Tarikh & Jadual SPM 2026 (Lembaga Peperiksaan Malaysia)

Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan bahawa Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2026 akan dilaksanakan mulai 26 Oktober hingga 17 Disember 2026.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai peperiksaan ini.

Mengenai SPM 2026

Persiapan menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah satu fasa penting bagi pelajar di Malaysia. Dengan tarikh peperiksaan SPM 2026 yang semakin hampir, mengetahui jadual penuh peperiksaan adalah langkah awal yang penting untuk pelajar dan ibu bapa bagi merancang jadual ulang kaji yang efektif.

Peperiksaan SPM 2026 akan bermula dengan Ujian Bertutur Bahasa Melayu pada 26 – 29 Oktober 2026.

Seterusnya, Ujian Bertutur Bahasa Inggeris pula akan berlangsung dari 2 hingga 5 November 2026.

Bagi pelajar yang mengambil subjek Sains, perhatian khusus perlu diberikan kepada tarikh Ujian Amali Sains. Ujian ini akan diadakan pada 16 hingga 18 November 2026 untuk subjek Fizik, Kimia dan Biologi.

Peperiksaan bertulis SPM 2025 akan bermula pada 23 November 2026 dan berakhir pada 17 Disember 2026.

Satu lagi tarikh penting yang perlu diingat ialah Ujian Mendengar Bahasa Melayu pada 30 November 2026 dan Ujian Mendengar Bahasa Inggeris akan dijalankan pada 1 Disember 2026.

Secara keseluruhan, seramai 420,879 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM Tahun 2026 di 3,334 buah pusat peperiksaan seluruh negara.

Tarikh & Jadual SPM 2026

Berikut dikongsikan tarikh terkini Jadual Waktu Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk makluman semua, khususnya calon-calon yang bakal menduduki peperiksaan ini.

Jadual waktu peperiksaan SPM Tahun 2026 telah mengambil kira setiap perkara termasuk jumlah hari persekolahan serta Hari Kelepasan Am Persekutuan dan Negeri.

Kami juga telah membangunkan satu aplikasi ringkas untuk memudahkan para pelajar mengakses jadual spm dengan lebih sistematik. Anda boleh mencubanya di jadualspm.my

Imej dari jadualspm.my

RINGKASAN JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN SPM 2025

  • Ujian Bertutur Bahasa Melayu
  • Ujian Bertutur Bahasa Inggeris
  • Ujian Amali Sains
    • 16 hingga 18 November 2026
  • Ujian Mendengar Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
    • 30 November 2026 dan 1 Disember 2026
  • Peperiksaan Bertulis SPM
    • 23 November 2026 dan berakhir pada 17 Disember 2026

Sehubungan dengan itu, semua calon diingatkan agar merujuk jadual waktu peperiksaan untuk mendapatkan maklumat mengenai tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan serta arahan yang perlu dipatuhi.

ARAHAN AM – SPM 2026

1. Calon wajib menduduki semua kertas peperiksaan bagi mata pelajaran yang didaftar. Calon yang tidak menduduki mana-mana kertas peperiksaan bertulis atau melaksanakan Ujian Bertutur, Ujian Mendengar, Ujian Lisan, Ujian Amali Sains dan Kerja Kursus akan dianggap TIDAK HADIR bagi mata pelajaran berkenaan.

Calon yang tidak dapat menduduki atau tidak hadir sesuatu kertas peperiksaan dikehendaki mengemukakan dokumen sokongan seperti surat perakuan doktor atau surat kebenaran khas Pengarah Peperiksaan. Dokumen sokongan ini hendaklah diserahkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan/Ketua Pentaksir Pusat Ujian/Ketua Pentaksir (Assessor) / Ketua Pengawas Amali sebelum tamat tempoh peperiksaan SPM 2026.

2. Calon hendaklah menyemak butiran pada Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan sebelum peperiksaan. Calon hendaklah memaklumkan kepada pihak JPN sekiranya terdapat kesilapan maklumat dan mengisi Borang Pembetulan Maklumat Calon. Calon dikenakan bayaran RM30.00. Pembayaran hendaklah dibuat kepada pihak JPN atas nama Akauntan Negara Malaysia menggunakan Kiriman Wang/Wang Pos.

3. Calon hendaklah mengemukakan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan/Ketua Pentaksir Pusat Ujian/Ketua Pentaksir (Assessor)/Ketua Pengawas Amali di pusat peperiksaan selain dari pusat peperiksaan asal calon. Ketua Pengawas Peperiksaan/Ketua Pentaksir Pusat Ujian/Ketua Pentaksir (Assessor)/Ketua Pengawas Amali hendaklah menyemak maklumat calon dan maklumat mata pelajaran sebelum membenarkan calon menumpang di pusat peperiksaan seliaannya.

4. Calon hendaklah membaca Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan yang dinyatakan dalam Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2026 dan menandatangani Borang Pengakuan Calon.

Sila layari laman sesawang Lembaga Peperiksaan di pautan untuk maklumat lanjut dan muat turun Jadual Waktu Peperiksaan SPM Tahun 2026.

Soalan Lazim

Berapakah jumlah calon yang akan menduduki peperiksaan ini di seluruh negara?

Seramai 420,879 calon akan terlibat melibatkan 3,334 buah pusat peperiksaan seluruh negara.

Siapakah yang layak untuk menduduki peperiksaan ini?

Pelajar tingkatan 5 di sekolah kerajaan, bantuan kerajaan, swasta, atau calon persendirian.

Bagaimakah cara untuk membuat semakan keputusan peperiksaan ini?

Keputusan peperiksaan ini akan diumumkan secara online melalui pautan rasmi KPM atau hadir ke sekolah masing-angkut.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila layari Portal Rasmi Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia (LPKPM), Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atau Laman Web Sekolah atau Jabatan Pendidikan Negeri.

Baca juga: Semakan Keputusan Tawaran UPUOnline 2026/2027 Lepasan STPM/Setaraf

PakarPBN

A Private Blog Network (PBN) is a collection of websites that are controlled by a single individual or organization and used primarily to build backlinks to a “money site” in order to influence its ranking in search engines such as Google. The core idea behind a PBN is based on the importance of backlinks in Google’s ranking algorithm. Since Google views backlinks as signals of authority and trust, some website owners attempt to artificially create these signals through a controlled network of sites.

In a typical PBN setup, the owner acquires expired or aged domains that already have existing authority, backlinks, and history. These domains are rebuilt with new content and hosted separately, often using different IP addresses, hosting providers, themes, and ownership details to make them appear unrelated. Within the content published on these sites, links are strategically placed that point to the main website the owner wants to rank higher. By doing this, the owner attempts to pass link equity (also known as “link juice”) from the PBN sites to the target website.

The purpose of a PBN is to give the impression that the target website is naturally earning links from multiple independent sources. If done effectively, this can temporarily improve keyword rankings, increase organic visibility, and drive more traffic from search results.

Jasa Backlink

Download Anime Batch