Permohonan pinjaman PTPTN bagi sesi pengajian tahun 2026 boleh dilakukan sepenuhnya secara dalam talian melalui portal atau aplikasi mudah alih myPTPTN.
Skim Pinjaman Pendidikan PTPTN diwujudkan bagi tujuan untuk memberi pinjaman pendidikan kepada pelajar yang mengikuti pengajian di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) tempatan.
Pinjaman pendidikan ini akan membolehkan pelajar membiayai sepenuh atau sebahagian yuran pengajian dan juga kos sara hidup sepanjang tempoh pengajian.
Kemudahan pinjaman pendidikan PTPTN adalah terbuka kepada pelajar yang menyambung pengajian di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) tempatan sahaja.
Rujuk maklumat lanjut permohonan PTPTN di bawah.
Apa Itu PTPTN?
PTPTN adalah singkatan kepada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, iaitu sebuah agensi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Malaysia yang ditubuhkan untuk menyediakan pinjaman pendidikan dan skim simpanan bagi pelajar yang melanjutkan pengajian ke peringkat menara gading.
Salah satu kelebihan utama PTPTN ialah insentif kecemerlangan akademik. Pelajar yang menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Kelas Pertama (First Class Honours) layak memohon untuk menukarkan pinjaman PTPTN mereka menjadi biasiswa penuh (dikecualikan daripada bayaran balik), tertakluk kepada syarat tempoh pengajian dan status akreditasi penuh MQA bagi kursus tersebut.
Selain itu, untuk penerima eKasih, pinjaman PTPTN kini boleh ditukarkan sepenuhnya menjadi biasiswa penuh melalui inisiatif Biasiswa Anak eKasih PTPTN (BAeK PTPTN).
Pelajar juga boleh memohon Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) berjumlah RM1,500 untuk membantu persediaan awal pendaftaran sekiranya memenuhi syarat.
Syarat Permohonan PTPTN
Syarat-syarat permohonan pinjaman pendidikan adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon;
- Tiada akaun pinjaman PTPTN yang sedang diuruskan oleh Agensi Perunding Hutang (APH);
- Pendapatan (kasar) bulanan ibu bapa atau penjaga tidak melebihi RM50,000 (setelah ditolak RM250 seorang tanggungan);
- Mendapat tawaran ke IPTA/ IPTS dan Politeknik dengan memenuhi syarat kelayakan masuk yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA);*
- Kursus yang diikuti oleh pelajar IPTA/ IPTS dan Politeknik mestilah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Tinggi dan berdaftar dengan PTPTN*;
- Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) semester; dan
- Telah membuka akaun Simpan SSPN Prime/ Simpan SSPN Plus**
* Hanya kursus yang diluluskan PTPTN akan didaftarkan dan disenaraikan dalam Portal Permohonan Online PTPTN. Pihak IPT perlu membuat permohonan kepada PTPTN sekiranya ingin mendapatkan kemudahan pinjaman PTPTN.
** Hanya akaun Simpan SSPN Prime yang mempunyai 15 digit sahaja yang boleh membuat permohonan PTPTN. Sila hubungi cawangan PTPTN berhampiran untuk menyemak nombor akaun Simpan SSPN Prime 15 digit
Berapa Jumlah Pinjaman PTPTN?
Secara umumnya, peringkat jumlah pinjaman ditentukan berdasarkan kelayakan di bawah:
| PERINGKAT PINJAMAN | KELAYAKAN |
|---|---|
| Maksimum | Sekiranya pelajar atau penjaga pelajar disenaraikan sebagai penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) |
| 75% daripada pinjaman maksimum | Pendapatan keluarga tidak melebihi RM8,000 (tiada dalam data STR) |
| 50% daripada pinjaman maksimum | Pendapatan keluarga melebihi RM8,000 (tiada dalam data STR) |
Bila Permohonan PTPTN Dibuka?
Permohonan pinjaman PTPTN dibuka sepanjang tahun, namun tarikh mula dan tarikh tutup prosesan adalah berbeza mengikut kelompok (fasa) yang ditetapkan khas bagi setiap Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
Anda perlu membuat semakan jadual kelompok mengikut universiti. Rujuk cara-caranya berikut:
- Layari halaman utiliti Portal Semakan Maklumat IPT & Program PTPTN.
- Cari dan taip Nama IPT serta Nama Program/Kursus anda.
- Sistem akan terus memaparkan Tarikh Mula Permohonan dan Tarikh Tutup Permohonan yang tepat untuk kod kursus anda bagi mengelakkan anda terlepas fasa pengkreditan.

Cara Mohon PTPTN 2026
Permohonan pinjaman PTPTN boleh dibuat sepenuhnya secara dalam talian melalui portal atau aplikasi mudah alih myPTPTN
1. SEMAK JADUAL PERMOHONAN: Layari aplikasi web myPTPTN dan cari nama program/IPT anda di bahagian “PINJAMAN” untuk semak jadual permohonan dan bayaran pinjaman.
2. MOHON PINJAMAN: “Klik Permohonan Dalam Talian” dan teruskan dengan mendaftar akaun myPTPTN (jika belum ada), atau terus log masuk jika sudah berdaftar.
3. DAFTAR NO. PIN PTPTN: Buat pendaftaran No. Pin melalui pilihan “Pendaftaran Permohonan Pinjaman”, pilih bank pilihan, buat bayaran melalui FPX dan simpan resit transaksi.
4. LENGKAP & HANTAR PERMOHONAN: Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan dan muat naik surat tawaran IPT. Semak semula dan klik “Setuju” untuk hantar.
5. TERIMA TAWARAN & TANDATANGAN DIGITAL: Semak e-mel atau Peti Masuk myPTPTN untuk status kelulusan. Setelah lulus, buat tandatangan digital dan bayar duti setem.












Wajib Ada Akaun Simpan SSPN
Anda wajib mempunyai akaun Simpan SSPN Prime atau Simpan SSPN Plus atas nama sendiri dengan baki minimum yang mencukupi. Pembukaan akaun boleh dilakukan terus melalui aplikasi myPTPTN.
- Log masuk akaun anda melalui portal/aplikasi myPTPTN.
- Pada bahagian dashboard, anda boleh boleh pilih untuk membukan akaun simpanan SSPN Prime atau Plus.


Jangan Lupa Buka Akaun Bank Panel IPT
Sediakan akaun simpanan peribadi yang aktif mengikut bank panel khusus yang ditetapkan oleh universiti atau kolej (IPT) anda. Anda boleh semak bank panel universiti anda melalui Portal Semakan Maklumat IPT & Program PTPTN.
Masukkan nama program atau universiti dan klik simbol kanta untuk buat carian. Kemudian, klik nama program dan semak panel universiti anda.




Cara Terima Tawaran Pinjaman
PTPTN kini menyediakan sistem e-Perkhidmatan Pinjaman yang membolehkan pemohon menghantar dokumen secara dalam talian. Pengguna boleh memilih untuk “Cetak & Hantar Ke Cawangan” atau “Hantar Secara Dalam Talian” apabila mengisi dokumen tawaran.
- Pengguna hendaklah memilih menu Perkhidmatan pada side bar dan seterusnya memilih menu Pinjaman di bahagaian menu atas.
- Seterusnya pengguna perlu memilih menu Tawaran Permohonan Pinjaman.
- Klik Papar untuk memaparkan surat setuju terima tawaran.
- Semak surat tawaran dan tandakan perakuan pemohon. Pengguna boleh memilih untuk Cetak & Hantar Ke Cawangan atau Hantar Secara Dalam Talian bagi penghantaran dokumen perjanjian.
- Pilih pembayaran bank pilihan dan klik Sah & Bayar. Sekiranya memilih hantar secara dalam talian, bayaran RM25 untuk tandatangan digital dan penyeteman.
- Klik Cetak Resit untuk menjana resit bayaran. Semak Peti Masuk dan e-mel untuk pengesahan bayaran tandatangan digital dan penyeteman berjaya.
- Pelajar boleh log masuk semula ke myPTPTN untuk melakukan proses tandatangan digital.
- Pergi ke menu Perkhidmatan > Pinjaman > Tawaran Pinjaman. Seterusnya klik Tandatangan Digital.
- Proses tandatangan digital telah berjaya! Semak Peti Masuk atau e-mel bagi pengesahan terimaan dokumen.
- Setelah dokumen lengkap ditandatangani oleh Pegawai PTPTN, peminjam boleh mencetak perjanjian pinjaman yang lengkap. Surat tawaran hanya akan dipaparkan selama 60 hari di myPTPTN.
Untuk panduan lebih terperinci, sila muat turun dan rujuk Panduan Pengguna di bawah:
Sebab-sebab Permohonan PTPTN Tidak Berjaya
1 | Tidak Memenuhi Syarat Kelayakan
Sebelum memohon, semak dahulu sama ada kelayakan akademik dan status pengajian kalian menepati kriteria yang telah ditetapkan. Semakan kelayakan boleh dibuat melalui portal rasmi PTPTN.
2 | Surat Tawaran Tidak Tepat
Surat tawaran yang dimuat naik mestilah terkini daripada institusi pengajian. Pastikan dokumen tersebut jelas, lengkap dan tidak terpotong.
3 | Maklumat Tidak Sepadan
Nama pemohon, nombor kad pengenalan, nama institusi, nama program, tempoh, mod dan tarikh mula pengajian yang diisi dalam borang permohonan mestilah sama dengan maklumat dalam surat tawaran.
SEMAK SEBELUM HANTAR PERMOHONAN
- Nama Pemohon (✔️)
- Nombor Kad Pengenalan (✔️)
- Nama Institusi (✔️)
- Nama Program (✔️)
- Tempoh Pengajian (✔️)
- Mod Pengajian (✔️)
- Tarikh Mula Pengajian (✔️)
PASTIKAN MAKLUMAT SEPADAN. Maklumat Dalam Borang Permohonan = Maklumat Dalam Surat Tawaran.








Panduan Lengkap & Video Tutorial Permohonan PTPTN
Untuk sebarang pertanyaan dan info terkini mengenai permohonan PTPTN, sila rujuk:
Anda juga boleh merujuk Panduan Mengisi Dokumen Tawaran Perjanjian di sini :
Soalan Lazim Permohonan PTPTN & Maklumat Lanjut
Warganegara Malaysia berumur bawah 45 tahun yang telah mendapat tawaran belajar (Diploma/Ijazah) di institusi yang diiktiraf MQA, serta mempunyai baki pengajian tidak kurang dari satu tahun.
Permohonan dibuat secara 100% dalam talian (online) melalui portal rasmi atau aplikasi mudah alih myPTPTN.
Wang akan dikreditkan dalam tempoh 21 hari bekerja selepas tarikh tutup kelompok (fasa) universiti anda, dengan syarat dokumen perjanjian digital telah lengkap ditandatangani.
Boleh. Pelajar Ijazah Sarjana Muda yang mendapat Kepujian Kelas Pertama boleh memohon pengecualian bayaran balik. Selain itu, penerima eKasih di Universiti Awam (IPTA) juga layak mendapat inisiatif Biasiswa Anak eKasih (BAeK).
Boleh, asalkan anda telah melepasi syarat minimum kemasukan yang ditetapkan oleh pihak universiti (IPT) dan telah mendapat Surat Tawaran Belajar yang sah untuk peringkat Diploma atau Ijazah.
Sempat. Anda boleh memohon pada bila-bila masa sepanjang tempoh pengajian, dengan syarat baki tempoh pengajian semasa anda menghantar borang online adalah tidak kurang daripada satu tahun (12 bulan).
PakarPBN
A Private Blog Network (PBN) is a collection of websites that are controlled by a single individual or organization and used primarily to build backlinks to a “money site” in order to influence its ranking in search engines such as Google. The core idea behind a PBN is based on the importance of backlinks in Google’s ranking algorithm. Since Google views backlinks as signals of authority and trust, some website owners attempt to artificially create these signals through a controlled network of sites.
In a typical PBN setup, the owner acquires expired or aged domains that already have existing authority, backlinks, and history. These domains are rebuilt with new content and hosted separately, often using different IP addresses, hosting providers, themes, and ownership details to make them appear unrelated. Within the content published on these sites, links are strategically placed that point to the main website the owner wants to rank higher. By doing this, the owner attempts to pass link equity (also known as “link juice”) from the PBN sites to the target website.
The purpose of a PBN is to give the impression that the target website is naturally earning links from multiple independent sources. If done effectively, this can temporarily improve keyword rankings, increase organic visibility, and drive more traffic from search results.