepat.
Langkah 4: Muat Naik Gambar MyKad
- Muat naik gambar bahagian depan MyKad anda bagi tujuan pengesahan.
Langkah 5: Pengesahan Muka
- Pastikan wajah anda berada di dalam bulatan untuk rakaman selfie bagi pengesahan identiti melalui sistem eKYC.
Langkah 6: Pengesahan Nombor Telefon
- Anda akan menerima kod TAC melalui SMS ke nombor telefon didaftarkan.
- Masukkan kod TAC tersebut untuk teruskan proses pengesahan.
Langkah 7: Tetapkan PIN Pembayaran
- Daftar PIN 6 digit yang akan digunakan untuk pengesahan setiap transaksi anda nanti.
Langkah 8: Pendaftaran Berjaya
Kini anda boleh mula menggunakan aplikasi S Pay Global untuk menerima bantuan SKAS dan urusan pembayaran digital lain.
Setelah selesai, pendaftaran akaun anda berjaya.
Anda juga boleh rujuk infografik Pendaftaran S Pay Global di bawah:


Login S Pay Global
Pengguna boleh log masuk ke akaun S PAY GLOBAL dengan menggunakan beberapa kaedah iaitu menggunakan username, nombor telefon, atau Sarawak ID.
Rujuk langkah-langkah berikut:
Log Masuk S Pay Global Menggunakan Username
- Buka aplikasi S PAY GLOBAL.
- Pilih menu “Login”.
- Masukkan username yang telah didaftarkan bersama kata laluan.
- Tekan butang “Login” untuk masuk ke akaun.
- Jika lupa kata laluan, guna fungsi “Forgot Password” untuk reset.
Log Masuk S Pay Global Menggunakan Nombor Telefon
- Pada halaman log masuk, pilih “Use Mobile Number”.
- Masukkan nombor telefon yang didaftarkan dalam akaun.
- Masukkan 6 digit terakhir MyKad atau nombor pasport sebagai pengesahan.
- Sistem akan hantar kod TAC ke nombor tersebut.
- Masukkan kod TAC untuk verifikasi dan log masuk.
- Kaedah ini mudah dan menggunakan nombor telefon sebagai ID utama.












Log Masuk Menggunakan Sarawak ID
Sarawak ID adalah sistem pengenalan digital rasmi kerajaan Sarawak yang boleh digunakan dalam aplikasi S PAY GLOBAL.
- Pilih fungsi log masuk menggunakan Sarawak ID di aplikasi.
- Masukkan alamat emel dan kata laluan Sarawak ID anda.
- Sahkan dengan kod TAC jika diminta.


BACA JUGA: Sarawak ID (Sarawak Pass) – Cara Daftar & Login
Kemaskini S Pay Global
Pastikan aplikasi S PAY GLOBAL anda dikemas kini ke versi terkini untuk menerima Sumbangan Asas Keperluan Sarawak (SKAS). Sebelum memulakan proses, pengguna mestilah mempunyai akaun SarawakID yang sah.
Langkah 1 – Klik “Update”
Pengguna perlu log masuk ke portal SKAS dan menekan butang “Update” bagi memulakan proses kemas kini maklumat akaun S PAY GLOBAL. Terdapat juga pautan dan kod QR untuk memuat turun aplikasi S PAY GLOBAL melalui Google Play, App Store, atau AppGallery.
Langkah 2 – Isi Maklumat Diperlukan
Setelah itu, pengguna perlu mengisi semua maklumat penting seperti nombor MyKad, nombor telefon, dan maklumat lain yang diperlukan dengan lengkap dan tepat. Selepas selesai, tekan butang “Submit” untuk menghantar maklumat tersebut.
Langkah 3 – Sahkan Penghantaran
Satu tetingkap pengesahan akan muncul untuk memastikan pengguna benar-benar ingin menghantar maklumat yang telah diisi. Pengguna perlu menekan “Yes” untuk mengesahkan dan meneruskan proses penghantaran.
Langkah 4 – Pengesahan Berjaya
Setelah maklumat berjaya dihantar, paparan mesej “Successfully Submitted!” akan muncul di skrin sebagai tanda bahawa proses kemas kini telah selesai dengan jayanya.


Cara Sahkan Penerimaan SKAS Guna S Pay Global
Berikut ialah cara terperinci untuk ‘Acknowledge’ (sahkan penerimaan) dan guna baucar SKAS (Sumbangan Keperluan Asas Sarawak) melalui aplikasi ini:
- Layari portal rasmi SKAS di pautan berikut: www.sarawak.gov.my
- Masukkan no kad pengenalan untuk membuat semakan kelayakan.
- Anda akan menerima pemberitahuan push notification di telefon bimbit anda. “Tap on the push notification” iaitu anda perlu sentuh atau tekan pemberitahuan tersebut pada skrin telefon anda.
- Selepas itu, halaman pengesahan “Aid Acknowledgement” akan dipaparkan, menunjukkan status eKYC telah disahkan dan saiz wallet mencukupi untuk penyaluran bantuan. Anda hanya perlu klik butang “Acknowledge” pada halaman tersebut untuk mengesahkan bahawa anda terima bantuan SKAS.
Selesai.
Atau, anda boleh buka aplikasi S Pay Global, dan klik banner bertulisan SKAS, dan kemudian klik “Acknowledge Now”
Pengesahan ini penting supaya bantuan boleh terus digunakan dan memastikan dana diaktifkan dalam akaun anda.


Cara Tebus SKAS Menggunakan S Pay Global
- Untuk guna baucar SKAS, anda boleh pergi ke premis/peniaga rakan niaga S PAY GLOBAL (seperti pasar raya, kedai runcit terpilih).
- Pilih “Scan & Pay” pada aplikasi.
- Imbas kod QR kedai tersebut, masukkan jumlah untuk dibayar (mengikut keperluan pembelian barang asas).
- Sahkan pembayaran dan masukkan nombor PIN transaksi.
- Transaksi pembayaran kepada peniaga akan ditolak terus daripada akaun SKAS anda. Tiada tunai terlibat, hanya pembelian barangan asas dibenarkan.
- Penerima tidak boleh menunaikan atau menukar bantuan SKAS kepada tunai; hanya boleh ditebus terus untuk pembelian.
Untuk makluman SKAS adalah merupakan program bantuan kewangan yang disediakan kepada kumpulan rakyat Sarawak yang berpendapatan rendah melalui baucar digital.
Nilai bantuan adalah antara RM250 hingga RM800, bergantung kepada kategori penerima seperti yang dinyatakan di bawah:
- Kategori Isi Rumah berpendapatan RM5,000 ke bawah akan menerima RM800.
- Kategori Bujang dengan pendapatan RM2,500 dan ke bawah akan menerima RM250.
- Kategori Warga Emas berpendapatan RM5,000 ke bawah akan menerima RM400.




Rujuk tutorial video di bawah atau di pautan berikut :
BANTUAN SKAS TIDAK BOLEH DITUNAIKAN
Tindakan tegas boleh diambil sekiranya didapati peniaga menunaikan bantuan SKAS dengan menggugurkan daripada menyediakan perkhidmatan S Pay Global – SKAS.
Manakala, bagi penerima pula mereka boleh disenarai hitam daripada menerima bantuan di masa akan datang.


Senarai Kedai Yang Boleh Guna S Pay Global / Bantuan SKAS
Penerima SKAS, kepada yang layak mendapat SKAS, berikut adalah link dan senarai Merchant / Kedai yang boleh guna S Pay Global / SarawakPay mengikut Daerah masing-masing.
Semakan Status & Kelayakan SKAS 2025
Semakan nama penerima Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) boleh dibuat menerusi laman web mulai 22 September 2025.


Cara Semakan Kelayakan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS)
- Kunjungi laman web rasmi: /skas.
- Pada laman utama SKAS, pilih menu “Semak Kelayakan”.
- Isikan nombor MyKad anda pada ruangan yang disediakan dan tekan butang “Cari”.
- Setelah itu, status permohonan SKAS anda akan dipaparkan di skrin sama ada lulus, tidak lulus atau sedang diproses.
Semakan ini hanya sah untuk individu yang telah membuat permohonan SKAS dalam tempoh 1 Februari 2025 hingga 31 Mac 2025.
Semakan juga boleh dilakukan di pautan berikut:


Bayaran Rayuan SKAS 2025
Pembayaran rayuan SKAS sudah mula dilakukan kepada sesetengah penerima pada 16 Oktober 2025.
Ini bermaksud, keputusan rayuan SKAS yang dibuat sebelum ini sudah mula disalurkan secara berperingkat mulai tarikh tersebut.
Rayuan SKAS dibuka untuk mereka yang tidak lulus dalam permohonan pertama, dan pelaksanaannya akan mengambil masa beberapa bulan untuk proses semakan dan kelulusan.
Tempoh rayuan telah pun ditutup lebih awal (1 Februari 2025 hingga 1 Jun 2025) dan bayaran untuk mereka yang berjaya dalam rayuan SKAS disalurkan secara berperingkat mengikut prosedur rasmi kerajaan Sarawak bermula 16 Oktober 2025.
Penerima rayuan yang berjaya akan menerima bantuan ini terus ke akaun S PAY GLOBAL mereka atau melalui saluran yang telah ditetapkan oleh kerajaan Sarawak.
Pengumuman rasmi dan kemas kini lanjut biasanya dibuat di portal rasmi kerajaan Sarawak dan media sosial rasmi S PAY GLOBAL.
Sekiranya anda ingin semak status rayuan SKAS atau ingin maklumat lebih lanjut, layari laman web rasmi /skas atau hubungi talian pusat khidmat pelanggan S PAY GLOBAL.




Tarikh Tuntutan SKAS Melalui Sarawak Pay
Bantuan ini boleh dituntut pada bila-bila masa sepanjang tahun dan sah sehingga 31 Disember 2025.


BACA JUGA: Lupa Kata Laluan Sarawak Pay & Username S Pay Global
Cara Daftar S Pay Global Sebagai Merchant
Peniaga Tunggal
Cara daftar Sarawak Pay (S Pay Global) sebagai peniaga:
- Muat turun dan daftar di aplikasi S Pay Global sebagai pengguna.
- Pilih “Merchant Account” dan isikan borang pendaftaran.
- Muat Naik:
- Gambar IC (Depan & Belakang)
- Gambar Premis Perniagaan atau Gambar Lesen Perniagaan
* Harap Maklum : Akaun bank yang diisi haruslah akaun bank persendirian.
* Pastikan gambar kad pengenalan diambil dari sudut yang tepat dan maklumat adalah jelas untuk dibaca.
- . Sila tunggu emel pengesahan dari pihak S Pay Global untuk status pendaftaran akaun perniagaan SarawakPay.
- Setelah pendaftaran anda berjaya, kod QR unik anda akan diaktifkan untuk menerima pembayaran
- Templat QR kod S Pay Global boleh dimuat turun di SINI
- Selesai! Anda boleh mula menerima pembayaran melalui aplikasi S Pay Global.




Syarikat, Organisasi & Persatuan
- Muat turun dan isi borang permohonan di sini
- Sertakan dokumen sokongan berikut
- Sdn Bhd/Bhd – Borang 49 / perincian SSM
- Sijil Pendaftaran Perniagaan dan penyata bank
- Photocopies of NRIC of business owner, all partners or authorized director.
- Logo syarikat dan 1-2 keping gambar premis perniagaan
- Hubungi mana-mana ejen SarawakPay yang berdaftar di bawah untuk melengkapkan permohonan anda.
- Tiada yuran atau caj yang akan dikenakan. Pendaftaran adalah PERCUMA.
- Muat turun Surat Persetujuan di sini.


Lupa Pin Pembayaran
Anda terlupa pin pembayaran 6 digit? Jangan risau, ikut cara reset semula pin pembayaran di bawah:
- Klik “Forgot Your Pin?”
- 6 digit kod tac akan dihantar ke nombor telefon yang didaftarkan.
- Masukkan kod tac tersebut dan klik “Next”.
- Set semula pin pembayaran anda dan klik “Next”
- Selesai!








Lupa Kata Laluan S Pay Global
Jika anda terlupa kata laluan atau menukar nombor telefon, sila rujuk tutorial video berikut untuk reset password:
Maklumat Lanjut
Bagi mengetahuai info terkini dan maklumat lebih lanjut mengenai aplikasi, termasuk cara untuk menjadi pengguna atau peniaga, anda boleh melawat laman web rasmi S Pay Global.
Atau, hubungi perkhidmatan pelanggan melalui email ([email protected]) dan talian (082-22 45 99).
Tidak perlu keluar ke UTC atau kaunter Service Sarawak, anda boleh laporkan masalah mengenai S PAY GLOBAL anda dengan imbas kod QR dan isi borang berikut.


Soalan Lazim S Pay Global
S Pay Global adalah platform e-dompet rasmi Kerajaan Sarawak yang memudahkan pembayaran secara digital, pemindahan wang, pembelian, dan penerimaan bantuan kerajaan dengan selamat dan mudah.
Muat turun aplikasi dari Google Play Store atau App Store, buka aplikasi dan pilih pendaftaran pengguna baru, isikan maklumat peribadi, muat naik dokumen pengesahan, dan sahkan pendaftaran melalui kod TAC yang dihantar ke telefon.
Terbuka untuk semua penduduk Sarawak yang mempunyai MyKad atau dokumen pengenalan yang sah, termasuk peniaga yang ingin menerima bayaran digital.
Pengguna boleh tambah nilai melalui perbankan dalam talian, kad kredit/debit, atau pindahan wang sesama pengguna S Pay Global.
Ya, bantuan seperti SKAS dikreditkan terus ke akaun S Pay Global penerima untuk membolehkan tebusan dan pembelian barangan keperluan secara digital.
Gunakan fungsi “Lupa Kata Laluan” di laman log masuk, masukkan maklumat yang diminta untuk menerima kod reset melalui SMS dan buat kata laluan baru.
Membuat pembayaran bil, pindahan wang, pembelian barangan dan makanan, pembayaran parkir, menebus baucar diskaun, dan menerima bantuan kerajaan secara digital
Imbas kod QR dan buat pembayaran dengan mudah dan selamat.
Pergi ke ‘Akaun Saya’.
Pilih ‘Pengeluaran’.
Tambahkan nama perbankan internet pilihan anda dan nombor akaun bank untuk melakukan pengeluaran. Proses permintaan pengeluaran dalam masa 7 hari perniagaan. Yuran sebanyak RM1.00 akan dikenakan untuk setiap permintaan pengeluaran.
News
Berita
News Flash
Blog
Technology
Sports
Sport
Football
Tips
Finance
Berita Terkini
Berita Terbaru
Berita Kekinian
News
Berita Terkini
Olahraga
Pasang Internet Myrepublic
Jasa Import China
Jasa Import Door to Door