Urusan tukar nama Puspakom 2026 kini diwajibkan melalui portal janji temu rasmi baharu iaitu GiCheck PUSPAKOM bagi mendapatkan Laporan M.V. 15 (B5) sebelum pertukaran hak milik kenderaan boleh diluluskan oleh pihak JPJ.
Proses ini penting bagi memastikan kenderaan bebas daripada isu keselamatan, klon, atau potong-sambung.
Berikut dikongsikan cara tukar nama Puspakom, caj bayaran, jenis kenderaan yang perlu pemeriksaan dan prosedur yang perlu diikuti.
Apa Itu Tukar Nama Puspakom?
Tukar nama Puspakom merujuk kepada proses Pemeriksaan Tukar Milik kenderaan secara mandatori yang wajib dilakukan oleh pemilik kenderaan di pusat pemeriksaan PUSPAKOM sebelum sebarang urusan pertukaran hak milik boleh diluluskan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Fungsi utama pemeriksaan ini adalah untuk menilai tahap keselamatan fizikal kenderaan serta mengesahkan ketulenan identiti kenderaan tersebut melalui semakan silang nombor enjin dan nombor casis agar sepadan dengan dokumen Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) atau geran asal.
Langkah ini sangat kritikal bagi melindungi pembeli baharu daripada terjebak dengan sindiket penipuan kenderaan klon, kereta potong-sambung, atau kenderaan yang telah diubah suai secara haram di sisi undang-undang.
Selepas kenderaan berjaya melepasi semua ujian mekanikal dan fizikal yang ditetapkan di lorong pemeriksaan, PUSPAKOM akan mengeluarkan Laporan M.V. 15 (yang dahulunya dikenali sebagai Laporan B5) sebagai bukti kelulusan yang sah.
Tempahanurusan tukar nama Puspakom 2026 diwajibkan melalui portal janji temu rasmi baharu iaitu GiCheck PUSPAKOM.

Kenapa Proses Tukar Nama Puspakom Penting?
Akta Pengangkutan Jalan 1987 menghendaki semua kenderaan persendirian untuk menjalani Pemeriksaan Tukar Milik di PUSPAKOM sebelum pemindahan pemilikan.
Pemeriksaan ini membantu melindungi pemilik kenderaan baru daripada membeli atau memiliki kenderaan yang menyalahi undang-undang seperti kenderaan potong-sambung.
Proses ini dapat melindungi pembeli dan penjual daripada masalah selepas jual beli.
Dengan dokumen dan pemeriksaan yang lengkap, risiko pertikaian tentang kondisi kenderaan, nombor enjin, nombor casis, atau status pemilikan dapat dikurangkan.
Ia juga membantu memastikan urusan cukai jalan, insurans, dan pendaftaran kenderaan berjalan lancar.
Cara Tukar Nama Puspakom
Untuk urusan tukar nama kenderaan, pemilik perlu membuat janji temu pemeriksaan PUSPAKOM, menyediakan dokumen lengkap, membawa kenderaan ke pusat pemeriksaan, dan menyelesaikan pemindahan hak milik di JPJ selepas lulus pemeriksaan.
Rujuk cara-caranya di bawah:
1. Tempahan Slot Janji Temu Secara Online
- Layari portal rasmi GiCheck PUSPAKOM untuk menempah slot.
- Pilih lokasi cawangan, tarikh, dan masa pemeriksaan yang sesuai.
- Bayar fi pemeriksaan RM30.00 bersama caj pemprosesan sistem RM5.00 secara dalam talian.


2. Penyediaan Dokumen & Kenderaan
Sebelum bertolak ke pusat pemeriksaan, pastikan persediaan berikut dilakukan:
- Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) / Geran Asal.
- Kad Pengenalan (MyKad) asal pemilik kenderaan atau wakil.
- Dokumen sokongan lain jika diminta bagi kes tertentu.
- Pastikan kenderaan berada dalam keadaan standard dan tanggalkan cermin gelap (tinted) sekiranya ia melebihi kadar kegelapan yang dibenarkan oleh JPJ.
3. Melalui Lorong Pemeriksaan Fizikal
Hadir ke cawangan pilihan sekurang-kurangnya 20 minit lebih awal daripada masa slot tempahan anda.
- Kenderaan akan dibawa ke lorong ujian untuk Pemeriksaan Tukar Milik.
- Pemeriksa akan mengesahkan ketulenan nombor enjin, nombor casis, mengukur kadar ketelusan cahaya cermin gelap (VLT), dan memastikan tiada elemen potong-sambung.
4. Penerimaan Laporan M.V. 15 (B5)
- Jika kenderaan melepasi semua standard ujian, Laporan M.V. 15 (dahulunya dikenali sebagai Laporan B5) akan dikeluarkan.
- Laporan kelulusan ini sah selama 60 hari sahaja. Anda perlu menyelesaikan baki urusan tukar nama (seperti imbasan cap jari/thumbprint) di JPJ atau menerusi aplikasi MyJPJ dalam tempoh tersebut.
5. Menyelesaikan Pemindahan Hak Milik di JPJ
Setelah mendapat laporan lulus PUSPAKOM, urusan pertukaran nama boleh dibuat di kaunter JPJ atau melalui sistem digital mySIKAP JPJ:
- Secara Manual (Kaunter JPJ): Pemilik lama dan pemilik baharu perlu hadir bersama untuk pengesahan cap jari (biometrik) serta menyerahkan geran asal, laporan B5, dan dokumen pengenalan diri.
- Secara Digital (Aplikasi MyJPJ / Portal mySIKAP): Pemilik asal memulakan permohonan penukaran milik secara dalam talian. Pembeli kemudiannya perlu membuat pengesahan persetujuan menerima hak milik dalam tempoh 7 hari melalui akaun digital mereka sendiri.
- Bayaran Fi JPJ: RM100.00 bagi kenderaan persendirian dan RM3.00 bagi motosikal.
Bahagian Kenderaan Diperiksa PUSPAKOM
Bahagian kenderaan yang akan melalui pemeriksaan PUSPAKOM adalah seperti berikut:
- Identiti: Mengesahkan keaslian kenderaan dengan mengenal pasti nombor pendaftaran, casis dan enjin
- Cermin Gelap: Mengukur kadar ketelusan cahaya cermin kenderaan.
- Potong Sambung: Pemeriksaan sekiranya terdapat elemen potong-sambung ke atas kenderaan.
PUSPAKOM secara konsisten menyediakan perkhidmatan yang terbaik, dan mematuhi piawaian antarabangsa dan jaminan prestasi berkualiti tertinggi dari badan pensijilan dan akreditasi berasaskan industri.
Anda boleh merujuk kepada standard pemeriksaan di sini.
Peringkat Pemeriksaan Kenderaan PUSPAKOM
1. Pemeriksaan Identiti
Mengesahkan identiti kenderaan dengan memeriksa kesahihan nombor casis dan enjin.
2. Lampu Puncak
Mengukur keadaan pancaran cahaya kenderaan.
3. Pemeriksaan Atas Kenderaan
Memeriksa bahagian atas badan kenderaan selaras dengan Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi mengenalpasti sebarang kecacatan.
4. Ujian Cermin Gelap
Mengukur kadar ketelusan cahaya cermin kenderaan sejajar dengan ketetapan undang-undang sedia ada.
5. Ujian Pelepasan Asap
Mengukur tahap pelepasan gas enjin bagi memastikan ia tidak melebihi had yang ditetapkan.
Bagi enjin diesel, pemeriksaan kelegapan asap dilaksanakan untuk mengenalpasti ketumpatan zarah manakala bagi kenderaan petrol, adalah untuk mengukur tahap Hidrokarbon dan Karbon Monoksida.
6. Ujian Gelincir Sisi
Menguji penjajaran tayar dan keberkesanan pengendalian semasa penjajaran sisi.
7. Ujian Suspensi
Menguji sistem suspensi termasuk prestasi spring, penyerap hentakan dan sendi pada setiap gandar.
8. Ujian Brek
Memeriksa kecekapan, ketidakseimbangan serta daya tekanan brek.
9. Ujian Meter Laju
Memeriksa ketepatan meter kelajuan berbanding kelajuan pada roda.
10. Pemeriksaan Bawah Kenderaan
Pemeriksaan visual bahagian bawah kenderaan dan mengenalpasti sebarang masalah yang mungkin tidak melalui peralatan “Axle Play Detector”.


Jenis Kenderaan Perlu Pemeriksaan
Berdasarkan Akta Pengangkutan Jalan 1987, hampir semua jenis kenderaan bermotor di Malaysia wajib menjalani Pemeriksaan Tukar Milik PUSPAKOM bagi mendapatkan Laporan M.V. 15 (B5) sebelum Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) meluluskan urusan pindah milik.
1. Kategori Kenderaan Persendirian (Mandatori)
Kumpulan ini melibatkan kenderaan kegunaan harian individu yang mahu dijual atau ditukar nama kepada ahli keluarga:
- Kereta Penumpang: Sedan, hatchback, kupe, dan kereta sport.
- Kenderaan Utiliti & Pelbagai Guna: SUV (Sports Utility Vehicle) dan MPV (Multi-Purpose Vehicle).
- Van Persendirian: Jenis panel van atau van tingkap yang didaftarkan di bawah nama individu.
- Kenderaan Pacuan 4 Roda (4×4): Pikap persendirian (seperti Toyota Hilux atau Ford Ranger).
2. Kategori Kenderaan Perdagangan & Komersial (Mandatori)
Sebelum menjalani proses tukar nama, kenderaan dalam industri perniagaan perlu melalui Pemeriksaan Awalan:
- Kenderaan Jentera Berat & Khas: Kenderaan pembinaan (jentolak), kereta tunda (tow truck), kenderaan bomba syarikat, dan kereta jenazah.
- Kenderaan Pengangkutan Awam: Teksi, kereta sewa, teksi limosin, bas sekolah, bas kilang, dan bas ekspres.
- Kenderaan e-Hailing: Kereta persendirian yang aktif digunakan untuk perkhidmatan seru-pandu.
- Kenderaan Angkutan Barang: Lori tegar (rigid truck), lori treler, lori tangki, van syarikat, dan lori pikap syarikat.
Kategori Kenderaan yang Dikecualikan
Secara amnya, motosikal persendirian dikecualikan daripada pemeriksaan fizikal PUSPAKOM semasa urusan tukar nama sukarela di JPJ. Pemilik boleh terus membuat urusan cap jari digital secara dalam talian atau di kaunter.
Caj Bayaran
Kos keseluruhan untuk urusan tukar nama kenderaan melibatkan dua bayaran utama, iaitu fi pemeriksaan fizikal di PUSPAKOM dan fi pemprosesan hak milik di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
1. Kos di Puspakom
Pembayaran untuk slot janji temu dilakukan secara dalam talian melalui portal GiCheck, manakala sebarang caj tambahan di cawangan wajib menggunakan kaedah tanpa tunai (cashless):
| Jenis Urusan / Perkhidmatan | Kadar Fi (RM) | Status / Nota |
| Pemeriksaan Tukar Milik (M.V. 15 / B5) | RM30.00 | Fi asas mandatori untuk kenderaan persendirian. |
| Caj Pemprosesan Sistem GiCheck | RM5.00 | Dikenakan semasa menempah slot secara online. |
| Pemeriksaan Semula (Re-inspection) | RM15.00 | Hanya jika kenderaan gagal dalam ujian pertama. |
| Perkhidmatan PUSPAKOM Bergerak (MVS) | Mulai RM120.00 | Caj tambahan jika diperiksa di rumah atau pejabat. |
2. Kos di JPJ
Setelah kenderaan lulus pemeriksaan PUSPAKOM, fi berikut perlu dibayar semasa proses imbasan cap jari (thumbprint) sama ada di kaunter JPJ, kiosk JPJ, atau secara digital melalui portal mySIKAP:
- Kereta Persendirian: RM100.00
- Motosikal Persendirian: RM3.00
- Kenderaan Perdagangan / Komersial: RM40.00 hingga RM100.00 (mengikut berat dan jenis kenderaan)
NOTA:
- Selain daripada fi rasmi di atas, pembeli baharu juga perlu menyediakan bajet bagi perkara berikut sebelum nama boleh ditukar:
- Nota Perlindungan Insurans Baharu: Pembeli wajib membeli insurans kenderaan baharu atas nama sendiri terlebih dahulu (kos mengikut nilai pasaran semasa kereta dan rekod NCD).
- Cukai Jalan (Road Tax): Cukai jalan lama akan terbatal secara automatik sebaik sahaja pertukaran nama lulus, jadi pembeli perlu menghidupkan cukai jalan baharu.
Temujanji PUSPAKOM
Anda kini boleh membuat temujanji dalam talian untuk mengatur pemeriksaan di semua pusat pemeriksaan PUSPAKOM. Layari www.gicheck.my untuk membuat temujanji anda.
Caj pemprosesan tempahan pemeriksaan kenderaan kini diselaraskan daripada RM3.50 kepada RM5.00 berkuatkuasa 4 Januari 2026.
Pelarasan ini dibuat sempena pelaksanaan sistem tempahan baharu, Gi Check.
Untuk maklumat lanjut mengenai GiCheck, hubungi 03-5101 7000, Ahad hingga Jumaat 8 pagi – 5 petang atau rujuk kepada FAQ di www.gicheck.my/faq.








Pemeriksaan Bergerak
Bagi perkhidmatan Unit Bergerak Trak dan Unit Bergerak Trak Ringgan (untuk kenderaan perdagangan berat dan ringan), sila membuat temujanji dalam talian melalui www.gicheck.my .
Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi 03 – 5101 7000 atau sebagai alternatif, anda boleh e-mel kami di [email protected].
Untuk perkhidmatan Unit Bergerak Van (untuk kenderaan persendirian), anda boleh membuat temujanji melalui www.gicheck.my untuk perkhidmatan pemeriksaan di semua negeri di Semenanjung Malaysia, Kota Kinabalu, Sabah dan Kota Samarahan/Kuching, Sarawak.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut dan info terkini mengenai Puspakom, sila rujuk:
- Portal rasmi PUSPAKO
- Portal GiCheck
- Facebook Puspakom Sdn Bhd
- Instagram puspakomofficial
Atau, hubungi,
Soalan Lazim Tukar Nama Puspakom
Tidak wajib. Pemilik asal boleh melantik wakil (ahli keluarga, rakan, atau ejen) untuk memandu kenderaan tersebut ke pusat pemeriksaan. Maklumat peribadi wakil hanya perlu diisi di dalam portal GiCheck PUSPAKOM semasa urusan tempahan slot janji temu dilakukan.
Tidak boleh. Bagi kenderaan milik individu persendirian, pemilik asal (penjual) dan pemilik baharu (pembeli) wajib hadir sendiri ke kaunter JPJ atau menggunakan aplikasi MyJPJ untuk pengesahan cap jari biometrik. Wakil hanya dibenarkan bagi kes pemilikan syarikat, pertubuhan, atau organisasi.
60 hari sahaja. Anda mestilah menyelesaikan proses penukaran hak milik di JPJ dalam tempoh 60 hari tersebut.
Proses pemeriksaan fizikal di dalam lorong kebiasaannya mengambil masa sekitar 30 hingga 60 minit bergantung kepada giliran kenderaan pada slot masa janji temu yang telah anda pilih.
Antara punca utama kegagalan termasuklah kadar ketelusan cahaya cermin gelap (tinted) tidak mengikut spesifikasi undang-undang, sistem brek tidak efisien, bunga tayar haus, atau ketidakpadanan nombor casis/enjin pada geran asal akibat isu potong-sambung.
Anda akan diberikan slip laporan gagal yang memperincikan komponen bermasalah. Anda perlu membaiki kerosakan tersebut dan membuat tempahan slot Pemeriksaan Semula (Re-inspection) dalam tempoh 30 hari dengan caj promosi yang lebih murah, iaitu sekitar RM15.00 sahaja.
Tidak boleh. Pemeriksaan Tukar Milik PUSPAKOM adalah syarat mandatori di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi semua kenderaan beroda empat. JPJ akan menyekat permohonan sekiranya tiada rekod kelulusan laporan M.V. 15 di dalam pangkalan data sistem mereka.
PakarPBN
A Private Blog Network (PBN) is a collection of websites that are controlled by a single individual or organization and used primarily to build backlinks to a “money site” in order to influence its ranking in search engines such as Google. The core idea behind a PBN is based on the importance of backlinks in Google’s ranking algorithm. Since Google views backlinks as signals of authority and trust, some website owners attempt to artificially create these signals through a controlled network of sites.
In a typical PBN setup, the owner acquires expired or aged domains that already have existing authority, backlinks, and history. These domains are rebuilt with new content and hosted separately, often using different IP addresses, hosting providers, themes, and ownership details to make them appear unrelated. Within the content published on these sites, links are strategically placed that point to the main website the owner wants to rank higher. By doing this, the owner attempts to pass link equity (also known as “link juice”) from the PBN sites to the target website.
The purpose of a PBN is to give the impression that the target website is naturally earning links from multiple independent sources. If done effectively, this can temporarily improve keyword rankings, increase organic visibility, and drive more traffic from search results.