Tak Layak BUDI Diesel Sebab Kereta Nama Orang Lain? Ini Cara Pindah Kelayakan

Nak pindah kelayakan Budi Diesel kepada ahli keluarga? Ada berita baik untuk pemilik kenderaan diesel!

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru sahaja mengumumkan sempena Sambutan Hari Malaysia 2026 bahawa kemudahan pemindahan kelayakan BUDI Diesel kini diperluas secara serta-merta. Inisiatif ini tidak lagi terhad kepada ahli keluarga terdekat, malah kini dibuka kepada mana-mana warganegara Malaysia yang merupakan pengguna sebenar kenderaan tersebut, termasuk bagi kes kenderaan “sambung bayar”.

Menurut Kementerian Kewangan, bantuan ini tidak lagi terhad kepada ahli keluarga terdekat seperti sebelum ini.

Sebaik sahaja permohonan diluluskan, penerima baharu tersebut akan mendapat kuota bulanan sendiri untuk membeli diesel bersubsidi, petrol RON95 bersubsidi, atau gabungan kedua-dua jenis bahan api berkenaan.

Sebelum membuat permohonan, semak dahulu cara dan syarat pemindahan kelayakan yang perlu dipatuhi.

Baca juga: Berapa Kelayakan Kuota Subsidi Diesel Guna MyKad?

Apakah Maksud Pemindahan Kelayakan Budi Diesel?

Pemindahan Kelayakan BUDI Diesel adalah kemudahan daripada kerajaan yang membolehkan pemilik berdaftar kenderaan diesel menyerahkan hak atau kuota subsidi minyak mereka kepada individu lain yang merupakan pengguna sebenar kenderaan tersebut.

Berdasarkan kemas kini rasmi bertarikh 17 September 2026, insentif ini telah ditambah baik agar tidak lagi terhad kepada ahli keluarga terdekat sahaja, sebaliknya terbuka kepada mana-mana warganegara Malaysia yang layak termasuk bagi kes kenderaan “sambung bayar”.

Melalui peraturan baharu ini, pemilik yang mempunyai lebih daripada satu kenderaan dibenarkan memindahkan kelayakan bagi setiap kenderaan tersebut kepada maksimum 3 kenderaan berbeza secara serta-merta, bagi membolehkan penerima menikmati kuota bantuan bulanan untuk pembelian bahan api bersubsidi menerusi Portal BUDI MADANI.

Rujuk siaran media Kementerian Kewangan di bawah:

Siapa Layak Pindahkan Kelayakan Budi Diesel?

Berdasarkan pengumuman terbaru daripada Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) sempena Hari Malaysia, syarat kelayakan untuk membuat pemindahan ini dibahagikan kepada dua pihak, iaitu Pemilik Asal (yang memindahkan) dan Penerima (pengguna sebenar kenderaan).

1. Syarat untuk Pemilik Asal (Yang Memindahkan)

  • Status Asal: Mestilah pemilik berdaftar kenderaan diesel persendirian yang layak secara individu di bawah skim BUDI Diesel.
  • Kelonggaran Kenderaan: Jika mempunyai lebih daripada satu kenderaan diesel, pemilik boleh memindahkan kelayakan bagi setiap kenderaan kepada maksimum 3 individu berbeza secara keseluruhan.
  • Had Pemindahan: Bagi setiap satu kenderaan yang layak, pemindahan hanya dibenarkan sekali sahaja dan tidak boleh dipindah semula kepada orang lain atau pemilik asal (kecuali kes khas).

2. Syarat untuk Penerima (Pengguna Sebenar Kenderaan)

  • Kriteria Kelayakan: Mestilah warganegara Malaysia yang memiliki MyKad sah dan layak menerima subsidi BUDI95.
  • Hubungan Pihak: Tidak lagi terhad kepada ahli keluarga terdekat semata-mata. Penerima kini boleh jadi sesiapa sahaja yang merupakan pengguna sebenar kenderaan tersebut, termasuk pekerja, pemandu upahan atau rakan kongsi.
  • Had Penerimaan: Seorang penerima hanya dibenarkan menerima pemindahan kelayakan daripada seorang pemilik berdaftar sahaja.

Permohonan kini boleh dikemukakan secara dalam talian melalui Portal Rasmi BUDI MADANI.

Cara Pindah Kelayakan budi diesel
Sumber: Facebook Anwar Ibrahim

Cara Pindah Kelayakan Budi Diesel Secara Online

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi BUDI MADANI.

Langkah-langkahnya ialah:

  1. Log masuk ke portal www.budimadani.gov.my
  2. Pilih menu Permohonan Pemindahan Kelayakan BUDI Diesel
  3. Lengkapkan maklumat penerima
  4. Hantar permohonan untuk diproses
Cara Pindah Kelayakan Budi DieselCara Pindah Kelayakan Budi Diesel

Baca juga: Cara Semakan Kelayakan, Kuota Subsidi Diesel BUDI Julai 2026

Dokumen Yang Diperlukan Untuk Permohonan

Semasa membuat permohonan, pemohon perlu menyediakan maklumat berikut bagi kedua-dua pihak:

  • Nama penuh
  • Nombor MyKad
  • Nombor Pengenalan Cukai (TIN)
  • Nombor telefon
  • Status kelayakan BUDI MADANI

Menurut Kementerian Kewangan, dokumen sokongan tidak diperlukan kerana semakan dibuat secara automatik melalui pengesahan dengan agensi berkaitan.

Kelayakan Tambahan 100 Liter Turut Dipindahkan

Bagi pemilik kenderaan diesel persendirian jenis jip atau pikap yang layak menerima tambahan 100 liter sebulan, kelayakan tersebut akan dipindahkan bersama-sama kelayakan BUDI Diesel.

Ini bermakna penerima baharu akan menikmati keseluruhan kuota diesel yang sebelum ini dimiliki oleh pemilik asal.

Tarikh Penting Permohonan

Berikut ialah tarikh-tarikh penting yang anda perlu ambil tahu:

  • 16 September 2026: Permohonan di bawah syarat baharu mula dibuka (secara dalam talian, di kaunter LHDNM, atau melalui bantuan stesen minyak).
  • 27 Hari Bulan (Setiap Bulan): Tarikh akhir hantaran permohonan untuk membolehkan subsidi minyak digunakan pada 1 hari bulan berikutnya.
  • 27 September 2026: Tarikh tutup permohonan bulan pertama untuk kelayakan bermula 1 Oktober 2026.
  • 15 September 2026: Semua permohonan lama yang masih belum selesai diproses (belum lulus) setakat tarikh ini telah dibatalkan/dikembalikan, dan pemohon perlu memohon semula di bawah sistem baharu.

Perkara Penting Sebelum Membuat Pemindahan Kelayakan

Terdapat beberapa syarat penting yang perlu diberi perhatian sebelum membuat permohonan.

Antaranya:

  • Permohonan hanya dibenarkan sekali sahaja.
  • Pemindahan adalah sehala.
  • Kelayakan yang telah dipindahkan tidak boleh dipindahkan semula kepada pemilik asal.
  • Penerima juga tidak boleh memindahkan kelayakan tersebut kepada individu lain.

Oleh itu, pemohon dinasihatkan memastikan individu yang dipilih benar-benar sesuai sebelum menghantar permohonan.

Bilakah Pemindahan Boleh Dibatalkan?

Secara umum, pemindahan yang telah diluluskan tidak boleh dibatalkan.

Bagaimanapun, pengecualian diberikan dalam keadaan tertentu seperti:

  • Kematian penerima.
  • Perceraian yang diiktiraf secara sah.

Dalam situasi ini, pemohon perlu menghubungi Pusat Khidmat BUDI MADANI untuk tindakan lanjut.

Apa Berlaku Jika Pemilik Asal Menjual Kenderaan?

Kelayakan BUDI Diesel bergantung kepada status pemilik asal sebagai pemilik berdaftar kenderaan diesel yang layak.

Sekiranya pemilik asal:

  • menjual kenderaan,
  • menukar hak milik,
  • menukar kepada kenderaan petrol,
  • atau cukai jalan tamat tempoh,

maka kelayakan BUDI Diesel akan terbatal secara automatik.

Ini termasuk kelayakan yang telah dipindahkan kepada ahli keluarga.

Bagaimana Jika Kenderaan Diesel Masih Didaftarkan Atas Nama Orang Lain?

Bagi individu yang memandu kenderaan diesel tetapi hak miliknya masih didaftarkan atas nama orang lain yang bukan ahli keluarga terdekat, pemindahan kelayakan BUDI Diesel tidak boleh dilakukan. Ini kerana pemindahan hanya dibenarkan kepada pasangan, ibu atau bapa, anak serta adik-beradik yang layak menerima BUDI95.

Dalam situasi ini, pemilik kenderaan disarankan untuk menukar hak milik kenderaan terlebih dahulu bagi memenuhi syarat kelayakan BUDI Diesel. Antara syarat asas yang perlu dipenuhi ialah:

  • Lesen Kenderaan Motor (cukai jalan) masih aktif.
  • Warganegara Malaysia dan memiliki MyKad yang sah.
  • Mempunyai lesen memandu yang sah.
  • Memiliki kenderaan diesel.
  • Kenderaan didaftarkan atas nama sendiri.
Cara Pindah Kelayakan Budi DieselCara Pindah Kelayakan Budi Diesel

Kerajaan Kecualikan Fi Tukar Hak Milik Kenderaan Diesel

Bagi memudahkan proses tersebut, kerajaan turut mengumumkan pengecualian Fi Tukar Hak Milik (THM) bagi kenderaan diesel.

Pengecualian ini diberikan bermula 1 Julai hingga 30 September 2026, sekali gus mengurangkan kos kepada pemilik yang ingin menukar hak milik kenderaan bagi melayakkan diri memohon BUDI Diesel.

Cara Pindah Kelayakan Budi DieselCara Pindah Kelayakan Budi Diesel

JPJ Buka Kaunter Hujung Minggu Untuk Urusan Tukar Hak Milik

Bagi membantu orang ramai membuat urusan tukar hak milik, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan membuka kaunter khas pada hujung minggu di semua JPJ negeri dan JPJ UTC negeri.

Butiran operasi adalah seperti berikut:

  • Tarikh: 4 Julai hingga 26 Julai 2026
  • Masa: 8.00 pagi hingga 5.00 petang
  • Lokasi: Semua JPJ Negeri dan JPJ UTC Negeri

Langkah ini diambil bagi memudahkan pemilik kenderaan menyelesaikan urusan tukar hak milik dalam tempoh pengecualian fi yang diberikan kerajaan.

Soalan Lazim Cara Pindah Kelayakan Budi Diesel

Siapakah yang layak memohon Pemindahan Kelayakan BUDI Diesel?

Permohonan Pemindahan Kelayakan BUDI Diesel hendaklah dikemukakan oleh penerima asal kelayakan BUDI Diesel, iaitu pemilik berdaftar kenderaan diesel persendirian individu yang telah memenuhi syarat kelayakan BUDI Diesel berikut:

i. Memiliki lesen memandu aktif bagi kelas dan jenis yang dibenarkan;
ii. Memegang Kad Pengenalan (MyKad) yang sah;
iii. Memiliki kenderaan diesel persendirian individu berdaftar atas nama sendiri; dan
iv. Kenderaan tersebut mempunyai Lesen Kenderaan Motor (cukai jalan) yang aktif.

Siapakah yang layak menerima Pemindahan Kelayakan BUDI Diesel?

Pemindahan Kelayakan BUDI Diesel boleh dibuat kepada seorang ahli keluarga terdekat yang merupakan warganegara Malaysia, pemegang MyKad yang sah dan layak menerima BUDI95 seperti berikut:

i. Pasangan, iaitu suami atau isteri;
ii. Ibu atau bapa;
iii. Anak; atau
iv. Adik-beradik.
Pemindahan kelayakan hanya dibenarkan sekali dan kepada satu (1) individu
sahaja.

Apakah kesan Pemindahan Kelayakan BUDI Diesel terhadap liter kelayakan bulanan?

Pemindahan kelayakan BUDI Diesel kepada ahli keluarga membolehkan penerima yang diluluskan untuk menggunakan MyKad masing-masing bagi membeli diesel bersubsidi berdasarkan kelayakan BUDI Diesel pemilik asal iaitu terbahagi kepada dua (2) keadaan berikut:

i. pemindahan hanya melibatkan fungsi membeli diesel bersubsidi dengan kelayakan liter yang sama; atau
ii. pemindahan melibatkan fungsi membeli diesel bersubsidi dan kelayakan tambahan 100 liter, sekiranya pemilik asal merupakan pemilik kenderaan diesel persendirian jenis jip atau pick-up yang layak.

Ini bermakna, kelayakan liter bulanan penerima bergantung kepada kelayakan pemilik asal. Selain itu, pemilik asal yang telah memindahkan kelayakan BUDI Diesel tidak lagi boleh menggunakan fungsi membeli diesel bersubsidi dan tidak lagi menerima kelayakan tambahan 100 liter yang telah dipindahkan.

Bolehkah individu penerima membuat permohonan kelayakan tambahan BUDI MADANI 100 liter?

Individu penerima tidak boleh mengemukakan permohonan kelayakan tambahan BUDI MADANI secara berasingan.

Kelayakan liter tambahan hanya boleh dipindahkan bersama fungsi membeli diesel bersubsidi sekiranya pemilik asal telah memohon dan memenuhi kriteria kelayakan
bagi kenderaan diesel persendirian jenis jip atau pick-up yang layak.

Apakah maklumat yang diperlukan bagi tujuan permohonan Pemindahan Kelayakan BUDI Diesel?

Penerima asal kelayakan BUDI Diesel hendaklah mengemukakan permohonan melalui www.budimadani.gov.my dan mengemukakan maklumat berikut bagi penerima asal dan individu yang akan menerima kelayakan:

i. Nama dan Nombor Kad Pengenalan (MyKad);
ii. Nombor Pengenalan Cukai (TIN);
iii. Nombor telefon yang boleh dihubungi; dan
iv. Status kelayakan BUDI MADANI.

Tiada dokumen sokongan yang diperlukan bagi permohonan ini. Pelaksanaan semakan kelayakan tertakluk kepada pengesahan, kemas kini dan semak silang data dengan agensi-agensi berkaitan.

Bagaimana saya boleh menyemak status permohonan Pemindahan Kelayakan BUDI Diesel?

Semakan status permohonan Pemindahan Kelayakan BUDI Diesel boleh dibuat melalui portal rasmi BUDI MADANI di www.budimadani.gov.my. Pemprosesan permohonan akan dibuat secara bulanan dan pemindahan kelayakan yang diluluskan akan dikemas kini dan dipaparkan mulai 1 hari bulan berikutnya, tertakluk kepada, pemprosesan dan pengemaskinian permohonan yang dikemukakan selewat-lewatnya 27 hari bulan pada bulan sebelumnya.

Pengguna juga boleh menghubungi Pusat Khidmat BUDI MADANI di 1300-88-9595, WhatsApp di +603-26314595 atau e-mel di [email protected] untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Bilakah permohonan Pemindahan Kelayakan BUDI Diesel boleh dikemukakan dan bilakah individu penerima boleh mula membeli diesel bersubsidi?

Bagi peringkat pertama, permohonan Pemindahan Kelayakan BUDI Diesel perlu dikemukakan selewat-lewatnya pada 12 Julai 2026.

Mulai bulan Ogos 2026 dan seterusnya, permohonan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya pada 27 hari bulan pada bulan sebelumnya untuk diproses bagi bulan seterusnya (contoh: kelayakan perlu dikemukakan selewat-lewatnya pada 27 Julai 2026 bagi membolehkan kelayakan digunakan mulai 1 Ogos 2026).

Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup akan diproses dalam bulan berikutnya tertakluk kepada semakan dan pengesahan data.

Pemilik asal boleh membuat permohonan melalui portal BUDI MADANI di www.budimadani.gov.my.

Rujuk soalan lazim tentang pemindahan kelayakan Budi Diesel di sini:

PakarPBN

A Private Blog Network (PBN) is a collection of websites that are controlled by a single individual or organization and used primarily to build backlinks to a “money site” in order to influence its ranking in search engines such as Google. The core idea behind a PBN is based on the importance of backlinks in Google’s ranking algorithm. Since Google views backlinks as signals of authority and trust, some website owners attempt to artificially create these signals through a controlled network of sites.

In a typical PBN setup, the owner acquires expired or aged domains that already have existing authority, backlinks, and history. These domains are rebuilt with new content and hosted separately, often using different IP addresses, hosting providers, themes, and ownership details to make them appear unrelated. Within the content published on these sites, links are strategically placed that point to the main website the owner wants to rank higher. By doing this, the owner attempts to pass link equity (also known as “link juice”) from the PBN sites to the target website.

The purpose of a PBN is to give the impression that the target website is naturally earning links from multiple independent sources. If done effectively, this can temporarily improve keyword rankings, increase organic visibility, and drive more traffic from search results.

Jasa Backlink

Download Anime Batch