Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) merupakan inisiatif kerajaan yang membantu pembeli rumah pertama, khususnya golongan berpendapatan tidak tetap untuk mendapatkan pembiayaan dengan lebih mudah tanpa slip gaji. Semakan kelayakan boleh dibuat secara online melalui laman web rasmi SKJP.
Melalui inisiatif Belanjawan 2026, kerajaan telah menyediakan dana jaminan keseluruhan sehingga RM20 bilion bagi membantu sasaran 80,000 lagi pembeli rumah pertama memiliki kediaman sendiri.
Bagi anda yang belum memiliki rumah dan tidak mempunyai slip gaji, inilah peluangnya!
Jom baca lebih lanjut tentang Skim Jaminan Kredit Perumahan SJKP ini di bawah untuk makluman bersama.

Pengenalan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)
Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) ialah inisiatif Kerajaan Malaysia yang diwujudkan bagi membantu rakyat, khususnya golongan berpendapatan tidak tetap seperti belia, pekerja gig, petani dan peniaga kecil, memiliki rumah kediaman sendiri.
Keperluan skim ini dikenal pasti sejak pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan (2008) pada tahun 2007, apabila kerajaan menyedari kesukaran golongan ini mendapatkan pembiayaan perumahan kerana tidak mempunyai pendapatan tetap atau slip gaji.
Bagi mengatasi masalah tersebut, Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad telah ditubuhkan pada 6 Disember 2007 sebagai syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan untuk menyediakan jaminan kerajaan kepada institusi kewangan.
Dana Jaminan SKJP 2026 Ditingkatkan – Tiada Slip Gaji pun Boleh Beli Rumah!
Inisiatif ini terus diperkasakan secara agresif melalui Belanjawan 2026, dengan peningkatan dana jaminan keseluruhan sehingga RM20 bilion bagi menyokong sasaran 80,000 pembeli rumah pertama.
Skim ini menawarkan had pembiayaan sehingga RM500,000 untuk SJKP biasa, manakala SJKP-MADANI menawarkan jaminan sehingga 120% daripada harga rumah (had maksimum RM360,000) bagi merangkumi kos sampingan seperti yuran guaman, ubah suai, dan pembelian perabot.
Kemudahan tanpa deposit ini dibuka dengan tempoh bayaran balik sehingga 35 tahun, serta kriteria kelulusan kredit yang lebih fleksibel kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
Dengan adanya SJKP, lebih ramai rakyat yang mempunyai kemampuan membayar ansuran bulanan tetapi tidak mempunyai pendapatan tetap berpeluang untuk merealisasikan impian memiliki rumah sendiri.
Jenis-jenis SJKP
Untuk pengetahuan anda, terdapat DUA jenis Skim Jaminan Kredit Perumahan iaitu:
1. Skim SJKP (Skim Jaminan Kredit Perumahan)


- Tujuan Pembiayaan: Pembiayaan Gadai Janji
- Had Pinjaman: RM500,000 dan ke bawah (termasuk jumlah pembiayaan pokok, MRTA*/MRTT*, LTHO*, yuran guaman dan yuran penilaian)
- Jenis Pembiayaan: Pinjaman/ pembiayan bertempoh-i
- Tempoh Pinjaman: 35 tahun atau mana-mana tempoh yang lebih awal (pinjaman dua generasi dibenarkan
- Jaminan Pinjaman: *Jaminan pembiayaan melebihi 100% diatas jumlah pembiayaan (termasuk jumlah pembiayaan pokok, **MRTA/MRTT, LTHO, yuran guaman dan yuran penilaian)
- Kadar Faedah/ Keuntungan: Seperti yang ditetapkan oleh Institusi Kewangan yang terlibat
*Tertakluk kepada pembiayaan tidak melebihi RM500,000
**MRTA: Mortgage Reducing Term Assurance
**MRTT: Mortgage Reducing Term Takaful
**LTHO: Long Term House owner’s Takaful


2. Skim SJKP – MADANI


- Tujuan Pembiayaan: Pembiayaan Gadai Janji
- Had Pembiayaan: Sehingga RM360,000 (termasuk sehingga 100% daripada harga rumah, MRTA*/MRTT*, LTHOT*, yuran guaman, yuran penilaian, kos ubah suai dan pembelian perabot)
- Jenis Pembiayaan: Pinjaman/ Pembiayaan Bertempoh Sahaja
- Tempoh Pembiayaan: Sehingga 35 tahun atau sehingga tempoh pembiayaan, mana-mana yang terdahulu (pinjaman dua generasi dibenarkan)
- Jaminan Pembiayaan: Jaminan pembiayaan sehingga maksimum 120% daripada harga rumah kediaman merangkumi
- Sehingga maksimum 100% harga rumah; dan
- Sehingga maksimum 20% daripada harga rumah bagi MRTA*/MRTT*, LTHOT*, yuran guaman, yuran penilaian, kos ubah suai dan pembelian perabot
- Kadar Faedah/ Keuntungan: Seperti yang ditetapkan oleh Institusi-Institusi Kewangan yang terlibat


Siapa Layak Mohon Skim Jaminan Kredit Perumahan?
SJKP diperkenalkan bagi membantu golongan berpendapatan tidak tetap yang sukar mendapatkan pinjaman perumahan daripada institusi kewangan biasa.
Golongan ini termasuk:
- Peniaga mikro, penjaja, dan pekerja tanpa penyata gaji tetap
- Pekerja sendiri (contohnya peniaga kecil, penjaja, petani)
- Pekerja gig (Grab, Foodpanda, freelancer)
Kriteria Kelayakan
- Warganegara Malaysia berumur 18 tahun keatas. Pinjaman dua generasi dibenarkan
- Kategori berpendapatan tidak tetap atau bekerja sendiri
- Kategori berpendapatan tetap
- Pembelian kali pertama rumah kediaman baru atau rumah sedia ada atau rumah lelongan untuk didiami
- Terbuka untuk rumah kediaman baru atau rumah sedia ada atau rumah lelongan
- Jumlah bayaran balik kesemua pinjaman pemohon tidak melebihi 65% pendapatan kasar bulanan
- Tiada rekod tertunggak CCRIS* melebihi 2 bulan bagi tempoh 12 bulan terkini
- Tiada lain-lain rekod kredit yang negatif dalam tempoh 24 bulan
*CCRIS: Central Credit Reference Information System
Cara Semak Kelayakan SKJP 2026
Untuk menyemak kelayakan permohonan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP), anda boleh menilai diri sendiri melalui tiga soalan mudah berikut:
1. Adakah anda Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas?
(✅ YA / ❌ TIDAK)
2. Adakah anda Pembeli kali pertama rumah kediaman baru / rumah sedia ada / rumah lelongan untuk didiami?
(✅ YA / ❌ TIDAK)
Sekiranya jawapan anda bagi kebanyakan soalan di atas adalah “YA”, anda layak untuk memohon Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP).


Kalkulator Pembiayaan SJKP
Selepas menyemak kelayakan, anda boleh menggunakan Kalkulator Pembiayaan SJKP untuk mengira anggaran ansuran bulanan yang anda layak.
Rujuk contoh pengiraan di bawah:
Untuk harga hartanah RM400,000, anggaran ansuran bulanan anda adalah RM 1,968.02 bagi tempoh pembiayaan 35 tahun.
Anda boleh ubah harga hartanah dan tempoh pembiayaan mengikut kesesuaian.


Selain itu, menggunakan kalkulator ini juga, anda boleh membuat semakan untuk mengetahui jika jummlah bayaran balik pembiayaan anda tidak melebihi 65% daripada pendapatan kasar bulanan anda atau sebaliknya bagi mengetahui status kelayakan anda.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut atau membuat pertanyaan berkaitan kelayakan dan permohonan, anda boleh melayari pautan ini: Semak Kelayakan SJKP
Dokumen Diperlukan
Berikut merupakan dokumen-dokumen penting yang perlu disertakan oleh pemohon Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) :
- Kediaman / Rumah
- Perjanjian asal Jual Beli/ borang tempahan/ resit bayaran muka
- Pendapatan
- Penyata akaun Bank atau deposit 6 bulan terkini (jika ada)
- Cukai Pendapatan/ Penyata KWSP Terkini
- Surat pengesahan pekerjaan
- Dokumen Sokongan Lain
- Salinan Kad Pengenalan pemohon
- Surat pengesahan majikan (jika ada)
- Lesen perniagaan; atau kad pendaftaran Nelayan; atau permit teksi (yang mana berkenaan)
- Surat akuan bekerja sendiri atau penyata pendapatan yang disahkan oleh JKKK atau penjawat kerajaan Kategori A, Penghulu/Ketua Kampung atau Pengurus Cawangan Bank
*JKKK: Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung


Tempoh Pembayaran Pembiayaan
Pihak SJKP membenarkan jaminan untuk tempoh pembayaran sehingga 35 tahun atau usia peminjam 65 tahun, mana-mana yang terdahulu.
Tetapi ianya bergantung kepada syarat pembiayaan yang dikeluarkan oleh institusi-institusi kewangan sama ada mereka membenarkan tempoh pembiayaan berkenaan.
Cara Permohonan Skim Jaminan Kredit Perumahan 2026


Secara umumnya, proses permohonan untuk apply loan / beli rumah tanpa slip gaji di bawah SJKP ini adalah seperti berikut:
- Mengenalpasti rumah yang ingin dibeli dan mendapatkan dokumen berkaitan seperti draf perjanjian jual beli / resit bayaran tempahan.
- Menyediakan dokumen sokongan sumber pendapatan seperti penyata akaun simpanan, Lesen Perniagaan, Kad Pendaftaran Nelayan atau lain-lain dokumen sokongan aktiviti jual beli
- Dapatkan surat pengesahan pendapatan daripada individu yang dibenarkan (Pegawai Kerajaan Kategori A, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Penghulu atau wakil yang terpilih). Surat itu hendaklah menyatakan nama, nombor kad pengenalan, sumber pendapatan, purata pendapatan bulanan, tempat perniagaan dan tempoh berniaga. Sila dapatkan dua surat berasingan sekiranya kedua-dua suami dan isteri mempunyai sumber pendapatan berasingan. Untuk kakitangan bergaji, sila bawakan penyata gaji dan penyata EPF.
- Sila bawa semua dokumen yang dinyatakan dan mohonlah pembiayaan perumahan dimana-mana cawangan institusi-institusi kewangan yang terdekat yang menyertai skim jaminan ini.
Senarai Institusi Kewangan SKJP
Antara institusi-institusi kewangan utama SKJP yang terlibat adalah seperti berikut:
- Affin Bank
- Agro Bank
- Alliance Bank
- Alliance Islamic Bank
- AmBank Islamic
- Bank Islam
- Bank Muamalat
- Bank Rakyat
- BSN
- Hong Leong Bank
- Hong Leong Islamic Bank
- Maybank
- Maybank Islamic
- MBSB Bank
- RHB Islamic
Maklumat Lanjut
Rujuk laman web rasmi Skim Jaminan Kredit Perumahan. Anda juga boleh hubungi pada alamat atau nombor berikut:
Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (798619-K)
Tingkat 12, Bangunan Setia 1,
15 Lorong Dungun,Bukit Damansara,
50490 Kuala Lumpur.
Tel: 03-2096 5000
Faks: 03-2096 5090
E-mel: [email protected]
NOTA:
SJKP tidak pernah melantik mana-mana ejen, pihak ketiga atau wakil untuk bertindak bagi pihak mereka. Semua permohonan hendaklah dikemukakan melalui institusi-institusi kewangan yang mengambil bahagian. Orang ramai dinasihatkan supaya tidak berurusan dengan individu yang membuat dakwaan bahawa mereka mewakili SJKP. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi SJKP di 03-2096 5000 atau institusi-institusi kewangan yang berhampiran dengan anda.⠀
Soalan Lazim Skim Jaminan Kredit Perumahan
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang SKJP, sila rujuk soalan lazim berikut:
Skim ini terbuka untuk semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas.
Ya. Skim Jaminan Kredit Perumahan adalah untuk menjamin pembiayaan perumahan bagi golongan yang tidak mempunyai bukti pendapatan bulanan yang tetap tanpa mengira jenis pekerjaan.
Ya. Permohonan bersama (oleh suami dan isteri) boleh dilakukan.
Tempoh pembiayaan ialah sehingga 35 tahun atau sehingga tempoh pembiayaan, mana-mana yang terdahulu (pinjaman dua generasi dibenarkan).
Pembiayaan 2 generasi boleh dilakukan untuk memanjangkan tempoh pembayaran. Tempoh pembayaran akan dikira berdasarkan usia anak dan dengan syarat umur anak hendaklah sekurang-kurangnya 18 tahun pada tarikh permohonan. Namun, ianya bergantung kepada syarat khusus yang dikeluarkan oleh pihak institusi kewangan.
Tidak. Skim ini juga terbuka kepada pembelian rumah kediaman daripada pemaju swasta.
Skim Jaminan Kredit Perumahan merangkumi pembelian rumah kos rendah dan sederhana, sama ada sedang dibina atau telah siap, rumah sedia ada daripada penjual atau lelongan.
Tidak. Skim Jaminan Kredit Perumahan tidak menjamin pembiayaan bagi tujuan pembiayaan semula.
Tidak. Skim Jaminan Kredit Perumahan ini adalah khusus untuk pembelian rumah kediaman sahaja.
Skim Jaminan Kredit Perumahan adalah untuk pembelian kali pertama rumah kediaman baru atau rumah sedia ada atau rumah lelongan untuk diduduki, tertakluk kepada pembiayaan maksima RM500,000.
Tidak. Buat masa ini Skim Jaminan Kredit Perumahan tidak menjamin pembiayaan perumahan untuk pembinaan rumah.
Pihak SJKP tidak mengenakan syarat-syarat tertentu ke atas pemohon. Akan tetapi, pemohon haruslah mematuhi / memenuhi syarat-syarat yang ditentukan oleh pihak institusi kewangan.
Permohonan mestilah dibuat di mana-mana cawangan institusi-institusi kewangan yang turut serta dalam skim ini dan bukan secara terus ke pejabat SJKP.
Tiada caj / yuran yang dikenakan oleh SJKP kepada peminjam.
Ya, anda boleh beli rumah tanpa slip gaji di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan SJKP. SJKP diuruskan oleh Prokhas Sdn Bhd, juga merupakan syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan.




Baca juga:
PakarPBN
A Private Blog Network (PBN) is a collection of websites that are controlled by a single individual or organization and used primarily to build backlinks to a “money site” in order to influence its ranking in search engines such as Google. The core idea behind a PBN is based on the importance of backlinks in Google’s ranking algorithm. Since Google views backlinks as signals of authority and trust, some website owners attempt to artificially create these signals through a controlled network of sites.
In a typical PBN setup, the owner acquires expired or aged domains that already have existing authority, backlinks, and history. These domains are rebuilt with new content and hosted separately, often using different IP addresses, hosting providers, themes, and ownership details to make them appear unrelated. Within the content published on these sites, links are strategically placed that point to the main website the owner wants to rank higher. By doing this, the owner attempts to pass link equity (also known as “link juice”) from the PBN sites to the target website.
The purpose of a PBN is to give the impression that the target website is naturally earning links from multiple independent sources. If done effectively, this can temporarily improve keyword rankings, increase organic visibility, and drive more traffic from search results.